" + number + " is: " + "
Hosted by www.Geocities.ws

"; windowprops = "toolbar=no,width=150,height=25," + "directories=no,status=no,scrollbars=no,resize=no," + "menubar=no"; icqWindow=window.open("","displayWindow",windowprops) icqWindow.document.write(text); icqWindow.document.close(); icqWindow.focus(); } // End --> Melayu Islam & Reformasi










Sesat di Hujung Jalan Kembali Ke Pangkal Jalan

Dewasa ini akibat perbalahan politik sesama sendiri telah menyaksikan perpecahan Melayu yang ketara sehingga bangsa asing berani mengambil kesempatan menuntut agar hak keistimewaan Melayu dihapuskan.

Akibat dari tuntutan melampau Suqiu pertubuhan yang dikatakan mewaklili persatuan-persatuan Cina Malaysia, orang Melayu yang tadinya kelihatan berpecah kembali bertaut menentang desakan yang keterlaluan itu.

Langkah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung membuat tuntutan balas 100 perkara dan menganjurkan perhimpunan Melayu di seluruh negeri menjadi titik tolak orang Melayu tanpa mengira fahaman politik menyusun semula barisan yang goyah dan rapuh.

Sungguh menakjubkan perpaduan yang dahulunya dilihat oleh bangsa asing sebagai rapuh itu menjadi kukuh kembali apabila UMNO mengambil langkah menyatukan semula orang Melayu dengan usaha mengadakan perbincangan dengan semua parti politik Melayu yang selama ini bersengketa.

Ditambah pula dengan usaha terkini Pemuda UMNO mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) yang terbukti berhasil apabila Suqiu dengan berat hati terpaksa menggugurkan 7 tuntutan utama mereka, keyakinan seluruh Melayu kembali pulih dan menjadi gambaran jelas kepada bangsa asing betapa kuasa penyatuan Melayu adalah kuasa keramat yang bisa menghalang kemaraan sebarang usaha menggugat kedudukan istimewa mereka di negara ini.

UMNO yang dilihat oleh hampir keseluruhan bangsa Melayu sebagai wadah penting memperjuangkan kepentingan Melayu melalui Pergerakan Pemudanya telah berjaya mengendurkan ketegangan kaum yang dikhuatiri tercetus akibat dari tuntutan Suqiu itu.

Imej UMNO terangkat kembali pada mata seluruh masyarakat dari pelbagai bangsa yang akur betapa UMNO adalah tunjang Melayu yang terus relevan sebagai wadah memperjuang serta mempertahankan ketuanan Melayu di tanah tumpah darahnya sendiri walaupun terdapat suara sumbang mengatakan ianya dari sehari ke sehari semakin ditolak bangsa sendiri.

Ramai berpendapat kemelut yang melanda umat Melayu akibat dari pertelagahan sesama sendiri hasil perbezaan fahaman politik setidak-tidaknya menyedarkan orang Melayu itu sendiri betapa sebarang keretakan bakal mengundang ancaman dari musuh yang sentiasa menghidu peluang yang terhidang.

Orang Melayu yang telahpun sedar dan insaf nasib yang bakal menimpa mereka jika membiarkan kebodohan menguasai mula mengambil pendekatan berdasarkan perumpamaan ‘sesat di hujung jalan kembali ke pangkal jalan’ di dalam usaha memastikan sebarang cubaan untuk mempertikaikan hak mereka sebagai tuan tanah di negara ini tidak berulang kembali.

Apa yang pasti kini orang Melayu mula sedar betapa mereka sentiasa di awasi oleh bangsa lain di negara ini yang menunggu masa untuk melontarkan idea-idea kesamarataan yang berslogankan Malaysia untuk Rakyat Malaysia pada setiap kesempatan yang datang.

Cabaran globalisasi yang hebat menuntut orang Melayu untuk lebih memperkemaskan barisan mereka dengan lebih rapi lagi agar tidak mudah terungkai bagi memastikan asakan dan badai yang melanda dapat dibentengi dengan lebih ampuh dan padu.

Hosted by www.Geocities.ws

1