" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










CARA BERHUJAH DENGAN
PENGIKUT MAZHAB PAS

Satu lagi nasihat penulis kepada para penceramah UMNO berhubung cara untuk berhujah mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan agama, politik, ekonomi dan sebagainya.

Selain mempamerkan fakta dan maklumat dalam ceramah yang disampaikan, perlu juga mempunyai beberapa kaedah dan cara untuk mudah difahami dan diyakini para hadirin.

Salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk tujuan itu ialah mengedarkan risalah ringkas yang mengandungi pelbagai fakta dan maklumat yang akan dihujahkan kepada para hadirin .

Kaedah dan cara ini berdasar kepada pengalaman penulis adalah sangat berkesan kerana ia membolehkan para hadirin yang mengikuti ceramah memahami isu-isu yang diperhujahkan dengan mudah.

Berikut penulis turunkan contoh tiga isu yang telah dihujahkan oleh penulis alam beberapa sesi ceramah dan dialog yang diadakan akhir-akhir ini.

Ada tiga isu yang dibincang di sini. Pertama, isu agama, kedua, isu politik dan ketiga, isu ekonomi.

1. Contoh isu agama ialah berhubung dakwaan beberapa orang pemimpin Pas bahawa mereka tidak pernah mengkafirkan UMNO.

Dakwaan para pemimpin Pas itu tidak lebih dari percubaan untuk menutup jenayah akidah yang mereka lakukan terhadap umat Islam negara ini. Ini kerana jenayah akidah dilakukan oleh ustaz dan ulama meraka muncul sejak beberapa dasawarsa dan masih memberi kesan dalam merosakkan akidah sesetengah orang Pas yang fanatik.

Malah kinipun ada juga ustaz dan ulama Pas yang yang terus menerus melakukan jenayah akidah itu secara terang-terang dan secara berselindung. Bukti Pas mengkafirkan UMNO secara langsung ialah:-

i) Tok Guru Pas terkenal dari Pasir Mas, Allahyarham Haji Omar mengkafirkan ahli UMNO pada tahun 1959. Tok Guru Haji Omar pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana perbuatan beliau itu.

ii) Tok Wali Pak Cu Hassan dipercayai keramat mengeluarkan fatwa menghukum penyokong BN sebagai kafir pada tahun 1981. Tok Wali Pak Cu Hassan yang juga berasal dari Pasir Mas dalam fatwanya mendakwa orang-orang yang menyokong BN adalah akfir dan murtad dan tidak sah dijadikan imam sembahyang, tidak halal makan sembelihannya, tidak sah perkahwinannya dan tidak harus makan pusaka mereka.

iii) Dewan Ulama Pas Kelantan telah mengeluarkan fatwa pada Ogos 1963 menghukumkan orang Islam yang bekerjasama dengan bukan Islam sebagai kafir. Fatwa berkenaan berbunyi: “Orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram.” (Kertas Putih Kerajaan Malaysia, 8 November 1984)

iv) Dewan Ulama Pas Kelantan dalam perjumpaan di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan pada tahun 1978 selepas Pas keluar daripada Barisan Nasional (BN) menuduh orang UMNO menjadi kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah. Seorang ulama Selising, Tuan Guru Mohd. Abdul Majid yang merupakan ulama Dewan Ulama Pas Kelantan membantah hukum yang bercanggah dengan Islam itu. Beliau seterusnya mengambil tindakan keluar daripada Pas kerana tidak setuju dengan hukum yang dikeluarkan oleh Dewan Ulama Pas Kelantan itu. (Datuk Safei Daud, Fatwa Karut Mengelirukan, muka surat 3) v)

Abdul Hadi Awang mengkafirkan orang UMNO semasa berceramah di Banggol Peradong, pada 7 April 1981 di mana beliau mendakwa menentang UMNO dan BN bukan kerana nama UMNO dan BN, tetapi UMNO dan BN mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.

Seterusnya beliau mendakwa berjuang menentang UMNO dan BN adalah jihad dan mati dalam perjuangan itu adalah mati syahid.

Bukti Pas mengkafirkan UMNO secara tidak langsung ialah:-

i) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Fadzil Noor, Datuk Haron Din dan lain-lain tokoh Pas terkenal mengecap UMNO dan kerajaan sebagai sekular dan kemudian mereka pula berkata sekular itu kafir.

ii) Mereka juga kadang-kala membaca ayat-ayat al-Quran tertentu yang membincang tentang orang yang tidak beriman tetapi menipu Allah dengan mendakwa sebagai orang beriman untuk menggambar atau supaya orang awam yang naïf menganggap UMNO dan kerajaan sebagai kafir seperti yang dilakukan oleh Nik Aziz. Nik Aziz semasa memberi ceramah sering menyebut ayat 8-10 daripada surah al-Baqarah.

