" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










Guru Agama Arah Bapa Potong Jari Anak

Daripada: ZULKIFLI BAKAR

JAKARTA 12 Jan. 2001 - Seorang guru agama di sebuah sekolah agama memerintah bapa seorang pelajar memotong jari anaknya selepas pelajar berkenaan ditangkap mencuri wang guru tersebut dalam satu kejadian di Tebet, di sini, awal pagi semalam.

Menurut laporan sebuah akhbar utama di Indonesia, Suara Pembaharuan hari ini, ibu jari pelajar yang dikenali sebagai Rachman Hakim @ Ucok, 15, putus selepas dipotong oleh bapanya, Roni, 35.

Kejadian yang dianggap kejam dan menggemparkan penduduk sekitar itu bermula apabila Ucok memecah masuk ke dalam rumah sewa guru berkenaan, Soleh, 38, pada pukul 1.15 pagi dan mencuri wang Soleh berjumlah Rupiah 150,000 RM60).

Perbuatan Ucok disedari oleh pemilik rumah berkenaan, Rini yang kemudiannya menjerit meminta tolong. Berikutan itu penduduk sekitar beramai-ramai menangkap Ucok dan menyerahkan pelajar itu kepada Soleh.

Apabila mengetahui anaknya mencuri, bapa Ucok, Roni yang bekerja sebagai pembantu kepada Soleh menyerahkan pelajar itu kepada guru agama tersebut untuk dikenakan hukuman.

Walaupun Ucok meminta maaf dan menyerahkan kembali wang yang dicuri itu, namun Soleh yang dikenali sebagai 'pak ustaz' tidak berpuas hati, malah dia juga tidak mahu meyerahkan pelajar berkenaan kepada polis.

Sebaliknya, Soleh mendesak Roni memotong ibu jari kanan Ucok sebagai satu pengajaran. Hukuman yang dianggap kejam itu dilaksanakan Roni dengan menggunakan sebilah parang dihadapan Soleh serta beberapa pelajar lain.

Sebelum jarinya dipotong, mata Ucok ditutup dengan kain manakala tangannya diletakkan di atas sebuah kerusi dengan dipegang oleh Soleh. Selepas hukuman selesaikan, Ucok yang menjerit kesakitan dibawa ke hospital oleh Soleh dan Roni untuk mendapatkan rawatan.

Mereka juga turut menanam ibu jari Ucok yang telah dipotong itu behampiran tiang elektrik berdekatan rumah Soleh.

Kejadian itu bagaimanapun disedari oleh penduduk kawasan berkenaan yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada polis daerah Tebet untuk tindakan lanjut.

Berikutan itu, Soleh dan Roni di atas tuduhan melakukan perbuatan jenayah kerana mencederakan orang lain, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum sembilan hingga 12 tahun.

Bagaimanapun penahanan itu masih belum dapat meredakan kemarahan penduduk yang cuba menyerang kediaman Soleh, namun tindakan merekan dapat dihalang.

Beberapa penduduk memberitahu polis, mereka tidak menyangka Soleh yang dikenali sebagai guru agama yang cukup dihormati di kawasan itu sanggup melakukan perbuatan kejam tersebut - Utusan

Hosted by www.Geocities.ws

1