Home 
Personal Corner 
Inner Voices 
Poetry Lane 
Music Box 
Web Links 
Sign and View my Guestbook 
E-mail Me! 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
Ada Cahaya 
 
telah lama dibiarkan 
berapa lama dibiarkan fikiran berlegar - legar 
mengejar bayangan terus berdatangan  
masih menunggu 
kehitaman bayang-bayang 
merasuk masuk 
mengeladah ruang 
dan tempat tinggal kehidupan 
seorang yang menanamkan dirinya 
pemikir yang tegas 
tidak pedulu bayang-bayang menghantui 
tidak peduli kehitaman menanggung 
merusuk perjalanan 
kerana di depan 
ada cahaya yang bergemerlapan 
 
Ada Aku Rasa 
 
ada aku rasa 
senang dan senang 
memenuhi dada 
mengelubungi mimpi hatimu jadi mekar 
mencintai manusia 
tumbuhan  dan haiwan 
alam dan sekitaran 
kau tidak banyak 
berbelah dan berbalah 
mencari itu balik ini 
kau menjadi yakin 
hidup ini haus dipenuhi 
dengan yakin dan takwa 
menerima kebenaran 
suatu yang hakiki
 
Ada Yang Ku Kenali 
 
sekali sekala 
aku berjalan menjenguk kota 
kesibukkan seperti selalu 
tidak pernah menyeberang 
sesiapa yang menghilang 
diburu urusan dan kesahajaan 
aku pun masuk menengahi 
berikut sibuk berebut-rebut 
semau wajah memerhatikan diri 
ada yang ku kenali 
bepayah-payah menyapaku 
rupanye begini 
masih ada yang tahu 
aku tidak kehilangan 
memasuki kotaku 
jantung  jiwaku
 
Aku Betah Begini 
 
akan kuberikan 
satu makna kata 
yang diluruhakan oleh butir-butir masa 
yang makin menipis 
tapi masih mengizinkan ku berbicara 
aku tidak sepi 
kerana masih merasakan mimpi 
mimpi malam mimpi dinihari 
ada-ada saja memberikan ku seni 
masih aku enak 
berjalan dan menguyah 
makanan dan minuman 
sajian pengat dan penganan 
tapi aku tidak terus-terus memamah 
kutahan seleraku 
untuk tidak terlalu 
melurutkan nafas pendekku 
aku betah begini 
segala pengalaman segala penghayatan 
barangkali bajal memberi 
hari-hari akhirku penuh bererti
 
Aku 
 
aku telah bersungguh-sungguh 
mengatakan apa yang kufikirkan betul 
berdasarkan ilmu, pengalaman 
pemikiran ketakwaan, 
manusia seorangku 
memang ku tahu 
makhluk lemah 
jelmaan diri semangat 
umat Muhammad Rasullulah. 
aku telah  cukup sedar 
penulisan ku bukan bermain-main 
sekadar menempah nama 
seorang yang inginkan kekekalan 
aku telah begini lemah 
mengikuti gerak hatiku 
sejajar sebenarku 
bukan berputar-putar 
bukan bertukar-tukar 
selera dan rasa 
semahu dan sesuka, 
aku telah cukup mengerti 
hidup dan mati 
sentiasa mencari 
keredaan Ilahi
 
 
Apakah Maknanye Ini Semua 
 
apabila ku buka mata 
matahari merah menyala 
lalu apa yang ku katakan 
betapa besarnya Tuhan 
menjadikan alam begini terbentang 
dan setiap pagi mentari 
mesti terbit menerangi kegelapan 
 
lalu aku berjalan 
di tengah panas keringat berjatuhan 
 
maka apakah yang ku ucapkan 
betapa Allah telah memberi nikmat 
untuk kita berhikmat 
dalam cuaca terang 
mencari rezeki untuk penghidupan 
yang bakal ku tempuh 
untuk esok yang belum berkeputusan 
ketika aku menghadap laut 
merenung ombak dan angin pun berdesir 
mengibar-gibarkan baju kemejaku 
maka apakah yang terluncur dari bibirku 
Subhanallah 
Maha Suci Allah 
aku hamba-Mu 
berdiri di pesisi pantai ini 
mendapat nikmat berlipat ganda 
tak ku faham bagaimana harus berkata. 
 
hanya ku bersyukur 
setiap kali beridiri dipantai ini 
sejak zaman kanak-kanakku 
dan sampai ompong dan rambutku memutih 
maka setia sendi ku berkeritu letih 
maka setia kali itulah 
ku rasakan kesegaran rasa hidayah-Mu, Allah 
ku terima anugerahmu yang tidak  putus-putus 
menambah mengertianku mankin mendalam 
bahawa hidup ini pinjaman 
akhirat juga akan sungguhnya .
 
