" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










PENYOKONG ANWAR KUASAI 300 SYARIKAT

Lebih ramai penyokong-penyokong bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengecam kronisme dan nepotisme selepas perlucutan jawatannya, didapati mempunyai kepentingan peribadi di dalam lebih 300 buah syarikat tempatan termasuk syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Antaranya ialah bekas Setiausaha Sulit Anwar di Kementerian Pendidikan, Datuk Nasaruddin Jalil, bekas Setiausaha Politik Anwar, Datuk Sarit Yusoh, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Ahmad Said, Senator Datuk Ghazi Ramli dan bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Ruslan Kassim.

Mendahului senarai yang diperoleh daripada Pendaftar Syarikat yang bertarikh 21 November itu ialah Nasaruddin, 44, yang didapati mempunyai kepentingan di dalam lebih 112 buah syarikat termasuk syarikat tersenarai.

Beliau yang pernah menjadi Naib Presiden Kumpulan MBf dikenalpasti sebagai pengarah di dalam syarikat-syarikat seperti Permodalan Negeri Selangor Bhd., Chok, Ghazali & Zul Sdn. Bhd., Sistem Sewa Kereta Malaysia Sdn. Bhd., Inspen (Selangor) Sdn. Bhd., Gadek (M) Bhd., Diversified Resources Bhd., Konsortium LTAT SBG Charterbridge Sdn. Bhd., Credit Corporation (M) Bhd., Konsortium Kenanga (M) Sdn. Bhd., Asia Pacific Airlines (M) Sdn. Bhd., Kolej Unitek, Emile Woolf Sdn. Bhd. dan Kumpulan Cartarama. Bagaimanapun Nasaruddin telah meletakkan jawatan dari beberapa buah syarikat termasuk Gadek.

Nasaruddin turut disenaraikan sebagai pemegang saham di dalam 48 buah syarikat dengan pegangan sehingga lima juta unit saham, antaranya, Duta Resources Sdn. Bhd. (5,520,900 unit), Triumph Land Sdn. Bhd. (5,500,000 unit), Charterbridge Sdn. Bhd. (1,999,999 unit), Cartarama Sdn. Bhd. (1,750,000 unit) dan Wong Heng Engineering Sdn. Bhd. (510,000 unit).

Sarit, 47, Ahli Dewan Undangan Semantan, Pahang, yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif KFC (holdings) Malaysia Bhd., didapati mempunyai kepentingan di dalam 79 buah syarikat lain yang sebahagian daripadanya tersenarai di BSKL. Antaranya ialah Wembley Industries Holdings Bhd., Leader Mutiara Sdn. Bhd., Grand Synergy Sdn. Bhd., Roaster's Chicken Sdn. Bhd., Mid Valley City Sdn. Bhd., Ayamas Food Corporation Bhd., Mezzanine Two Thousand Ventures Bhd., Grand Care Sdn. Bhd., Grand Ultimate Sdn. Bhd., Goh Ban Huat Bhd. dan Khee San Bhd. Beliau turut menguasai saham 14 buah syarikat lain seperti Pangkal Melati Sdn. Bhd. (4,250,000 unit), Leader Mutiara Sdn. Bhd. (2,500,000 unit), Grand Ultimate (999,999 unit), Grand Care Sdn. Bhd. (720,000 unit), Kemudi Bangsawan Sdn. Bhd. (500,000 unit) dan IQSS Holdings Sdn. Bhd. (305,000 unit).

Ahmad, 48, Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Pulau Pinang, dikenalpasti menjadi pengarah di 53 buah syarikat termasuk beberapa buah syarikat tersenarai, antaranya ialah Rumpun Hijau Corporation Sdn. Bhd., Malaysia Carbonless Industries Sdn. Bhd., United Tread Sdn. Bhd., Federal Auto Holdings Bhd., Aman Securities Sdn. Bhd., Destria Travel & Tours Sdn. Bhd. dan Malaysia Assay Office Sdn. Bhd. Bekas Pengerusi Batek Malaysia itu juga menjadi pengerusi di dalam Lembaga Air Pulau Pinang, Northern Waste Industries Consortium (NWIC) dan Federal Auto selain memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Rumpun Hijau. NWIC merupakan salah satu daripada empat syarikat yang dilantik oleh kerajaan untuk mengurus dan mengendalikan pembuangan sisa pepejal di bahagian utara Semenanjung Malaysia.

Ahli perniagaan dan senator, Ghazi Ramli, 56, dikenalpasti sebagai pengarah di 43 buah syarikat dan menguasai kepentingan saham 10 buah syarikat. Beliau yang direkodkan mempunyai sehingga 24,990,000 unit di dalam AIMS Worldwide (M) Sdn. Bhd., menjadi ahli lembaga pengarah Indah Water Konsortium Sdn. Bhd., Berjaya Group Bhd., Barisan Properties Sdn. Bhd., AIMS Solutions Sdn. Bhd. dan Inai Jaya Sdn. Bhd.

Sementara itu, bekas tahanan ISA, Ruslan Kassim, dikenalpasti sama ada sebagai pengarah atau pemegang saham di 50 buah syarikat, antaranya Inspen Holding (M) Sdn. Bhd, APM Industries Sdn. Bhd., President Hotel Sdn. Bhd. dan Aman Yakin Sdn. Bhd.

Hosted by www.Geocities.ws

1