" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










FORUM DEBATE BY ZEB

ViewPoints By [email protected]

Subject: Jawapan Kepada Teori Ekonomi PAS (Babak 1)
--------------------------------------------------

Berikut adalah perdebatan tajuk diatas diantara saya dengan seorang penyokong PAS diforum soc.culture.malaysia dari 20/9/99 hingga 22/9/99.

Oleh kerana jawapan saya mungkin tidak terpapar di forum tersebut oleh sebab teknikal (mungkin newsreader incompatibility dsb), saya harap saudara dapat memuatkan debat tersebut di Anwargate buat tatapan ramai.

Salam dari saya,

Zebbo Hang NAdim (PAS):
Jangan pandang dengan mata kasar je brader, mungkin rakyat tak bayar RM10.00 buat yuran UMNO tapi rakyat bayar bayar berbilion setiap bulan dalam bentuk CUKAI PENDAPATAN dan lain-lain lagi bentuk cukai.

Jawapan Saya:
Pada pendapat saya, ada perbezaan besar diantara pembayar cukai dan orang kampung: Pembayar cukai MAMPU dan wajar mereka memulangkan sebahgian hasil kepada kerajaan kerana pembayar2 cukai mendapat faedah dari polisi kerajaan. Pendapatan mereka ini, sama ada dari penggajian/perniagaan, tertakluk kepada kebijaksanaan kerajaan mengurus. Sebaliknya, orang kampung yang mana wang RM10 dikerah Pas itu kebanyakkan daif. Mereka TIDAK MAMPU. Bahkan hasil pendapatan mereka ini sedikit sebanyak bergantung kepada subsidi kerajaan seperti subsidi padi, baja, saliran kepada petani dan pekebun kecil.

Hang Nadim:
Ia bukannya untuk dibazirkan ke projek MEGA yang tidak membawa faedah kepada rakyat "semekin" tapi pada "keroni" yang kaya-raya.

Ulasan saya:
Saya kira membayar RM10 hanya untuk mendengar cacian, maki hamun, fitnah dan ajaran songsang adalah pembaziran yang amat nyata dan lebih teruk dari "pembaziran" projek Mega. Harus diingat, dengan adanya projek2 kerajaan samada mega atau tidak, banyak memberi menafaat kepada negara terutama melalui tarikan pelancung. Cuma orang yang berfikiran sempit dan yang buta hati akan menidakkan kenyataan ini.

Hang NAdim:
Komplek Sukan Bukit Jalil brader tengok sikit.........WHITE GOZILLA !! hanya untuk kegunaan 2 minggu berbillion gone into the drain.........

Ulasan saya:
Macam saudara, kebanyakkan orang Melayu masih kurang faham konsep pelaburan, mungkin ini sebabnya kita mudah tertipu dengan skim cepat kaya seperti Pak MAn Telo dsb.. Dalam selok belok tanaman modal, kita harus faham ada pelaburan bersifat jangka panjang dan ada berjangka pendek. Pelaburan dalam projek "infra structure" seperti Kompleks sukan, KLIA, Putrajaya, pengangkutan (seperti lebuhraya, LRT), bersifat jangka panjang dan sudah tentu kita tidak akan melihat hasil yang nyata dari pelaburan2 ini buat masa ini. Konsep "hasil" juga tidak harus dilihat hanyasanya dari segi nilai wang ringgit. Dalam pelajaran ekonomi, kita juga harus menilai pulangan dari segi "social benefits". Jika semua pelaburan kerajaan dinilai hanya dari nilai pulangan dan keuntungan wang ringgit, saya kira petani2 dan pekebun kecil nyata tidak akan dapat "bahgian" mereka melalui subsidi, insentif tanam semula dll... kerana jika begitu, nyata Pas akan rugi juga akhirnya, kerana tanpa subsidi2 ini, tentu mereka tidak akan mampu membayar TOLL bagi ceramah2 lucah Pas.

Hang Nadim:
RM1,200,000,000.00 kosnya........... Berapa banyak RUMAH KOS RENDAH boleh dibina untuk rakyat "semekin"? Berapa banyak SEKOLAH BISTARI boleh dibina? Berapa banyak SURAU untuk orang kampung boleh dibina? Berapa banyak HOSPITAL kerajaan boleh dibina?

Ulasan saya:
Pas telah lama mengutip wang dari ceramah2 mereka, dan tentu banyak wang yang telah dikumpul. Cuba kita tanya, telah terbinakah RUMAH KOS RENDAH, SEKOLAH BISTARI, SURAU dan HOSPITAL? YAng saya tahu, ada pemimpin PAS yang berbanglo besar di kawasan perumahan "eksklusif di Kuala Lumpur. Kerajaan UMNO telah membuktikan yang mereka telah mengotakan apa yang mereka janjikan, seperti membina RUMAH KOS RENDAH, SEKOLAH BISTARI, bukan SAJA SURAU, TAPI MASJID, HOSPITAL dll.. tapi apa sumbangan PAS diKELANTAN? Yang saya tahu, rakyat KELANTAN masih menghadapi masalaah air. Pada saya isu rumah mura dll ini hanya propaganda kosong politik pembangkang. Bak kata orang, "cakap tak serupa bikin".

Hang Nadim:
Apapun projek yang dibina, cubalah ingat-ingatkan ORANG MELAYU DI KAMPUNG-KAMPUNG yang SELAMA ini mengundi anda!!!! Jangan KECEWAKAN mereka!.

