" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










NORAFFANDI HADAPI TUDUHAN LIWAT REMAJA LELAKI

SHAH ALAM, Isnin – Peniaga makanan, Noraffandi Norashikin Kamal Abdullah, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan meliwat dan merangsang empat remaja lelaki.

Noraffandi, 40, didakwa merangsang remaja lelaki berusia 13 tahun dalam tandas di sebuah kedai kosong di Seksyen 26 Shah Alam, pada jam 5.30 petang, 6 Oktober tahun lalu.

Dia juga dituduh merangsang seorang lagi remaja berusia 13 tahun di tangga kecemasan Block N1m Court 7, Subang Jaya pada jam 6 petang, 20 Januari lalu.

Noraffandi turut didakwa meliwat seorang remaja berusia 14 tahun di tempat yang sama pada jam 3.30 petang, 12 April tahun lalu.

Bagi tuduhan terakhir, Noraffandi didakwa meliwat mangsa berusia 11 tahun di tepi kolam, Kampung Subang, Batu 3 di sini, pada jam 1.50 petang, 10 Julai tahun lalu.

Bagi tuduhan meliwat, Noraffandi didakwa mengikut Seksyen 377C yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, manakala bagi tuduhan merangsang mangsa, dia menghadapi hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 377E.

Bagaimanapun, Hakim Suraya Othman, tidak merekodkan pengakuan tertuduh, sebaliknya memerintahkan Noraffandi ditahan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, bagi pemeriksaan doktor.

Ini berikutan Noraffandi tidak dapat membuat pengakuan dan hanya menjawab ‘tidak ingat’ selepas tuduhan terhadapnya dibacakan.

Apabila disoal mahkamah, Noraffandi berkata dia menghidapi penyakit skizofrenia (schizophrenia) dan pernah mendapat rawatan di Tanjung Rambutan dan Tampoi.

Perkara itu disahkan Pegawai Penyiasat Cif Inspektor Mohd Hesli Daud. Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Liow Boon Lee, kemudian membuat permohonan supaya tertuduh dihantar untuk pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah. Mahkamah menetapkan 20 Mac depan bagi sebutan kes itu.

Noraffandi, sebelum ini menarik perhatian umum apabila mendakwa pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bertindak ganas ketika menjalankan operasi di kedainya di Puchong, bulan lalu. Bagaimanapun, MPSJ menafikan perkara itu dan berkata pegawai penguat kuasa menjalankan tugas mengikut peraturan.

Hosted by www.Geocities.ws

1