Bayang-bayangMu 
 
kemana saja kau merangkak 
bayang-bayangmu 
mengejar mengekorimu , 
berbalik kau mengejar 
ia berlari di depanmu ; 
kemana saja kau meniarap 
menangkap bayang-bayangmu 
is masih mengekorimu ; 
seperit dirimu 
kau pun tahu 
di dalam kerangka lusuhmu 
ada saja rohmu 
mengikuti dan meladeni 
sampai tetap pada waktu tertentu 
akan meninggalkanmu .
 
Begini Hari Meminta Kita Bertahan 
 
sampai kemana 
matahari terus bercahaya 
sampai adelah ketika 
kita duduk bertemu 
menyambung peristiwa yang jauh berlalu 
        tidak lagi terasa kederasann waktu 
        seperti tadi berlalu 
        kita berdua bermain kejar-kejaran 
        sambil melempar-lempar batu jalanan 
percakapan yang baru kuucapakan 
menjadi aku terdedah jarak yang memukau 
kita tidak lagi sejalan 
setelah melepasi 
berpuluh-puluh tahun terpisah 
pertemuan ini bukan lagi membuka sejarah. 
        keasingan mencengkam 
        kedadamu, kedadaku berbalik-balik 
        tinggal kerut-kerut wajah 
        bekas bahang terik kerja 
        menghabiskan hayat 
        Allah yang masih memanjangkan 
        hari dan peristiwa 
        cahaya dan warna 
        memisahkan makna. 
antara kita dua manusia 
yang pernah sekali menjadi kanak-kanak 
yang pernah berkata : 
" hujung jalan ini 
 masih belum lagi dihabisi, 
maka pertemuan ini 
mungkin tidak lagi mengulangi ".
 
Berani Tegak 
 
terlalu banyak serpihan 
dan agakkan 
yang menggangu perasaan , 
hidup manusia sekarang 
untuk dapat bertahan 
mengekal sikap dan pendirian . 
tidaklah lebih senang 
mengikut arus dan kadang-kadang 
gelombang 
begitu mendebarkan ; 
kekacau-bilauan 
manjadi-jadi, 
apakah manusia di sini 
berani tegak 
menghadapi 
setiap detik berjalan 
mancabar keimanan 
yang masih dipertahankan
 
 
Berfikir 
 
pergi mencari diri 
waktu sepi mengajar untuk mengerti 
ketenagan merumahkan jiwa-jiwa 
yang merancang 
perbaikan umat yang ketinggalan. 
pergi berkali-kali menyeberang 
lautan yang mengombaki alam, 
pulangnya masih meminta-minta 
di sini apakah ada yang belas kasihan 
untuk orang-orang yang kemiskinan 
semangat dan perjuangan. 
arah sentiasa menuju ke depan 
melompati ranjau yang sentiasa dipasangkan. 
kitalah yang harus mengoyak 
semua peta yang sudah terajah 
"berfikir itu tanda satu kemunduran". 
kitalah yang harus meruntuhkan 
tembok sekatan yang melumpuhkan keupayaan. 
"berfikir itu suatu keupayaan 
menentukan hidup depan bukan perhambaan".
 
 
Biasa 
 
kedukaan yang melinta 
diperhatikan anak mataku ini 
bukan baru kutahu 
maknanya hidup 
menang bercara-cara; 
setengahnya melarat 
ditindih sengsara 
pelan-pelan bangunn menggeliat 
mengangkat dan meningkat 
melemparkan semua yang menyeksa. 
setengahnya berleka-leka 
di atas gunung kesenangan maya 
lupa pelan-pelan 
jari kakinya tergelincir 
melorot dan melongsor 
seluruh seluarnya 
dan maruahnya. 
 