Ulasan saya:
Banyak orang kampung yang saya tahu, akan tetap mengundi UMNO yang telah lama membela mereka tidak kira musim pilihan raya atau tidak.. ;)

Hang Nadim:
Apa KHABAR ORANG MELAYU DI KAMPUNG? Terhantarkah anak-anak MU mengaji keUNIVERSITI di KOTA? Kelak TIDAK akan mereka WARISI keMISKINAN mu itu?

Ulasan saya:
Maksud saudara, pelajar2 Unibersiti yang mendapat biasiswa, dermasiswa, dan pinjaman ynag berbagai rupa itu, samaada didalam negeri atau luar negara dari dulu hingga sekarang semuanya dari kalangan penduduk bandar? Pengalaman saya sendiri ketika hendak memasukkan dua anak saya ke unibersiti membuktikan kerajaan mengamalkan diskriminasi keatas penduduk bandar, walau pun mereka ini bumiputra dan miskin pula tu. Kedua2 anak saya dikatakan tidak layak mendapat "pinjam siswa" kerana tinggal dibandar, walau pun pendapatan saya tidaklah seberapa memandangkan anak saya yang ramai.

Kalau dikaji dengan teliti, keadaan saya (dari segi kewangan) saya lebih miskin dari kebanyakkan orang kampung memandangkan kos perbelanjaan sara hidup lebih tinggi yang saya alami dibandar. Banyak anak2 orang kampung yang saya kenali (termasuk anak2 pemimpin Pas) yang keadaan kewangan mereka2 ini lebih baik dari saya telah mendapat bukan sahaja "pinjam siswa", tapi ada yang dapat dermasiswa terus...Tapi kaki2 haprak ini tak habis2 mengutuk kerajaan, bak kata pepatah, "Bagaikan anjing menggigit jari".

Hang Nadim:
Jika tiada harta ditinggalkan, biarlah ILMU penuh DI DADA!

Ulasan saya:
Kalau dok asyik demonstrasi saja, bila nak dapat ilmu?

Hang Nadim:
Kepada sesiapa yang MENGAKU benar-benar MEMPERJUANGKAN nasib orang MELAYU, nasehat aku jenguk-jenguklah ORANG DIKAMPUNG tanya mereka TERBELA-KAH NASIB mereka?

Ulasan saya:
Lagipun, orang kampung tu bukanya semua miskin. Janganlah ingit semua orang bodoh, mudah tertipu dengan propaganda politik bodoh saudara. Kalau dulu orang kampung tak ada kereta, sekarang "traffik jam" bukan saja ciri harian dibandar. Bahkan, kalau dihujung minggu di pekan2 kecil pun ada "trafik jam" - kebanyakannya kereta orang kampung yang keluar membeli belah. Cuba lihat dengan teliti, dimusim aidifitri, rumah2 orang kampung dipenuhi dengan dua atau tiga kereta anak2 mereka. Orang Melayu sekarang kan dah kaya kalau dibandingkan dengan dahulu? Bukankah ini kemajuan namanya? Kita juga dengar ada penduduk Felda dah pun jadi jutawan sekarang.

Hang Nadim:
Saudara, kemiskinan satu DOSA, sama-samalah kita berusaha MENGHAPUSKANNYA.

Ulasan saya:
Dosa yang lebih besar dari kemiskinan adalah FITNAH. Yang kaya dikatakan miskin, yang benar dikatakan salah, yang tak diracun dikatakan racun, mencarut dikatakan baik, berbaik dengan syaitan (DAP) dikatakan halal, orang Islam dikatakan murtad/kafir dan banyak lagi... BUKAN AHLI PAS! BUKAN AHLI KEADILAN! DAP, JAUH SEKALI!...UMNO? pun bukan! ;) Salam.

----------------------------------------------------------

Subject: Bantahan terhadap Teori ekonomi PAS (Babak 2)

Hang Nadim wrote in message ...
Saya tidak pernah membantah kutipan cukai yang tidak keterlaluan terhadap rakyat dan saya tidak nafikan bahawa cukai itu perlu untuk membiayai pembangunan negara, TETAPI yang saya persoalkan ialah untuk apakah cukai itu dipergunakan, TIDAK kepada projek-projek mewah yang MEMBEBANKAN rakyat dan pilihan hendahlah dibuat kepada PROJEK-PROJEK yang perlu diDAHULUkan dan PENTING kepada rakyat untuk mengurangkan taraf KEMISKINAN rakyat.

Ulasan saya:
Saudara, apa kena mengena rancangan pembasmian kemiskinan ( suatu idea yAng dibawa UMNO) dengan ideology PAS? Yang saya tahu, PAS melalui Murshidul 'amnya, Tok Guru Nik Aziz telah menyatakan bahwa kemiskinan memang satu lumrah kejadian 'alam, yakni, takdir. Saya masih ingat beliau mengatakan pemdapatnya yang mencerminkan seolah-olah kita tidak bolih membasmi kemiskinan kerana ianya seumpama melawan takdir Allah! Saya hairan kenapa PAS dan ahli2nya sekarang (ketika pilihan raya hampir) sebok pula dengan pembelaan rakyat miskin walau hanya dengan modal air lior, walaupun mereka tidak ada apa yang nak disumbang.. ;) Kalau kemiskinan tu sudah takdir seperti yang dikatakan, terima sajalah dan suruhlah orang miskin sabar, kerana sudah takdir mereka jadi miskin. Buat apa nak kata wang yang dibuat Kompleks sukan, KLIA, Putrajaya tu sepatutnya dibelanjakan buat rakyat miskin?

