" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










BELAJAR AGAMA DENGAN ORIENTALIS

Saudara Astora,

Apakah hukumnya kita mempelajari ilmu agama dengan orientalis barat sedangkan masih ramai lagi ulama yang terdapat di muka bumi ini.

Muhammad Hazmin
[email protected]

JAWAPAN:

Penulis tidak tahu apakah saudara membangkitkan soalan itu untuk perli penulis. Kerana ada orang tertentu membuat fitnah dalam Internet mengatakan penulis ini orientalis. Untuk makluman saudara, semua guru agama penulis adalah orang Islam termasuk beberapa orang pemikir dan ulama muktabar. Sebaliknya jika saudara ikhlas dalam soalan yang saudara bangkitkan itu, penulis dapat menjelaskan bahawa orang Islam harus belajar di mana-mana saja jika dia mempunyai asas yang kuat dalam bidang agama.

Selain itu perlu juga ingat bahawa belajar dengan ulama-ulama Islam walaupun wajib kerana mereka tempat kita menimba ilmu dan merujuk mengenai pelbagai hal agama, tetapi tidak semestinya kita selamat dan tidak sesat. Ini bukan saja kerana ada beberapa ulama kita yang terlibat dalam politik terkenal menyebarkan karut-marut dan penyelewengan seperti yang penulis sering jelaskan, tetapi terdapat juga ulama-ulama yang merupakan ahli akademik menyebarkan karut-marut dan penyelewengan seperti itu.

Sebagai contoh ada beberapa ahli akademik yang dikenali sebagai ulama mengugut anak murid mereka dengan menyatakan bahawa mereka tidak reda anak murid mereka menyokong parti lain selain parti sokongan mereka. Malah ada di kalangan mereka mengharamkan langsung anak murid menyokong parti pihak lain kerana menganggapnya sekular.

Hosted by www.Geocities.ws

1