" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










Keadilan Bukan Parti Melayu

Saya bukanlah seorang ahli politik atau ahli mana-mana parti politik tetapi tidaklah bodoh sangat untuk menilai kenyataan-kenyataan politik yang mendapat liputan meluas di media-media semasa.

Saya rasa pelik juga bila mendengar kenyataan Ezam dari KeADILan bahawa parti KeADILan bukanlah sebuah parti Melayu, oleh itu ia tidak wajar berbincang dengan UMNO dan PAS tentang perpaduan Melayu. Kalau nak bincang, boleh cerita tentang perpaduan nasional.

Tambah beliau, tiada perpecahan orang Melayu sebenarnya cuma peralihan sokongan dari UMNO kepada parti-parti pembangkang. Lagi satu, katanya perbincangan perpaduan Melayu itu merupakan satu usaha perkauman, bukan bersifat nasional.

Amboi, sombongnya seolah-seolah orang Melayu di dalam KeADILan itu hebat-hebat belaka berjalan dan bercakap dah tak jejak bumi! Atau siapa yang menguasai KeADILan sebenarnya?

Dulu, setiap kali berkempen dan menganjurkan ceramah, terbaru sekali semasa kempen pilihanraya kecil di Lunas, siapa yang mengamalkan perkauman yang tebal?

Siapa yang mengekspoitasi isu-isu ugama, perkauman dan siapa yang bertindak agresif menidakkan hak bangsa minoriti di Malaysia ini?

Lepas tu mendakwa UMNO tidak relevan lagi, begitu ramainya orang Melayu yang menyertai KeADILan dan bermacam-macam lagi seolah-olahnya orang-orang Melayu begitu dominan sekali di dalam KeADILan. Aleh-aleh, sekarang kata bukan parti Melayu? Manakah logiknya memperjuangkan yang minoriti jika keperluan majoriti diperlekehkan? ADIL ka?????

Semua orang tahu bahawa untuk mencapai kestabilan politik negara, bangsa teras perlu stabil, kukuh dan puas hati dengan kedudukan ekonomi dan sosial, kekusan politik, kebebasan berugama dan sebagainya. Kalau tidak jangan haraplah nak stabil. Itu manusia terencat akalpun boleh faham.

Sebab itulah perlu kepada penyelesaian ini dahulu baru boleh cerita bab lain. Bukan tak boleh cerita tentang perpaduan nasional. Yang Dr. Mahathir dok cerita sampai berbuih-buih mulut tentang integrasi nasional, perpaduan kaum, keharmonian kaum, masyarakat majmuk dan sebagainya tu apa? Sedar ke tak sedar bila bercakap ni? Ikutlah aturan baru sempurna.

Janganlah sibuk cerita tentang perkara-perkara atas langit, sebalik gunung dan dalam tanah kalau perkara asas pun entah ke mana lagi.

Yang paling menarik ialah beliau mendakwa perlu disyaratkan untuk selesaikan bab rasuah, kronisma dan hak asasi, kalau tidak, tidak perlu bincang. Macamlah dalam isu-isu ini dia yang bersih sangat, juara konon.

Saya ni dah bekerja dekat 16 tahun, walaupun mungkin tidak sebanyak pengalaman kerja orang-orang yang lebih tua tetapi saya dah banyak sangat jumpa orang yang bising-bising macam ni yang sebenarnya lebih teruk dari orang lain. Yang bising-bising tu cuma nak alihkan pandangan dan fokus orang daripada masalah sebenar dia sahaja.

Saya rasa bersyukur dapat hidup di negara Malaysia ini kerana di sini aman, bebas mengamalkan hak-hak berugama dan murah rezeki. Belum pernah lagi saya sekeluarga terdesak sebegitu teruk sampai tidak dapat makan!!! Alhamdulillah rezeki melimpah ruah.

Politik Malaysia jauh lebih stabil dari politik kebanyakan negara-negara lain di dunia ini. Saya juga teringat kata-kata bapa saya semasa saya hendak berlepas menuntut ke Amerika Syarikat pada 1984 dahulu - Dulu masa pemerintahan British, orang Malaya benci dan tunggu sangat Jepun datang. Bila Jepun dah masuk, rupa-rupanya nak makan ubi kayu pun susah. Dulu masa British, dapat juga makan nasi hari-hari!

Oleh itu, sebelum keluarkan kenyataan-kenyataan, fikirlah dahulu masak-masak dan kaji kesan-kesan yang boleh timbul sebelum bertindak.

Abdul Halim Ab Wahid

Hosted by www.Geocities.ws

1