Kalau ikut konsep yang diperkatakan Tok Guru benar, kalau pun wang Kompleks Sukan, KLIA dsb dibelanjakan buat rakyat miskin, mereka ini tetap miskin kerana sudah takdir, kan begitu? Pada saya, ini dinamakan cakap berbelit-belit. Saya kira ini memang cara Pas menipu orang kampung! Dengan sebahgian orang dia kata begini, dihadapan orang lain dia kata lain pulak... misal: Kalau orang UMNO berkerjasama dgn MCA,MIC (kafir, tapi menerima kepimpinan orang Islam) Pas kata haram, tapi bila Pas bekerjasama dengan DAP (yang terang tidak menerima kepimpinan Islam, bahkan menghina kepimpinan PAS sendiri) Pas kata halal! Pas sanggup menolak manifesto kerajaan Islamnya untuk tunduk kpd LKS?Karpal Singh. Dimana maruah PAS? Satu lagi cakap belit PAS: Dikampung PAS kata dia perjuang Islam, tapi bila berhadapan dengan LIM Kit Siang, dia kata dia nak gugur manifestonya berkenaan Penubuhan Kerajaan Islam.. Kalau nak senaraikan, tak jadi kerjalah saya...;)

Hang Nadim:
PEMBIAYAAN projek-projek mewah menggunakan CUKAI dari rakyat MISKIN

Ulasan saya:
Saudara, nak bohong siapa? Mana ada orang miskin bayar CUKAI? Kalau adapun, cukai tanah yang tak seberapa tu? Lagipun, kalau dah kena bayar cukai tanah, ini bukan miskin namanya, dah ada pun tanah, bukan miskin namanya.

Hang Nadim:
dan tidak menjanjikan PULANGAN setimpal tidak termasuk dalam kategori "kebijaksanaan mengurus".

Ulasan saya:
Kan saya dah katakan, saudara ni memang target untuk penaja skim cepat kaya, invest hari ini, esok dah nak untung! Mungkin tak guna kita cakap pasal ekonomi, saudara dah terang tak faham, setelah saya terang darihal "social benefits", pun tak faham lagi lebih elok tak payah cakap pasal tu..

Hang Nadim:
Tiada paksaan dari pihak PAS kepada sesiapa saja yang mendengar ceramahnya diWAJIBkan membayar RM10.00. Terpulanglah kepada individu tersebut, jika mereka hendah menderma.....

Ulasan saya:
Memang tak ada paksaan, tapi macam pendita2 Kristian yang telah berjaya mengkristian beberapa anak2 Islam, banyak derma ini hasil dari fitnah dan pembohongann seperti mengatakan konon seseorang itu anti-ulamalah, kafirlah. Pendeknya, cara Pas kutip derma, dan cara pendita2 Kristian menipu mereka yang kurang berpengetahuan sama saja...

Hang Nadim:
Bagaimana saudara boleh mengaitkan projek MEWAH dengan tarikan pelancong? Terlalu mudah saudara berhujah............. saya telah memberi contoh dalam posting saya sebelum ini iaitu KOMPLEKS SUKAN BUKIT JALIL. Bagaimanakah KOMPLEKS SUKAN BUKIT JALIL boleh menarik perhatian pelancong? Sedangkan tidak banyak acara sukan baik bertaraf antarabangsa maupun taraf tempatan diadakan? BERAPA KERAP saudara? dan berapa kerap saudara nampak PELANCONG berkeliaran disekitar KOMPLEKS SUKAN BUKIT JALIL mengkagumi akan keindahan "WHITE GOZILLA" tersebut? Jawabnya, TIADA!

Ulasan saya:
Kalau pemikiran sempit dan kurang pengetahuan dan pengelaman hidup inilah hasilnya. Saya masih ingat, saudara ketika mendebatkan tentang asal usul Nabi Isa a.s. dengan seorang fanatik Yahudi bernama irgun diforum SCM ini, saudara dengan gopoh mengatakan Nabi Isa a.s. adalah keturunan Arab. Padahal, kalau saudara meneliti Al-Quran, As-Saf, ayat 6, yang membawa maksud: "Dan ingatlah, Isa ibni Maryam, berkata, 'Wahai kaum Israel (Yahudi), diriku (Isa a.s.), adalah utusan dari Allah dihantar kepada kalian (Yahudi)'", tentu saudara tidak akan berkata Nabi Isa a.s. adalah keturunan 'Arab! dan menunjukkan sifat kurang 'ilmu saudara dalam hal agama sendiri dan memalukan seluruh umat Islam! Dalam ayat tersebut, dengan terang Allah swt telah mengatakan Nabi Isa (a.s.) telah diperturunkan buat kaum Yahudi. Memandangkan ayat 36 Surah An-NAhl dan Surah Yunus ayat 47, yang membawa maksud, " Kami (Allah swt) menghantarkan utusan dikalangan setiap negara (bangsa)", dan seterusnya, "Bagi setiap Negara (bangsa) kami perturunkan seorang Rasul/Nabi" maka tentulah kita dapat merumuskan yang Nabi Isa .a.s. itu seorang yang berbangsa Yahudi!

