" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










KARUT - TOLAK JUBAH
BERMAKNA TOLAK ISLAM

PERCAYAKAH anda bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menolak Islam kerana beliau tidak suka orang Islam memakai kopiah putih, berjanggut dan berserban putih?

Satu fitnah baru direka oleh manusia yang tiada kerja lain kecuali membuat fitnah kepada Perdana Menteri. Malangnya ada orang Islam percaya fitnah yang bertujuan untuk memburuk-burukkan pemimpin besar negara itu tanpa menyedari bahawa memrcayaifitnah semacam itu berdosa.

Fitnah itu pada mulanya disebar oleh budak reformasi dalam Internet, tetapi kini ia menjadi buah mulut ramai orang Islam yang tidak mahu menggunakan pertimbangan akal dan suka percaya cakap-cakap pemfitnah.

Sebuah laman reformasi menyiarkan fitnah yang merupakan salinan surat pekeliling yang didakwa dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Mohd Khalil Yaacob mengarahkan ketua-ketua badan perhubungan dan bahagian supaya memaklumkan kepada ahli UMNO agar tidak memakai kopiah putih, berjanggut, berserban putih kerana berpakaian sedemikian tidak disukai Dr. Mahathir.

Di bawah ini disiarkan sepenuhnya salinan surat pekeliling palsu tersebut.

"Merujuk kepada Mesyuarat Pengurusan Parti pada 26 Julai 2000 yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merangkap Timbalan Perdana Menteri keputusan telah dipersetujui semasa program lawatan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad ke negeri-negeri dan program-program rasmi kerajaan dikehendaki kehadiran peserta program terutama ahli parti UMNO, Barisan Nasional dan kakitangan kerajaan tidak dikehendaki memakai kopiah putih, berjanggut dan berserban putih kerana pakaian demikian amat tidak disenangi oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dan begitu juga latar belakang berwarna hijau. Oleh yang demikian diminta kepada ketua badan perhubungan dan ketua-ketua bahagian supaya memaklumkan kepada ahli-ahli Parti UMNO, Barisan Nasional dan kakitangan kerajaan tidak dikehendaki menghebahkan perkara ini kepada ketua-ketua jabatan di bawah naungan kerajaan negeri masing-masing".

Surat pekeliling palsu ini tidak serupa dengan format surat-surat rasmi yang biasa digunakan oleh Tan Sri Khalil. Stail bahasa surat berkenaan jauh berbeza. Begitu juga tandatangan yang didakwa sebagai tandatangan Tan Sri Khalil bukan tandatangan beliau. Malah Tan Sri Khalil juga tidak pernah mengguna gelaran Tan Sri Datuk dalam surat-surat rasmi beliau, tetapi beliau menggunakan gelaran Tan Sri saja.

Surat disiarkan dalam laman web yang banyak membuat fitnah, laman web reformasi bermotif untuk memberitahu para pelayar Internet bahawa inilah bukti UMNO menolak Islam.

Dengan itu tajuk surat pekeliling palsu tersebut juga diberi nama, ‘Bukti kukuh UMNO tolak Islam’. Orang awam Islam naïf yang tidak dapat membezakan antara Islam dan penampilan orang Islam dengan pelbagai gaya pakaian boleh percaya bahawa penolakan ala Arab itu sebagai menolak Islam. Pada hal pada masa lalu kopiah, serban dan jubah adalah merupakan pakaian yang sama-sama digunakan oleh bangsa-bangsa Barat (Roman dan Greek), Arab, Yahudi, Parsi (Iran), Turki dan lain-lain.

Kini pakaian genre itu masih diguna oleh sesetengah orang Barat, Arab dan Yahudi., Iran dan Turki. Bagaimanapun sesetengah orang memekai pakaian berkenaan sebagai pakaian agama seperti paderi Kristian, ulama Islam di negara-negara Arab, ahli agama Yahudidi Israel dan Eropah, ulama Islam di Iran dan Turki.

Ada persamaan yang jelas antara kopiah, serban dan jubah yang dipakai oleh paderi Kristian, ulama Islam dan ahli agama Yahudi di beberapa negara di kawasan laut Mediterranean. Jubah paderi Kristian di Vatikan dan Itali umpamanya hampir sama dengan jubah ulama Islam di Lebanon dan Syria. Serban paderi Kristian Mesir pula hampir sama dengan jubah ulama Islam Turki.

Jika melihat kepada pakaian berciri agama orang ramai di kalangan semua penganut agama itu, kita akan mendapati bahawa sesetengah orang Yahudi memakai kopiah putih besar seperti orang Islam. Bagaimanapun, kebanyakan mereka memakai kopiah kecil. Dalam pada itu terdapat sesetengah bangsa memakai pakaian tradisi itu sebagai pakaian kebangsaan seperti digunakan di negara-negara Arab, orang kampung di Turki, Iran dan Pakistan.

Perlu diterangkan bahawa walaupun terdapat ulama Islam di negara-negara Arab memakai pakaian tradisi itu sebagai pakaian agama, tetapi ia tidak dituntut dalam Islam. Ini kerana agama Islam tidak mempunyai pakaian agama.

Dengan itu tidak hairan jika kebanyakan ulama al-Azhar memakai pakaian moden kecuali terlalu tua. Bagaimanapun, di kalangan segelintir ulama al-Azhar yang memakai jubah pun merupakan model yang hampir menyerupai jubah orang Badwi Arab.

Perlu diterangkan disini juga bahawa kebanyakan pemimpin Pas yang pernah mendapat pendidikan di Universiti al-Azhar tidak memakai kopiah, serban dan jubah semasa mereka menuntut di Mesir dulu. Berdasarkan koleksi gambar yang penulis lihat di Kedah baru-baru ini dapat membuat kesimpulan bahawa beberapa cerdik pandai agama yang menjadi orang terkenal termasuk Presiden Pas Datuk Fadzil Noor memakai kot waktu mereka menuntut di al-Azhar.

Penulis tidak pernah melihat gambar lama Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz, tetapi dalam sebuah buku sejarah hidup beliau ada menyebut bahawa Nik Aziz pakai tali leher waktu beliau mula balik ke kampungnya, Kampung Pulau Melaka di mana menyebabkan sesetengah penduduk yang tidak kenal beliau menyangka pegawai daerah melawat mereka.

Bagaimanapun, kini ada beberapa pemimpin Pas hanya memakai jubah waktu balik atau pergi berceramah di kampung-kampung saja. Tetapi waktu berada di Kuala Lumpur, mereka memakai kot termasuk waktu masuk parlimen bagi mereka yang menjadi wakil rakyat.

Ada juga ustaz-ustaz memakai songkok pada masa lalu, tetapi dalam bingkai untuk menampil mereka sebagai ulama dinasihatkan mereka supaya memakai jubah dan serban. Ini sebagaimana dijelaskan oleh bekas ulama PAS yang terlibat dalam menggilap imej seorang ustaz supaya dipandang sebagai ulama besar. Adat pakaian ini termasuk pakaian Arab tidak kena mengena dengan hukum hakam agama. Mahu pakai pakaian Arab pun boleh. Tidak mahu pakai dan menolak pakaian berkenaan pun boleh juga berbuat begitu. Tidak dianggap menolak Islam seperti dakwa pemfitnah dalam laman web reformasi itu.

Hosted by www.Geocities.ws

1