|
|
||
|
|
|
|
| MOTTO KML | ||||||||||||
|
"KARISMA MADANI |
Sekapur Sireh |
|
||||||||||
|
LUHUR" |
|
|
|
|
||||||||
|
HIGHLIGHTS
|
|
|
|
|||||
|
|
25 November 2000 Alhamdulillah, hasrat untuk mengujudkan laman web Kolej Matrikulasi Labuan akhirnya menjadi kenyataan. Program Matrikulasi Kementerian
Pendidikan Malaysia adalah salah satu saluran untuk menyediakan
pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
memasuki kursus-kursus ijazah di universiti-universiti. Untuk
menyediakan pelajar kepada tahap yang berkualiti tinggi dan menepati
standard semasa, proses pengajaran dan pembelajaran perlu
menggunakan satu sistem teknologi yang tinggi secara optima
serta efektif yang selaras dengan keperluan keadaan diluar kolej. Segala pengetahuan yang
diperolehi di kolej membolehkan pelajar mempunyai daya saing dan
sentiasa sedar serta bersedia dengan jangkaan perubahan keadaan di
masa hadapan. Bagi menyediakan pelajar-pelajar dengan pengetahuan
dan kemahiran serta pengalaman, yang menjadi aset kepada diri
pelajar, peluang hendaklah diberikan kepada mereka dengan
menyediakan sistem pembelajaran yang efektif dan optima. Dunia kini telah memasuki satu zaman di mana ilmu pengetahuan dan maklumat menjadi aset, potensi dan juga sumber daya saing. Maklumat dan pengetahuan telah menjadi satu komoditi yang semakin penting dalam menentukan tahap kemajuan dan daya saing setiap individu dan organisasi. Perkembangan teknologi maklumat masa kini memerlukan Kolej Matrikulasi Labuan sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi agar tidak ketinggalan dalam menfaatkan teknologi ini. Justeru itu Majlis Pelancaran Laman Web Rasmi Kolej Matrikulasi Labuan merupakan titik tolak bagi kolej mencapai matlamat di atas seiring matlamat negara menuju era negara maju. Lebih membanggakan lagi, laman ini dibangunkan dengan menggunakan kepakaran dalaman yang dapat digembeling secara optima supaya dapat memenuhi citarasa dan aspirasi warga kolej ini. Tahniah saya ucapkan. Pastinya warga KML merasa bertuah kerana menjadi antara yang terkehadapan di dalam memanfaatkan dunia teknologi maklumat.(ICT). Atmosfera baru ini juga tentunya dapat menyumbang ke arah mencapai visi kolej dan wawasan 2020. Kepada semua pengunjung, diharap laman ini dapat membantu anda mengenali kami sebagai warga Kementerian Pendidikan Malaysia, dan mendapatkan informasi terkini mengenai aktiviti di KML. Sekali lagi, kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung bagi membangunkan dan menjayakan projek ini, saya merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih. Sekian. ( AHMAD A. STAUN
) Kementerian Pendidikan
Malaysia,
|
|
||||||
|
|
|
|
||||||
|
Negeri Sembilan Pulau Pinang Perlis
|
|
|||||||
|
|
||||||||
|
|
|
|||||||
|
Perakaunan
|
|
|
||||||
|
|
||||||||
|
|
||||||||
|
|
|
|
||||||
|
Kaunseling H.E. Pelajar
|
||||||||
|
|
||||||||
|
|
|
|
||||||
|
|
|
|
||||||
|
|
|
|
||||||
|
|
|
|
||||||
|
| Berita KML | Bahan P&P | Informasi Umum | Direktori | Soalan Lazim | | Uji Minda | Peta Laman | |
||||||||
|
|
||||||||
|
|
|
|
|