Sebaliknya saudara, ketika itu dengan sombong dan bermatian menegakkan benang basah saudara mengatakan Nabi Isa a.s. itu seorang berbangsa 'Arab! :( Begitu juga dalam hal pentadbiran negara, saudara juga tidak faham tentang konsep "social benefits", pelaburan jangka pendek, pelaburan jangka panjang, "direct/indirect" benefits yang saya terang sebelum ini. Biarlah saudara tenggelam dalam kejahilan saudara...? Tapi, biar saya terang sekali lagi supaya mudah saudara faham: Saudara, Kita mesti bezakan projek membina tandas awam, dan projek membina Kompleks sukan. Kalau tandas awam tu tentu tiap2 hari orang menggunakannya, kerana semua orang masuk tandas hari2. Tapi Kompleks sukan tidak bolih disamakan dengan projek tandas awam, kerana bukan hari2 kita gunakan buat Commonwealth Games, Asian Games atau pun Olympics. Tapi, kalau projek tandas awam kita hanya dapat 20sen setiap kali orang menggunakannya, Kompleks Sukan kita dapat bermillion ringgit!. Bukan itu saja dari hasil sewaan stadium, tapi setiap kali acara besar diadakan, kita dapati hasil TV rights, dan seterusnya bidang lain yang tidak ada kena mengena dengan sukan pun dapat keuntungan seperti perhotelan, syarikat pelancungan dll. Seterusnya, rakyat dapat peluang perniagaan, peluang pekerjaan dan berbagai lagi peluang mencari rezeki. Selain dari itu, setiap kali ada acara besar diadakan, warga dunia lain dapat melihat dan mengetahui kewujudan bangsa Malaysia melalui siaran TV dan media yang lain. Kalau dulu mereka2 ini ingat orang MAlaysia masih membuat kediaman diatas pokok, sek! arang, sekurang2nya, mereka mengetahui orang Malaysia pun dah pandai mencaci orang dalam internet! :

( Hang Nadim:
Saudara sebenarnya yang KURANG arif tentang konsep pelaburan, saudara perlu mengambil kira faedah yang perlu dibayar oleh kerajaan jika projek itu dibiayai dari pinjaman bank dan saudara juga perlu mengambilkira akan kemampuan membayar faedah tersebut daripada hasil yang di"generate" oleh sesuatu projek. Sila ambil KOMPLEKS SUKAN BUKIT JALIL sebagai contoh, berapa banyakkah HASIL yang di"generate" oleh KOMPLEKS SUKAN tersebut untuk di "off-set" dengan faedah yang perlu dibayar oleh kerajaan. Maka disini HASIL tidak boleh mampu membiayai KOS PINJAMAN dan ini akan memberi beban kepada kerajaan.

Ulasan saya:
Tentang siapa diantara kita berdua kurang 'arif dalam hal konsep pelaburan, saya kira biarlah pembaca menentukan, kalau kita lanjutkan, tentu tidak ada kesudahan: saudara tetap dengan pendirian saudara dan saya tetap dengan pendirian saya! OK? ;) Tapi, biar saya tambah sikit. Dalam setiap Pelaburan/Perniagaan, mesti ada KOS, termasuk kos "faedah" yang saudara tulis tu. Mana ada pelaburan/perniagaan yang tidak ada kos? Alangkan nak dengar ceramah caci PAS pun ada Kos, inikan pula projek pembinaan. Kalau nak dengar ceramah PAS, nak kena bayar duit minyak motor, duit teksi/bas dll (kos) supaya dapat sampai ketempat ceramah, dan apabila dah sampai, kena bayar TOLL pulak!

Hang Nadim:
Jika pembiayaan tersebut datangnya dari sumber luar (foreign borrowing), saudara perlu pula mengambilkira kadar pertukaran nilai ringgit (dah fixed pun), dan jika nilai ringgit diambilkira sebelum krisis ekonomi dan saudara bandingkan pula dengan nilai semasa (RM3.8), berapa banyakkah faedah yang perlu dibayar?.........

Ulasan saya:
Saudara dah beli dan baca lapuran Kewangan Negara yang dikeluarkan Bank Negara? Dah tengok berapa "foreign" borrowing yang saudara pandai sebut tu tapi tak tahu apa dia sebenarnya? Mengikut Lapuran Bank Dunia dan IMF taraf "Foreign" Borrowing Negara adalah terendah jika dibandingkan mana2 negara. Disebabkan hakikat ini, negara sedikit sebanyak terselamat dari bencana yang lebik teruk seperti dialami negara jiran. Tapi dari apa yang saudara tulis saya, saya merumuskan saudara ni tak suka pada KOS, (tak mau keluar ONGKOS) jadi saya berbakti kepada saudara dengan PERCUMA bagi saudara dapat maklumat tentang "foreign borrowing" yang saudara tulis.:

Statement Assets & Liabilities 30 Sept. 1999: http://www.bnm.gov.my/ac/1999/0930.htm

Harta Luar Negera & Tanggungan Luar Negara: http://www.bnm.gov.my/pub/msb/199908/ii_08.pdf

KDNK: http://www.bnm.gov.my/pub/msb/199908/vi_01.pdf KDNK dan Kadar Inflasi Negara2 Terpilih: http://www.bnm.gov.my/pub/msb/199908/ix_03.pdf
Hutang Luar Negeri: http://www.bnm.gov.my/pub/msb/199908/viii_10.pdf
Perbelanjaan semasa Kerajaan Persekutuan: http://www.bnm.gov.my/pub/msb/199908/vii_03.pdf
Hasil Semasa Kerajaan Persekutuan: http://www.bnm.gov.my/pub/msb/199908/vii_03.pdf
Kewangan Kerajaan Persekutuan: http://www.bnm.gov.my/pub/msb/199908/vii_01.pdf dan seterusnya.
Saya harap saudara dapat menganalisis data2 yang dipaparkan supaya dapat kita bincang apa dia kelamahan/kekuatan keadaan kewabngan negara.

