" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










KEADILAN DIKUASAI OLEH SIAPA?

Akhirnya Keadilan terpaksa tunduk kepada pemimpin-pemimpin bukan Melayu dalam partinya.

Walaupun Wan Azizah telah bersetuju pada peringkat awalnya untuk duduk semeja dengan UMNO dan PAS membincangkan perpaduan Melayu, namun keputusan mesyuarat tersebut menimbulkan tanda tanya.

Kita tertanya-tanya siapakah yang lebih berpengaruh dalam Keadilan sama ada Wan Azizah, Chandra Muzzaffar, Tien Chua atau Ezam Mohd Noor? Ini kerana tiba-tiba sahaja persetujuan awal Wan Azizah untuk duduk semeja dengan UMNO dan PAS telah berubah.

Harapan perpaduan Melayu yang membunga pada awalnya, layu sebelum berkembang dicantas oleh keputusan Majlis Tertinggi Keadilan.

Apabila Ezam membuat kenyataan bahawa Keadilan bukanlah parti berteraskan perjuangan Melayu, maka kita pun tertanya-tanyalah agenda siapa yang dibawa oleh Keadilan?

Bukankah aneh sebuah parti yang mendakwa mendapat sokongan ramai orang Melayu tidak lagi meletakkan kepentingan penyokong terbanyaknya sebagai agenda utama?

Kalau Keadilan tidak lagi memperjuangkan Melayu kerana ia parti pelbagai kaum maka tidak mustahil parti yang sama akan mengkesampingkan Islam atas alasan yang sama. Dakwaan bahawa ini adalah agenda UMNO yang telah lemah adalah tidak masuk akal.

Kalau Umno mempunyai 78 kerusi Parlimen, menguasai 10 kerajaan negeri dianggap lemah, apakah keadilan terlalu kuat dengan hanya beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri?

Jadi kita tertanya-tanya Keadilan berjuang untuk apa? Melayu, Islam, Anwar Ibrahim atau sekadar menjadi agenda NGO-NGO bukan Melayu yang, pendokong ideologi barat, anti kepada hak istimewa orang Melayu.

Kita semua tahu siapa Tien Chua, Irene Fernandez dan Chandra Muzaffar. Mereka ini adalah wakil-wakil NGO yang berkiblatkan demokrasi barat yang mementingkan kebebasan individual, hak semua agama yang setaraf dan negara sekularisme.

Ini belum lagi termasuk Hishamudin Rais dan rakan-rakan pendokong sosialisme yang makin berpengaruh dalam Keadilan. Keadilan semakin jauh dari jiwa Islam dan nasionalisme Melayu.

Bagaimana pun penolakan ini tidaklah merungsingkan kita kerana ramai penyokong Keadilan telah pun berpaling tadah kepada PAS. Dan yang masih tinggal dalam Keadilan wajarlah memikirkan semula penyertaan mereka dalam sebuah parti yang tidak lagi dapat memastikan agenda Melayu dan Islam sebagai teras pembentukan Malaysia.

Keadilan lebih banyak dikuasai oleh bukan Melayu dan tidak mustahil akan menjadi DAP ‘junior’ suatu hari nanti. Masih belum terlewat untuk orang Melayu dalam Keadilan kembali ke pangkal jalan.

Hosted by www.Geocities.ws

1