" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










MOGA TARIKH 19 FEBRUARI 2001 TARIKH KERAMAT

Saudara Astora,

DEWASA ini keadaan perpecahan masyarakat Melayu yang teruk disebabkan perbezaan pendapat dan fahaman politik telah mengeruhkan lagi suasana di Malaysia.

Dalam khutbah Jumaat kita selalu mendengar ittaqullah iaitu `takutkan Allah' akan tetapi akibat pengaruh nafsu, kita sanggup berpecah belah sesama sendiri. Ramai yang solat tetapi solat hanyalah rutin harian tanpa menghayatinya. Tepuklah dada tanyalah selera. Marilah kita sama-sama memperbaiki serta mengeratkan silaturahim sesama bangsa Melayu kita.

Tarikh keramat 19 Februari ini diharap dapat menemui kata sepakat antara kita. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: keberkatan Allah s.w.t adalah di atas jemaah.

Hashim Mohd. Haizra
[email protected]

JAWAPAN:

Perbezaan pandangan dan fahaman tidak memecah belahkan masyarakat kecuali ada orang mahu memaksa orang lain menerima pandangan dan fahaman yang berbeza pandangan itu sebagai perkara muktamad.

Bagaimanapun, pandangan dan fahaman yang berbeza wajib diamal oleh semua orang jika sudah disepakati dan diwartakan menjadi undang-undang. Itulah huraian ringkas penulis mengenai perbezaan pandangan dan fahaman. Tentang takwa dan sembahyang tanpa penghayatan, penulis juga menganggap begitu. Apa pun tarikh keramat 19 Februari, penulis tidak mengharap sesuatu yang berlebihan kerana menyedari bahawa perhitungan politik dan ekonomi mesti menjadi keutamaan. Lihat saja empat syarat awal yang ditetapkan oleh Pas. Bagaimanapun, penulis beranggapan amat mudah bagi UMNO untuk membincangkan keempat-empat syarat yang dikemukakan oleh Pas. Kerana selama ini perkara-perkara seperti itulah yang UMNO berusaha memberi penjelasan kepada orang ramai. Jika UMNO dapat melakukan tanggungjawab itu dengan Pas, bererti UMNO sudah melaksanakan satu tugas yang amat besar.

Hosted by www.Geocities.ws

1