" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










'KEADILAN' SEBUAH PARTAI POLITIK MELAYU ISLAM !!!

PENOLAKAN Parti Keadilan untuk duduk semeja dengan UMNO dan Pas dengan jelas mencerminkan bahawa parti berkenaan sebenarnya tidak mempunyai semangat perjuangan yang jitu bagi mengukuhkan perpaduan orang-orang Melayu yang akan memberi kesan kepada pengukuhan perpaduan rakyat dari berbagai keturunan di negara ini.

Ini adalah kerana perpaduan di kalangan orang-orang Melayu menjadi tunjang kepada perpaduan nasional yang kononnya selama ini dikatakan menjadi asas perjuangan parti Keadilan.

Di sebaliknya, UMNO kini ternyata dilihat sebagai sebuah parti yang bukan sahaja berjaya mengamalkan sikap toleransi dalam semangat setiakawan Barisan Nasional (BN), malah mampu juga menjaga perpaduan ummah di kalangan orang-orang Melayu dan Islam di negara ini.

Keengganan Keadilan menyertai perbincangan penyatuan Melayu itu menunjukkan bahawa parti tersebut mengalami kesukaran bagaimana hendak memperjelaskan kepada kepada rakan sekutu mereka yang berbilang keturunan seperti parti Rakyat Malaysia (PRM) dan DAP tujuan mereka untuk duduk bersemuka dengan UMNO.

Oleh kerana terlalu berpaut pada slogannya untuk menjadi juara di kalangan semua kaum, Keadilan kini terperangkap dan menghadapi masalah apabila timbulnya usaha untuk mendamaikan dan merapatkan lagi jurang di kalangan orang Melayu.

Saya memetik tulisan Hassan Karim, Naib Presiden PRM dalam website bahawa hasil perbincangan perpaduan Melayu itu akan menimbulkan kesan buruk terhadap gerakan reformasi dan perpaduan di kalangan parti-parti pembangkang di dalam Barisan Alternatif.

Malah Hassan menulis bahawa DAP dan PRM sekarang sudah mulai berasa diketepikan. Pemikiran cetek PRM itu yang tidak berjiwa besar dan tidak mengambil kira kepentingan menyeluruh orang Melayu telah menyebabkan setengah-setengah pihak dalam pembangkang dan Keadilan merasa bimbang andainya mereka memberi kerjasama, hasil forum perbincangan perpaduan Melayu itu akan hanya memberi kesan yang lebih positif kepada UMNO.

Sepatutnya semua harus merasai bahawa apa juga kesan yang muncul manfaatnya adalah untuk kebaikan orang-orang Melayu seluruhnya.

Sebagai seorang Presiden kepada sebuah parti yang kononnya mempunyai sebilangan pengikut, Datin Seri Wan Azizah Ismail sepatutnya tidak takut dan harus mempunyai jiwa yang lebih besar, dan lebih besar dari jiwa pemimpin parti kerdil seperti PRM.

Objektif parti Keadilan juga sepatutnya untuk mencapai kejayaan perpaduan yang lebih besar untuk rakyat, bermula dengan inisiatif ini, dan bukan hanya untuk memperjuangkan nasib orang tertentu sahaja.

Barangkali inilah di antara pengorbanan yang perlu dilalui oleh seorang pemimpin parti seperti Wan Azizah, walaupun suaminya dipecat dari UMNO yang disusuli dengan adegan-adegan lain, beliau seharusnya kuat semangat dan boleh duduk berbincang dengan UMNO demi kekuatan agama, bangsa dan negara.

Berbeza dengan Pas, walaupun telah bertahun-tahun lamanya berkempen dan menghemtam UMNO, sekurang-kurangnya demi kepentingan Melayu dan ummah parti tersebut telah menyatakan kesediaannya untuk duduk semeja dengan UMNO dalam forum yang akan dianjurkan itu. Jika tidak ada langkah awal, manakan pula akan timbul hasilnya?

Kita tidak harus membuang masa terus bersengketa dan mencari keburukan sesama sendiri di depan orang lain kerana lambat laun mereka akan melihat perpecahan tersebut sebagai satu kelemahan yang boleh dieksploit habis-habisan sebagaimana yang dapat dilihat dalam tuntutan Suqui baru-baru ini.

Jadikanlah tuntutan tersebut sebagai satu iktibar dan gunakan persidangan kemuncak parti-parti Melayu ini sebagai wacana bagi kita membetulkan langkah pada tahun 2001 ini.

Hosted by www.Geocities.ws

1