Hang Nadim:
Pasal PAK MAN TELO, saya tak nak komen, saya pun tak percaya pada SKIM CEPAT KAYA, tetapi saya akan komen pasal skim cepat kaya dilain masa dan kenapa skim seperti ini begitu popular dan kenapa pihak berwajib begitu LAMBAT untuk mengambil tindakkan tehadap penganjurnya......

Ulasan saya:
Agaknya,, pada orang PAS, kerajaan bertanggung jawab keatas semua dan segala-galanya....anak gagal peperiksaan, salah kerajaan, anak masuk ratu cantik, kerajaan salah, anak kahwin sebelum tamat pengajian, kerajaan salah, rugi sebab tamak dan nak cepat kaya, kerajaan salah.. Pada saya bukan kerajaan yang salah, yang benar salah ialah sipelabur tu sendiri, kerana mereka tamak! Niat mereka (nawaitu) tak betul! Dan kalau kita fikir sejenak, mereka2 ini sendiri tak jujur sebab itu mereka kena tipu! Saya ada terbaca kata2 pujangga berbahasa inggeris yang berbunyi" "You can't cheat an honest man!". Cuba kita teliti kata2 tersebut, ada banyak kebenarannya, kan begitu?

Hang Nadim:
Saya tidak membantah sebarang projek INFRASTRUKTUR kerana ianya memberi "faedah langsung" kepada rakyat.

Ulasan saya:
Ini membuat saudara seorang yang "unik" dikalangan penyokong PAS;) kerana kalau kita kumpulkan penggunaan perkataan "Pembaziran" dikalangan penyokong PAS, KESEMUA projek kerajaan adalah Pembaziran. Cuma, penggunaan perkataan "Pembaziran" ini adalah "selective". Dulu, dengan lantang, kata Putrajaya satu pembaziran, tapi apabila terdengar banyak suara kritikan yang mengatakan perbuatan akan melelong Putrajaya adalah bodoh, sekarang, saya tahu masih kata lagi, tapi senyap2 dan cuma dikhalayak2tertentu saja... ;) Bak kata orang, PAS nak makan keliling!

Hang Nadim:
"Social benefits"? Saudara buat saya ketawa akan kejahilan saudara, kita sedang berbincang pasal PROJEK MEGA, What kind of social benefits that you can expect from "white gozilla" projects?

Ulasan saya:
OKlah, kalau PAS berkuasa nanti, buatlah projek tandas banyak2 kerana hanya projek tandas yang akan digunakan orang hari2!

Hang Nadim:
Ini dia mentaliti penyokong fanatik, saudara tidak dapat membezakan antara KERAJAAN dan PARTI. Saya tidak menafikan bahawa parti yang menang akan membentuk KERAJAAN, akan tetapi fungsi dan tanggung jawabnya terdapat perbezaan. KERAJAAN bertanggungjawab terhadap SELURUH rakyat dan PARTI pula bertanggungjawab terhadap ahlinya. REPORTING LINEnya berbeza saudara! Wang cukai yang digunakan oleh UMNO (yang juga kerajaan) adalah dari sumbangan seluruh rakyat malaysia tanpa mengira PARTI dan UMNO tidak boleh mengatakan wang itu dari KOCEK mereka.

Ulasan saya:
Soal POKOK adalah kejujuran perjuangan, saudara. Kalau betul2 ingin membela rakyat termiskin seperti yang dilaung2kan, wang yang dikutip itu sewajarnya digunakan buat rakyat miskin dulu, kalau adalah lebih baru guna untuk kebajikan parti! Wang yang digunakan UMNO itu hasil dari idea2 pembangunan mwereka yang bernas. Mereka banyak idea yang bolih mendatangkan hasil, jadi kalau idea2 itu datang dari mereka, wajarlah wang pembangunan itu digunakan mengikut apa yang fikir wajar. Sebaliknya, PAS telah memerintah Kelantan dah sembilan tahun, idea2 pembangunan yang bernas masih belum kedengaran lagi. Kalau idea2 bagaimana nak cari pendapatan pun masih belum keluar, dah tentu Hasilnya masih dalam impian. Tapi, pembelaan rakyat miskin bukan tertakluk kepada mimpi dan igauan, saudara. Projek pembinaan basmi kemiskinan perlu wang, saudara, bukan air lior! Kalau setakat cakap saja, semua orang bolih cakap, tapi, nak buat lain cerita. Bak kata pepatah, "Ada Padi, semua jadi, ada beras, semua deras.." Saya tambah, dalam loghat orghang utara,: " Ada ayaq liok, semua terliok..." :)

Hang Nadim:
Ada orang kaya dan ada orang miskin, begitu juga dalam UMNO, PAS, DAP, KeADILan dan lain-lain. Yang menjadi persoalan ialah "income disparity" antara rakyat!! itu yang dipersoalkan!

