" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










'MALAYSIAKINI' JANGAN MELATAH TERHADAP TEGURAN ARAH PENULISANNYA

Malaysiakini melalui laporannya, “Umno website attacks malaysiakini for promoting ‘Malay disunity’ ”, semalam, telah memetik Ketua Pengarangnya, Steven Gan yang mempersoalkan pertanggungjawaban dan kredebiliti penulisan UMNO-online kerana tidak meletakkan nama penulis.

Sebenarnya, Gan patut memahami bahawa kandungan tulisan laman ini yang bertajuk “Agenda anti perpaduan Melayu dan Islam sedang menyusup” tidak perlu dipersoalkan kredebilitinya semata-mata kerana nama penulis artikel tersebut tidak tersiar. UMNO-online tidak boleh disamakan dengan laman-laman pro-UMNO lain seperti pejuangbangsa.bizland.com, bnlist.bizland.com, Anwargate, Realiti atau laman pro-pembangkang seperti mahazalim dan mahafiraun yang tidak mempunyai identiti pemilik sebenar.

Selebihnya, UMNO-online tidak mendakwa untuk mengamalkan profesionalisme kewartawan barat seperti Malaysiakini - yang meletakkannya sebagai agenda utama mereka pada awal pelancaran.

Dalam mana-mana akhbar, majalah atau sebarang penyebaran media tidak semestinya mempamerkan nama penulis, yang penting kita semua mengutamakan liputan berunsur perpaduan dan harmonis. Mungkin kekuatan penulisan tersebut boleh dipertikaikan kerana tidak meletak nama penulis. Namun bukan kesemua artikel harus bergantung kepada imej penulis untuk mengukuhkan laporan tersebut.

Malangnya, Steven Gan tidak menjelaskan persoalan sebenar kenapa Malaysiakini dilihat dan kelihatan terlalu bimbang dengan perpaduan Melayu yang disarankan oleh Perdana Menteri. Dan kenapa isu ini banyak dilaporkan oleh orang bukan Melayu? Yang perlu dijelaskan dalam isu ini ialah kenapa dan bukan siapa? Itu bukan niat UMNO-Online.

 

Hosted by www.Geocities.ws

1