" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










PENGADILAN ANWAR DIRANCANG ATAU TENTUAN ALLAH?

Saudara Astora,

Saya ini ialah salah seorang yang amat meminati ruangan saudara. Saya amat kagum dengan kebolehan saudara mengulas setiap apa yang diperkatakan dalam ruangan saudara. Di sini saya ingin bertanya apakah pandangan saudara tentang Anwar Ibrahim kerana jika diteliti perjalanan ke mahkamahnya nampak sangat seperti dirancang. Apa komen saudara?

Mohd Zaidi
[email protected]
Mingguan Malaysia 4 FEB2001

JAWAPAN:

Jika ada orang merancang pun seperti yang saudara syaki, tetapi hanya Tuhan yang menentukan ia berjaya atau tidak. Kerana kita hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan. Sebagai orang Islam kita mesti percaya bahawa setiap perkara itu tidak akan berlaku kepada kita kecuali dengan qada' dan qadar-Nya iaitu penentuan dan penilaian Allah. Itulah yang kita panggil suratan takdir.

Percayakah saudara jika Tuhan tidak mahu, buatlah rancanglah sehebat manapun tidak akan berjaya. Lihatlah apa yang berlaku ke atas Presiden Saddam Hussein. Tidakkah bermacam-macam rancangan dilaksanakan untuk menjatuhkan dan menggulingkan beliau. Pihak yang mengatur rancangan bukan pula calang-calang, tetapi beberapa presiden Amerika Syarikat seperti George Bush, Bill Clinton dan George W. Bush. Beberapa pemimpin Barat lain turut terlibat. Begitu juga beberapa perdana menteri Israel. Tidak berkecuali juga dua Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Tetapi insya-Allah kerana Tuhan tidak mahu, semua pemimpin negara yang melancarkan bermacam-macam rancangan itu bertukar dan jatuh bangun bergilir ganti, tetapi Saddam masih tetap berkuasa dan mampu memundurkan bangsa Iraq beberapa dasawarsa lagi.

SEMBAHYANG HAJAT DAN DOA YANG MEMAKAN DIRI

Saudara Astora,

SAYA rasa terpanggil untuk menambah sedikit coretan berkaitan soalan Encik Mohd. Zaidi tentang pengadilan Anwar Ibrahim. Pada mula-mula kes itu timbul, terlalu ramai orang terkejut, sedih, ragu-ragu dan marah terhadap penangkapan Anwar. Bagi yang marah, timbullah reformasi; bagi yang ragu-ragu, cuba bertanya sana-sini; dan bagi yang tidak percaya cuba mencari kebenaran dengan melakukan sembahyang hajat.

Setakat yang saya ingat begitu banyak masjid menganjurkan sembahyang hajat supaya Anwar dibebaskan dan ditunjukkan kebenaran termasuklah puak-puak Pas yang kononnya ulama tu. Cuba kita analisis di sini. Sekiranya Anwar dizalimi atau teraniaya, doanya akan diperkenankan Allah. Begitu juga sembahyang hajat dan doa berjuta-juta orang Islam negara ini termasuklah orang-orang yang bergelar ulama dan tok-tok guru. Tetapi nyata hingga ke hari ini Anwar tetap meringkuk di penjara. Tentu ada kesilapan yang dilakukannya. Allah tak perkenankan sampai ke hari ini.

Sebagai orang Islam kita tidak perlu mempersoalkannya. Dari segi tauhidnya itulah ketentuan Allah. Mengapa masih lagi kita ingkar? Reformasi sana-sini sehingga menjejaskan kehidupan orang lain?

Bagi berjuta-juta orang yang membenci Dr. Mahathir, kalau nak dikira mungkin setiap detik Allah mendengar sumpah seranah manusia di dunia ini terhadap beliau. Tapi selagi Allah mahu, Mahathir akan memerintah Malaysia dan selagi itu tidak siapa yang boleh menjatuhkannya. Mahathir naik atas kehendak Allah, bukan atas kehendak rakyat. Dia turun pun atas kehendak Allah juga. Kita jangan terpedaya dengan puak-puak Pas yang boleh menyebabkan terputus tauhid kita dengan Allah s.w.t.

ahu
[email protected]
Mingguan Malaysia 11 FEB 2001

JAWAPAN:

Tiada apa untuk diulas penulis mengenai pandangan saudara dari sudut qadak dan qadar ini.

Hosted by www.Geocities.ws

1