Ulasan saya:
"Income Disparity" pulak dah...;)

1. Kalau dah takdir, ada orang miskin, ada orang kaya, tak kira dari PAS ke, UMNO ke, Keadilan ke, tentu ada "income disparity", kan, kan, kan? ...;)

2. Cuba saudara terangkan sistem yang bagaimana yang saudara nak implementasi supaya tak ada "income disparity" yang pandai saudara sebut tu..saya nak dengar. Untung2, ada orang akan sampaikan pada Cek Det dan dia dapat implementasikan idea saudara tentang pembasmian "inciome disparity" ini. Sekurang2nya, orang tak buat dosa lagi mencaci menghamun beliau seperti yang dibuat sekarang.

3. Saudara ni saya agak dah konpius, dalam satu ayat mengakui adalah resam dunia kaya dan miskin, saudara juga nak "absolute equality"?

Hang Nadim:
Adakah saudara berasal dari KAMPUNG? atau BANDAR? Jika saudara berasal dari bandar dan tak pernah tengok kampung, saudara tak layak mewakili suara orang MELAYU!! Jika saudara dari kampung, saudara telah menafikan sesuatu yang benar.......

Ulasan saya:
Mmmm... nampaknya saya dah sah tak bolih menang... Kalau saya kata saya orang bandar, saudara kata saya tak layak mewakili orang kampung, kalau saya kata saya orang kampung, mengikut saudara saya telah menafikan sesuatu yang benar..."heads, YOU WIN, Tails, I LOSE!" :( Tapi, kehidupan bukan begitu mudah, saudara, bukan semua bolih dikategorikan macam saudara kata tu...Dalam kehidupan ini, ada orang bercakap benar SELALU, ada orang bercakap TIPU selalu, Ada orang suka selit belit, ada tipu sikit, ada benar sikit dan macam2 lagi.... Dalam konteks UMNO/Pas ini, saya tak mau kata UMNO SELALU BENAR, dan PAS SELALU TIPU....

Saya tahu, dalam UMNO seprti juga PAS, ada yang malaikat, ada yang Hantu, (sebab tu saya tak mau masuk politik lagi buat masa ini, ;)) tapi, mengikut pengalaman, kredibiliti, keupayaan mengurus, kebijaksanaan dan juga kebolihan memajukan negara, saya fikir UMNO ada kelebihan dari PAS. Ini pendapat saya yang ikhlas. Lagipun, saya lebih konpiden Dr. Mahathir tu dapat memperjuangkan nasib yang ditindas sama ada di Malaysia atau dimana2, memperjuangkan tuntutan Islam di platform Global (bukan setakat dalam kampong saja) kerana kebijaksanaan beliau. Kita dah lihat bagaimana beliau membela orang Bosnia, Kososvo dan sekarang Indonesia...walaupun Si Habibie tu dulunya kutuk dia. Saya lihat beliau kuat pegang pada prinsip, orang kata dia P***mak, tapi dia masih steady...phew! inilah pemimpin yang sebenar, jadi saya nak bagi undi saya pada dia kali ini... Dipentas dunia sekarang, kalau Dr. Mahathir cakap, siMat Salleh yang bersikap angkuh tu, tunduk sikit, tapi PAS bukan saja tak pandai nak berhadapan dengan MAt Salleh tu, Lim Kit Siang, Karpal Sing pun dah tersungkur.... Dalam koteks globalisasi dunia sekarang, dimana semuanya canggih dengan teknologi tinggi, saya tak nampak dikalangan pemimpin PAS yang setaraf dengannya. LAgipun nak berhadapan dengan keadaan sekarang, taktik, strateji mesti juga canggih dan hanya orang yang cerdik saja bolih memimpin kita ke taraf yang lebih tinggi, dan saya lihat Dr. Mahathir saja yang ada ciri2 ini dikalangan politikus Malaysia. Saya tahu saudara akan tuduh sekali lagi saya fanatik terhadap Dr. Mahathir, tapi ini hakikatnya, lagipun saya sedar Dr. Mahathir tu manusia, dia ada salah, ada betul, tapiu jika dibandingkan dengan pemimpin2 yang ada sekarang, beliau buat silap kurang dari pemimpin2 yang lain termasuk dalam PAS.

Hang Nadim:
Kemiskinan terdapat dinegeri-negeri lain juga dan tidak hanya bertumpu di Kelantan. Saudara pernah pergi ke KEDAH?

Ulasan saya:
Kampung saya, jauh terpencil dari Kedah, dulu, orghang utara kata, tempat "Jin Bertendang". ;)

Hang Nadim:
Saudara dari Kedah ke? Mane? Ekok Kucin? Dah sampai ke ke kampong Ekoq Kucin? ;)

Ulasan saya:
Tapi, dari mana saya datang, tak penting, yang penting masa hadapan Agama, bagsa dan Negara! kan? :( Dan yang Lebih penting, orang Kedah, orang perlis, Orang Perak dll, semuanya ada bekalan air yang sempurna, bagaimana orang Kelantan? Sekian.

Hang Nadim:
Orang Kampung pun dia, Orang bandar pun dia...he! He! he! Salam.

