Peribadi Itu
menemuinya hari itu
ku
tahu dia bukan musuh
kepada
musuhnya
tetapi
kekasih
kepada
dunianya.
memahaminya hari itu
ku
kira dia adalah pencabar
yang
mengajak aku mementangnya
dengan
mata bersinar
dengan
hati berdebar.
aku tidak lagi merindu
pada
si lembut palsu
dialah
seberkas peribadi
yang
terletak di tengah ruang
dan
peribadi itu ku dekati
dengan
hormat dan tenang.
mengingatinya kini
serasa
suaranya berulang
memesan
ku meneliti
segenap
ruang.
- Rahman Shaari-
Pesan Bonda
pesan bonda...
bukan
mudah buat piliha
untuk
mencari suami idaman
walau
banyak kau temui
tak
semua yag bisa dipercayai
doa
ku kau selamat menjalani hidup ini
bila
jejaka dah kau temui
moga
berkenan di mata jua di hati
jika hati mu sudah terpaut
wajahya
di mata mu payah nak luput
ingatlah
gadisku usah kau
melayan
perasaan mu jauh melalut
kerana
sifat lelaki manisya di mulut
maunnya
mahkota mu hendak direbut
pesanku lagi...
apa
yang telah kami bekalkan
usah
terburai di tegah jalan
ingatlah
anak ku pesanan
suruhan
Allah dijadikan pakaian diri
larangan
Allah dibuat tidak sekali-kali
jaga
maruah jagalah nama
disebut
orang selama-lama
gadisku...jika
pecarian mu telah berakhir
bawalah
ke mari kami janga kau cicir
rahmat
hidup kalian dega restu ini
kerna
restu kami Allah berkati
ingatlah
anak ku jaga kau alpai
- kasturi-
Pengajaran
di kerusi usang ini
masih
aku setia diampumu
mengira
dan menghitung
setiap pegajaran yang
pernah
suatu ketika
terajar
pada diriku...
satu darinya
jangan lupa tiang agama
itu
pelengkap dan pendinding hidup
yang
tak perlu ku pertikai
dua dariya
hargailah
setiap pegorbanan
itu
tanda ingat atas ingatan
biarpun
kecil, benarnya
yang
kecil itu jangan dipermudah
kelak
kau tau apa itu kasih sayang
tiga darinya
taburkan
suara teruma kasihmu
itu
ucapan yang bernada adab sopan
yang
tak perlu kunyatakan
biarpun
sedikit pertolongan
namun
sari sedikit benarnya
mendatangkan kenikmatan
empat darinya
hormatkan
suami
itu
yang harus kau jadikan pedoman
buat
sesiapa sahaja yang bergelar isteri
lima darinya
perasaan
insani jangan dipermudah
jangan
dipermain dan dipersia
kerana
setiap yang mempunyai perasaan tahu mengira sakit dan luka
pada
hati mereka
enam dariya
jangan
takut pada peperiksaan
kerana
katamu, mereka itu benarnya
lebih
bodoh belaka dari dirimu
dan
sememangya kau sering memahami
diriku
yang memang ketakutan
bila
menjelangnya hari peperiksaan
tujuh darinya
jadi
dirimu, jangan lagakan orang lain
pedulikan
apa kata mereka
dan
sesungguhnya mereka-mereka itu sendiri pun
tak
tau apa yang mereka karutkan
lapan darinya
perkataan
kasih sayang jangan kau
sengaja
persendakan
kerana
yang harusnya
datanglah
dari hati yang tulus
bukan
kepalsuan
dan sehigga kini
aku
masih mengingati
bait-bait
pengajaran
yag
tak perah kau ajar
namun
dari tiap langkah da tingkahmu
ku
huraikan satu-satu
ku
kaitkan
dan
ia mengadikan
kesempurnaan
pada dirimu
tapi
kini kau tiada lagi...
-wanita23-
Persahabatan Itu
persahabatan itu
augerah
persahabatan
itu
persaudaraan
sesama
insan
persahabatan itu
terjalin
apabila terjadinya
pertemuan
persahabatan itu
adalah
persaudaraan
yang
akrab
atas
dasar-dasar
ketulusan
keikhlasan
kejujuran
dan erti persahabatan
yang
tulus suci berpaksikan keimanan
dan persahabatan itu
adalah
amanah
seorang
sahabat
di
dalam menjalinkan
persahabatan
-selendang hijau-
Pelayaran
kita belayar
dengan
iman dan keyakinan
kerana
hidup adalah hukuman
di
atas lautan.
kita tempuhi ombak kepalang
dan
radang angin songsang
dalam
hujan
ketika
menyeberangi lautan
yang
sesekali mengganas dan menggelombang
dalam
mencari unsur dan nilai pengabaian.
alangkah luasnya samudera Tuhan
seluas
langit malam
kita
pun belayar
dalam
erti kehilangan
seperti
seekor ikan.
sebenarnya pelayaran ini
telah
diawasi
oleh
seorang nabi
dengan
kebenaran biru
ombak
pagi
bagai
pernah menyilani pelangi
memutih
persisiran adat mati.
pun
malam juga menciptakan
cinta
syahdu di laut terbentang.
kami berdoa pada Tuhan
segenap
kejujuran
agar
bahtera kami
agar
pelayaran kami
agar
mimpi-mimpi kami
akan
terselamat
menemui
destinasi.
-Osman Adnon-
B.M 29/10/95
Perjuangan Sahabat
sahabat ...
matahari
memancar kamar diterangi
diriku
kaku menatap pena
kertas
terbentang mengharapkan sedikit coretan
namun
buntu fikiran tidak mampu mencurahkan
sahabat ...
dirimu
amat ku hormati, kusayangi, kusanjungi
kasihku
padamu ikhlas kerana Ilahi
jatuh
tertuduk dirimu ingin ku bantu berdiri semula
namun
kenyataan hanya doa yang dikirimkan
sahabat ...
dunia
mengasyikkan, mengaburi mata
sayu
hati mengigatkan diri itulah hadya
agar
rahmat Ar-Rahman tetap mengunjungi qalbu
khuatir
ia adalah berterusan di basahi
oleh
peringatan Allah andainya kerap terabai
sahabat ...
jika
benar katamu diri telah lemas
maka
carilah pelampung makrifat
agar
timbul keinsafan yang abadi
insaf
akan kelemahan diri
tanpa
kurnia yang hakiki
sahabat ...
biar
dirimu dihina, dicaci, dibenci
namun
kasih yang tersemai tetap abadi
apa
jua ketentuan Ilahi maka rendah diri
berkekalan
permintaan ku agar dirimu sentiasa dihampiri
sahabat ...
bangunlah,
lontarkan dirimu dalam Redha Kasihnya
letakkan
gunung keinsafan
lahirkan
zuriat keimanan
alirkan
lautan kasih
biar
badai menghalang, ombak menjulang
kapal
keimanan gagah menetang
Pertemuan I / II