" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










ULAMAK PAS SEMBUNYI AYAT AL-QURAN???

Saudara Astora,

Saudara selalu mengatakan bahawa ulama PAS menyembunyikan ayat-ayat al-Quran. Saudara tidak sedar ke saudara pun sama seperti mereka? Dalam hujah saudara mengenai isu hudud, saudara mengatakan pada zaman Rasulullah S.A.W tidak ada langsung hukuman itu dijalankan.

Baik, memang pada waktu itu hukuman tidak dijalankan, tetapi bagaimana pula pada zaman khalifah al-Rasyidin? Adakah hukuman yang dijalankan pada waktu itu tidak menepati hukum syarak seperti yang saudara dakwa berlaku di **** *****?

Saudara juga menyembunyikan ayat al-Quran! Dalam surah al-Maidah ayat 44, 45 dan 47 menyatakan sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka dia adalah orang yang kafir, zalim dan fasik. Saya tahu isu hudud ini sudah basi bagi saudara. Tapi jika saudara berani, jawablah! Untuk pengetahuan saudara, sudah dua kali saya menghantar e-mel kepada saudara. Tetapi, tidak ada jawapan yang diberikan.

Mohd Saifuddin
[email protected]

JAWAPAN:

Alhamdulillah saudara mengaku bahawa ada ulama Pas yang menyembunyikan ayat al-Quran, iaitu seorang ulama yang menjadi Menteri Besar yang membaca sebahagian ayat dan menyembunyikan sebahagian ayat lain serta menghukum orang lain dengan ayat yang tidak lengkap itu. Saudara kini menuduh penulis melakukan perkara yang sama. Ini sudah tentu karut dan tidak berasas.

Penulis tidak pernah berkata hudud tidak pernah dilaksanakan pada zaman Rasulullah. Tetapi yang penulis kata ialah hudud tidak pernah dilaksanakan pada zaman Rasulullah dan Khulafa Rasyidun kecuali melalui pengakuan. Penulis berkata begitu dengan merujuk kepada pandangan beberapa ulama termasuk Dr. Yusuf al-Qaradawi.

Adapun hukuman yang dilaksanakan di sebuah negara Arab terutama hukuman hudud, penulis percaya ia tidak tepat dengan kehendak syarak. Kerana yang penulis tahu, orang miskin mencuri dikenakan potong tangan, tetapi orang kaya (pemimpin) melesapkan berjuta-juta dan berbilion-bilion wang negara tidak dikenakan apa pun. Adilkah begitu?

Tentang ayat 44, 45 dan 47 daripada surah al-Maidah bukanlah penulis menyembunyikan dan tidak mahu memberitahu orang, tetapi ia bukan ayat yang boleh dihukum orang Islam menolak hukum Allah dan dianggap kafir sebagaimana dakwaan sesetengah ustaz dan ulama parti pembangkang agama.

Ini kerana ayat itu bukan ayat muktamad yang dipanggil qati'i ad-dalah kerana ia diturun ke atas kaum Yahudi di satu pihak dan di satu pihak yang lain ia mempunyai banyak makna iaitu kafir, zalim dan fasik. Penulis yakin saudara tidak faham apa yang penulis huraikan secara ringkas ini.

Bagaimanapun, bacalah huraian secara lebih jelas dalam ruangan Bicara Agama minggu ini dan minggu depan.

Hosted by www.Geocities.ws

1