------------------------------------------------------
Subject: Bantahan terhadap teori ekonomi PAS (Babak 3)

Maksud saya, ORANG MISKIN yang anaknya telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran keUNIVERSITI dan tidak mempunyai wang menghantarnya....... jangan bincang lagi soal biasiswa pada masa ini kerana biasiswa hanya diberi apabila seseorang itu telah memasuki universiti dan belajar di SEMESTER kedua atau ketiga, sedangkan YURAN perlu dibayar pada masa pendaftaran. Sekurang-kurangnya RM3 ribu diperlukan, bagi saudara jumlah ini mungkin KACANG PUTIH tapi bagi orang kampung yang miskin..........BANYAK!

Ulasan saya:
Saya lihat saudara faizal dah terdahulu dari saya menjawab isu2 yang saudara timbulkan terutama dalam hal tak berkemampuan nak keluar RM 3000 pada tahun pertama. Tapi saya nak tambah sikit... Saya sokong sekarang biasiswa tidak diberi secara otomatis ditahun pertama. Apa yang kita lihat seperti yang telah berlaku pada masa lalu, bagi biasiswa pun banyak yang kecundang dalam peperiksaan. Yang anihnya, yang ramai dapat biasiswa tu, keputusan kurang cemerlang.. Yang cemerlang penuntut2 yang tak dapat biasiswa... Beginilah adat manusia, kalau "free" tu tak berapa "appreciate". Tapi kalau kena bayar tentu mereka akan pulun mentelaah pelajaran mereka kot.

Saya sokong kerajaan buat syarat yang baru ini, bagus, jadi kalau dia tak pas, dia kena bayar balik, kalau macam ni sikit lagi kita akan lihat kecemerlangan dikalangan penerima biasiswa ini... Sepanjang pengalaman saya, kebanyakkan orang Melayu ni kena ada "push" sikit. Kalau tak ada "push" ini dia kurang motivasi... Dalam situasi bekerja, anak Melayu yang bekerja diswasta, dimana ada campuran pekerja dari kaum lain, saya lihat, anak2 Melayu ini kerjaya mereka cemerlang dan taraf professionalisma mereka tinggi. Mereka ini rajin dan bolih menangani segala masaalah kerjaya yang dihadapi. Tapi, bila peratusan pekerja Melayu meningkat ke 90% atau lebih, pekerja Melayu selalunya jadi komplacent, lalu mutu kerja mereka menjadi teruk dan tidak professional lagi. Contoh: Jabatan Kerajaan dan Bank Bumiputra yang dah lingkup tu...

Hang Nadim:
Inilah masalah yang kurang diberi perhatian oleh KERAjaan.

Ulasan saya:
Nak macam mana lagi, saudara? Tengok perbelanjaan kerajaan persekutuan dilembaran yang saya link sebelum ini. Bukankah jumlah yang terbesar sekali dibelanjakan buat Kementerian Pelajaran? Dan saya pasti dari bilangan pelajar Melayu diuniversiti dalam dan luar negara, pasti jumlah yang besar juga dibelanjakan sebagai biasiswa. Lagipun, eloklah orang Melayu belajar berdikari, kita dah lama merdeka, tapi, mentaliti subsidi masih dalam kepala. Tak malukah kita? Anak yang kecil pun lama2 diceraikan dari susu ibunya, bilakah saudara nak belajar berdikari?

Hang Nadim:
Oh saudara mungkin sebaya ayah saya, dan kemungkinan juga saya sebaya dengan anak saudara, tahniah kerana saudara berjaya mendidik anak saudara hingga berjaya melanjutkan pelajaran keUNIVERSITI.

Ulasan saya:
Terima Kasih, saya memang bangga didik anak saya supaya sampai ketahap universiti. Tapi saya dari dulu telah mengajar mereka supaya cemerlang, kerana dizaman mereka kelak, hanya yang cemerlang akan mendapat tempat. Dan saya lihat anak saya memang cemerlang pun, Begitu juga adik2 mereka.. Anak saya yang sulung, sedang dalam tahun akhir di Ireland dalam bidang perubatan... Orangnya bijak, lawa pulak tu.. ;) Tapi saya nak cari pemuda yang berminda positif buat calon suami untuknya...

Hang Nadim:
Kemungkinan juga anak saudara tidak mendapat keputusan yang dikehendaki oleh penganjur, kes saudara ini agak jarang berlaku

Ulasan saya:
Aggregat anak saya dalam SPM memang cemerlang, satu dapat 8 aggregat, adiknya (jantan) dapat 9. Pun tak dapat "pinjam siswa" Tapi saya bukan jenis nak marah orang atau kerajaan kalau tak dapat apa yang saya kehendakki, saya kena kerja kuat sikitlah... Prinsip saya, kita bertanggung jawab atas diri kita, bukan kerajaan, bukan orang lain. Dalam soal biasiswa, kalau dapat, Alhamdulillah, kalau tak dapat pun Alhamdulillah, saya anggap tak ada rezeki disitu. Allah yang akhirnya menentukan segala-segalanya, bukan kerajaan, bukan UMNO, bukan PAS, jadi kalau tak dapat takkan nak marah Allah pulak?

Hang Nadim:
kerana kemiskinan dibandar tidaklah seteruk kemiskinan dikampung. Dibandar resources banyak jika kita rajin berusaha...........

