" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










'KEADILAN' TERUS EKSPLOIT ELEMEN ASING BANTU CAPAI MATLAMAT BEBASKAN ANWAR

Setelah puas dengan usaha melobi para ahli kongres Amerika agar syarikat-syarikat di negara itu menghentikan pelaburan mereka di Malaysia, kini wakil-wakil dari parti KeADILan meminta pula PBB agar campurtangan di dalam usaha membebaskan Anwar Ibrahim yang di penjara akibat salah laku seks yang dilakukannya.

Jika dulu ketua Pemuda Keadilan Ezam Md Noor memainkan peranan utama melobi kongres Amerika di dalam usaha melemahkan ekonomi Malaysia kini beberapa orang wakil wanita dari parti tersebut pula pergi lebih jauh dengan menyerahkan petisyen untuk 'Bebaskan Anwar' kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Wisma United Nation, Damansara Height.

Petisyen yang membawa mesej untuk bebaskan Anwar itu diserahkan kepada wakil PBB, Anis Yusal Yusoff. Sejak akhir-akhir ini parti KeAdilan menggunakan pelbagai pendekatan bagi memastikan matlamat untuk membebaskan pemimpin mereka yang terpenjara terlaksana.

Tidak cukup dengan demonstrasi haram yang dianjurkan, jemputan-jemputan agar pihak asing campur tangan di dalam senario politik negara ini juga giat dijalankan. Apa yang pasti KeAdilan berkiblatkan tokoh-tokoh utama dari Amerika Syarikat di dalam menjayakan usaha mereka.

Al Gore pernah melahirkan simpatinya kepada puak reformis KeAdilan ketika berucap pada persidangan APEC yang di adakan di Kuala Lumpur ketika itu. Namun pelawaan kepada pihak asing sahaja sebenarnya belum mencukupi, parti KeAdilan juga mengheret Suhakam agar meneliti dakwaan keganasan pihak polis ke atas para penyokongnya.

Nampaknya KeAdilan akan terus mengeksploitasi pihak tertentu di dalam menjayakan agenda utama membebaskan suami Presiden parti itu yang kini merengkuk di Sungai Buluh akibat kesalahan meliwat bekas pemandu peribadi keluarganya itu.

Ramai berpendapat Keadilan akan terus mengambil pendekatan yang serupa pada masa-masa yang akan datang agar matlamat utama mereka tercapai walaupun terpaksa menggadaikan kepentingan masyarakat di negara ini.

Hosted by www.Geocities.ws

1