Bagaimanapun, Nik Aziz semasa mengajar di masjid Pulau Melaka beberapa tahun lalu pernah berkata, menentang UMNO adalah mati syahid.

Bekas Exco Pas Terengganu Ustaz Omar Khalid berkata: “Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Abdul Aziz semasa beliau mengajar di masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan: “Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita di kira mati syahid. “Kaset ucapannya itu tidak diizinkan kepada saya untuk mengedar kepada orang ramai kerana kononnya sensitif dan fatwanya itu hanya orang dalaman semata-mata.” (Omar Khalid, Parti Islam Antara realiti dan Fantasi, muka surat 21). Ini bererti Nik Aziz tidak begitu berbeza dengan Abdul Hadi Awang.

2. Contoh isu politik ialah berhubung konspirasi dalaman Pas untuk menjatuhkan Nik Aziz sebagai dakwa Mohd Sayuti Omar dalam buku Hikayat Tiga Abdul. Cerita ini turut didengari oleh penulis semasa berada di Kelantan bulan lalu.

Nik Aziz pernah menasihat rakyat Kelantan termasuk perantau supaya tidak membuang masa menghantar surat layang kepada beliau berhubung dakwaan wujud tiga Abdul dan macam-macam untuk menjatuhkannya kerana tidak cukup bukti, lapor Harakah 14 Jan lalu.

Bagaimanapun, perubahan yang dilaksanakan oleh Nik Aziz baru-baru ini adalah tepat seperti yang dibincang oleh Mohd Sayuti Omar dalam bukunya walaupun tidak sepenuhnya.

Sebagai contoh dua orang daripada tiga Abdul, iaitu Datuk Wan Abdul Rahim kini hanya memegang jawatan Pilihanraya Pas Negeri dan Abdul Fatah Haron pula Cuma Ketua Biro Pembangunan Sosial dan Kebajikan. Jawatan mereka dulu diambil alih oleh konco-konco Nik Aziz.

Pengganti datuk Wan Abdul Rahim sebagai Setiausaha Pas Kelantan yang baru ialah Wan Ismail Wan Jusoh, Adun Kawasan Melor. Dulu beliau merupakan bekas Setiausaha Akhbar Nik Aziz saja. Zulkefli Mamat, Adun Pulai Chondong pula menggantikan Abdul Fatah sebagai Ketua Penerangan Pas Negeri. Hanya Abdul ketiga, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Timbalan Menteri Besar masih kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri.

Perlu diterangkan bahawa kerajaan pimpinan ulama di Kelantan sebenarnya tinggal nama saja. Ini kerana selain Nik Aziz, tidak beberapa orang anggota kerajaan Kelantan yang berpendidikan agama. Sebaliknya mereka berpendidikan sekular. Perkara sama berlaku di Terengganu.

3. Contoh isu ekonomi ialah berhubung dakwaan Nik Aziz tidak pernah janji tingkatkan ekonomi Kelantan. Salah satu cogan kata Pas yang sangat indah ialah membangun bersama Islam. Tetapi macam manakah sebenarnya membangun bersama Islam ala Pas?

Jika kita mencari jawapan di dalam alam nyata sudah tentu tidak wujud kerana tidak jelas Pas pernah melakukan sebarang pembangunan yang dibanggakan oleh rakyat Kelantan. Semua pembangunan bersama Islam ala Pas yang ada tidak lebih kosmetik saja.

Bagaimanapun, jika mendengar pandangan Nik Aziz Nik Mat, kita akan mengetahui bahawa beliau selalu menyebut dalam ceramah bahawa Pas tidak bercadang untuk membangun negara seperti yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Kerana pembangunan seperti itu dianggap tidak Islamik ataupun haram terutama pembangunan yang didakwa sebagai projek mega.

Beliau mendakwa pembangunan seperti itu bukan Islam pun boleh melakukannya dan Firaun sudah lama melakukannya. Nik Aziz pandai menghukum pihak lain, tetapi beliau sendir tidak pernah menunjukkan apakah model pembangunan Islam ala Pas yang sah dari segi hukum Islam yang beliau faham?

Dalam wawancara majalah Far Eastern Economic Review (FEER) pada 3 Ogos lalu Nik Aziz terus menyerah kalah dalam hal pembangunan. Beliau yang diwawancara wartawan FEER berkata: “Semasa saya berkempen dalam pilihan raya tahun 1990, saya tidak berjanji mahu tingkatkan ekonomi Kelantan dan membebaskannya daripada masalah kemiskinan.”

Beberapa fakta dan maklumat yang disebut secara ringkas ini boleh dihurai panjang lebar semasa berceramah.

Hosted by www.Geocities.ws

1