Ulasan saya:
Itu cakap saudara... Kalau dikampung habis teruk, pucuk paku, ikan puyu pun bolih cari sendiri, kalau dibandar nak makan apa? Ikan puyu pun tak mahu hidup diSg.Kelang...:(

Hang Nadim:
Bukan ASYIK berdemostrasi, sebelum ini adakah pelajar berdemonstrasi sepanjang hari dan sepanjang tahun?

Ulasan saya:
Pelajar Melayu memang suka demonstrasi, makan tanggunglah katakan.. Dari dulu pun Zaman 60an, awal 70an pun demonsterasi juga, Melayu jugak! Kalau kita lihat, diIndon pun sama..

Hang Nadim:
Kalau dah duduk kat bandar dan tak nak ambil tahu pasal nasib orang kampung macam mana nak kata orang kampung kaya raya? Saudara gunakan perkataan BODOH? Saudaralah yang BODOH dah tua BODOH pula. Dah TUA BODOH mengampu pula. Saudara mulakan, jangan komplen, dan sila semak posting saya sebelum ini ada saya gunakan perkataan BODOH?

Ulasan saya:
Saya bukan kata saudara Bodoh, Tapi yang bodoh tu "Propaganda Politik" yang sebegitu adalah propaganda BODOH..Anak saya yang kecil selalu kata "lawak Bodoh" Saya guna perkataan bodoh dalam konteks itulah... ;)

Hang Nadim:
Traffic jam pasal jalan berlubang dan sempit lah! Apa punya hujah berapa banyak kereta yang ada kat pekan kecil yang boleh buat traffic jam?

Ulasan saya:
Tu laa... saudara dok asyik kat bandar saja, kalau pun ke pekan2 kecil, cuma bila ada pilihan raya kecil, bantu PAS kempen... ;) Nampak benar saudara ni anti kerajaan, traffic jam pasal kesesakkan, saudara kata pasal jalan berlubang, asyik nak hentam kerajaan.. Mungkin juga saudara benar, jalan berlubang, tapi nak lebarkan jalan, nak tambah kabel telefon, nak pasang fiber optik, dan nak pasang Paip Air... Di Kelantan jalan tak berlubang sebab tak ada tu semua sebab paip air pun tak pasang lagi...;)

Hang Nadim:
Jutawan jual tanah, bukannya jadi jutawan hasil daripada jualan kelapa sawit atau dari indusrti berasaskan kelapa sawit!

Ulasan saya:
Yelah, kalau tak dek kerana kerajaan UMNO dulu buat rancangan Felda, perserta yang jadi jutawan ni dulu sekangkang kera pun tak ada tanah, kalaulah tak ada UMNO, manalah nak rasa jadi jutawan... Yang miskin diKelantan tu kesian, kalau pun ada peluang melalui kenaikan harga tanah, apa agak mereka nak jual?

Hang NAdim:
PUNYALAH LEMAH MENTALITI- tak dapat nak bezakan.

Ulasan saya:
Yelah, mungkin juga saya silap (orang mentaliti lemahlah katakan). Lagipun rancangan Felda ni dimulakan lama2 dulu. Mungkin juga PAS yang mulakan idea rancangan Felda ni, tapi setahu saya, masa tu, memang semua rancangan TAnah persekutuann hasil dARI kebijaksanaan PAS...ooppss, sori UMNO...;)

Hang NAdim:
Carut dan bermacam perkataan lucah juga terdapat dalam mainstream media dokongan UMNO.

Ulasan saya:
Saudara keliling kampung ipar saya dah lama kubu Pas, sejak20 tahun dulu.. Dari dulu lagi saya dah dengar carutan dan cacian Pas, tapi sekarang mereka carut dengan bangga! Almaklumlah, mencarut dah dihalalkan, Allah pun mencarut kan? :( Saudara tak bolih salahkan orang UMNOlah kalau mereka pun ikut mencarut, Tok Guru dah kata halakan? Tapi saya masih tak tergamak nak maki hamun orang dengan perkataan yang malu nak disebutkan, lebih2 saya pakai **** macam P***m*k! Bahasa sasterawan Negaralah katakan... ;)

Hang NAdim:
Saudara duduk atas PAGAR atau saudara ni lalang? Berpihaklah, kerana jika saudara berkecuali saudara tidak membawa kebaikkan kepada mana-mana pihak, baik kepada RAKYAT, UMNO, PAS, KeADILAN, DAP atau SAUDARA sendiri.

Ulasan saya:
Saya tak berparti, tapi kuasa undi ditangan saya. Saudara pun dah tahu siapa saya nak undi kan? ;)

Hang Nadim:
Saya bukan ahli PAS..............

Ulasan saya:
Baiklah, saya terima pembohongan saudara dengan ikhlas...;)

Hang Nadim:
TETAPI DARI NADA POSTING SAUDARA SAYA TAK PERLU MENGAGAK! Saya juga telah melawati website saudara dan saya hanya mampu ketawa membacanya.................

Saudara salah orang kot... pengetahuan saya dalam HTML belum sampai ke tahap nak bolih buat website lagi...Jadi, dimana saudara tengok website saya yang setahu saya tak wujud tu...? Lagipun dalam hal ketawa dan mengetawa ni, banyak orang pun ketawa tengok website penyokong Pas dan Keadilan tu...

Hang Nadim:
Ciao.

Saya jawab:
"Ciao" Ni bahasa apa ni, Cina? Itali? saya lebih suka: Salam....;)

Hosted by www.Geocities.ws

1