" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










Saya adalah seorang Ulamak di Malaysia

Astora Jabat,

Saya selaku Presiden Majlis Belia Remaja Islam Malaysia (MBRIM) menggesa agar saudara bertaubat kerana saudara telah tergolong dalam golongan orang yang menolak sunnah dan hukum Allah.

Saya memang layak untuk berhujah dengan saudara kerana saya kelulusan Ijazah Syariah dari Universiti Yarmouk, Jordan.

Saudara memang penipu kerana tulisan saudara mencatat bahawa "politik, ekonomi, pentadbiran negara dan lain-lain urusan tidak disebut secara jelas dalam al-Quran, disebut secara umum."

Ya, memang UMNO kafir dan memang Dr. Mahathir menghina al-Quran dan menghina air jampi yang didoakan dengan kitab al-Quran.

Saudara adalah ulamak jahat, pengampu dan pembodek kepada UMNO, BN dan Dr. Mahathir. Saudara tidak saya maafkan kerana menghina ulamak. Saya terasa dihina oleh saudara kerana saya adalah seorang ulamak Pas, MBRIM dan BAHEIS.

Mohd. Azmi Wan Hussein,
Presiden MBRIM, AJK Muslimin ABIM, AJK Pas
Kedah, Pegawai Penguat Kuasa BAHEIS dan ahli Persatuan Ulamak Malaysia (PUM).
No. 45, Jln. Mawar 2, Taman Pekan Baru
08000 Sungai Petani, Kedah.

Jawapan:

Maaf kerana penulis terpaksa menurunkan nama penuh saudara beserta dengan alamat saudara sekali gus. Ini kerana jika ada rakan kita terutama yang tinggal di negeri Kedah mahu mengenali lebih dekat tentang diri saudara, mereka boleh pergi terus ke rumah saudara.

Saudara mengaku diri sebagai ulamak, tetapi penulis tidak menganggap sebagai saudara sebagai ulamak. Mana ada ulamak sebenar mudah menghukum orang lain termasuk penulis, Dr. Mahathir dan UMNO dengan hukuman yang sangat berat.

Selain itu selepas membaca surat saudara, penulis mendapati saudara sangat mentah pemikiran dan bercelaru dalam pemikiran Islam. Inilah barangkali yang ditegur oleh Perdana Menteri, dapat ijazah dalam bidang agama dan masuk Persatuan Ulamak untuk menjadi ulamak.

Saudara menuduh penulis ulamak jahat, penulis sebenarnya tidak pernah mendakwa diri sebagai ulamak walaupun belajar agama lebih tinggi daripada saudara dan pernah mengajar agama pun di negara Arab.

Jika saudara menganggap UMNO kafir, penulis juga boleh menganggap Pas itu berciri Syiah dan Yahudi disebabkan dalam Syiah dan Yahudi itu terdapat parti agama yang tiada sesiapa pun boleh mengkritik dan menentangnya, dan jika ada orang berbuat demikian dianggap mengkritik dan menentang agama dan Tuhan. Dalam Islam tidak ada parti agama dan orang Islam tidak dilarang mengkritik dan menentang parti politik yang ditubuhkan oleh orang Islam.

Begitu juga tuduhan saudara bahawa Dr. Mahathir menghina al-Quran adalah bertitik tolak dari ajaran berciri Syiah dan Yahudi. Ini adalah kerana Dr. Mahathir mengkritik amalan Datuk Dr. Harun Din menjampi dengan air dengan al-Quran dan bukan mengkritik wahyu Allah itu. Adalah jauh bezanya antara amalan Harun Din dengan al-Quran.

Dr. Mahathir sebenarnya mahu penduduk Islam negara ini melakukan perkara yang betul-betul dituntut oleh Islam mengenai al-Quran, iaitu mempelajari, memahami dan mengkaji wahyu secara ilmiah seperti yang pernah dilakukan oleh oleh orang Islam zaman silam. Ia sebagai melaksanakan cita-cita untuk membina sebuah negara Islam yang maju dan gemilang pada 2020.

ASTORA JABAT
MINGGUAN MALAYSIA AHAD 5 SEPTEMBER 1999

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1