 
 
Bingung Makna 
 
kasih sesama insan 
mengitari kehidupan 
senyawa senafas 
menahan dan bertahan 
tiap menerima bencana 
di mana terhempap bala 
insan merasakan kepedihannnya 
angkara, loba dan 
nafsu serakah 
tak puas 
merampas, 
makain daif yang memang menipis 
tinggal kerangka 
bahkan air mata 
tidak mungkin lagi menitis. 
kesisihan 
insan yang mulanya terbuhul kasih 
sekarang baring berserakan; 
bingung makna 
dalam kenyangan ternganga 
di tengah kasih persaudaraan 
umat manusia.
 
 
Hanya Sekadar 
 
berbalik-balik rasa gusar 
menggegari sekitar yang bertukar-tukar 
dari yang kotor menjadi cerah 
dari yang lemah menjadi gagah; 
biasa-biasa saja 
kisah begini berjalan 
berulang-ulang, 
cuma pelakon-pelakon 
terutama dalangnya 
bertukar-tukar 
lebih mencabar 
mengingatkan hidup 
hanya sekadar...
 
   
 
Kebangkitan Kali Kedua 
 
i 
Masa yang mengungkapkan 
sebuah kemungkinan 
bangkitnya dari jiwa 
yang digerakkan oleh kuasa 
bukan buatan tangan-tangan manusia 
kerana manusia itu sendiri 
adalah kehendak Maha Esa 
seperti terjadi dalam sekelip 
kelip mata di mana-mana 
terbongkar makna 
kesedaran sebuah kata 
tidak menunggu pembetulan 
dan persiapan! 
 
ii 
siapa yang dapat menyangkal 
apabila telah sampai MASA 
sesaat tidak bisa diundurkan, 
bahawa bermulanya kejadiaan Tuhan 
menguasai seluruh lautan 
dan daratan 
kembali semua menjadi 
sebuah kesatuan; 
siapa yang masih meragukan 
kebangkitan kali kedua 
akan meratakan lekak-lekuk perbezaan 
warna, bangsa, corak dan pemerintahan 
yang memihak yang gagal 
melupakan yang lemah 
sekarang ini datang perhitungan 
 
MASA telah tiba  
siapa yang minta bertahan 
biar sedetk berilah waktu taubat 
tapi perhitungan bukan kiraan 
otak manusia yang berfikir 
segalanya dapat dipastikan 
 
iii 
akan tinggal kesepian 
di bawah-bawah batu 
di tembok-tembok bikinan 
manusia yang fikirnya tahan 
menghadap kehendak Tuhan 
fikirnya dapat mementang: 
melawan kehendak Allah s.w.t 
yang telah diputuskan 
kerana telah diperhitungkan 
sampai detik-detik akhir 
kedegilan dan kemungkaran 
makin menjadi-jadi 
seperti maraknya api 
makin menyala-nyala 
menanti manusia 
ke arahnya saja.
 
   
Kenangan 
 
masa menumpu 
kepada titik permulaan 
keturunan awl memanjangkan 
perjalanan seorang tunggal 
ke tengah penghidupan 
yang bukan alang-kepalang. 
dia akan lebih tahu 
kehidupan yang dialami 
menjadi suatu kekayaan 
buat zaman-zaman kemudian. 
benar tidak terfikir 
ketika masih kanak-kanak 
seorang tunggal bernama teman-teman 
yang minum makan 
seada dan seenaknya. 
keingatan ini 
samar-samar sekarang 
kerana terlalu jauh 
tinggal di belakang 
tapi  masih ada pagutan 
kesayangan, rindu-rindu 
menyentuh kalbu 
ini sekali-sekali menyenyumkan 
sendiri tertawa 
dalam kediaman. 
memang bebar kata bicara: 
kalau duduk terpaku 
bakal-bakal datang 
kenangan menimang 
bayang-bayang kemanisan 
peristiwa berlalu silam.
 
   
 
Ketiadaan Pegangan 
 
perlahan-lahan kau berkata 
tak ada yang penting tak ada yang utama 
segala perkara menggusarkan makna 
barangkali adanya memikirkan sukarnya 
tentu begini bukan perkara biasa 
banyak orang terdorong kerana berpura-pura 
sampai sendiri ternganga kerana kecuaiannya 
berdiri di bawah mega mencakar-cakar muka 
 
ah, terlalu sepi menghadapkan muka 
ke langit lapang menyaksikan perubahan 
bintang berjatuhan dan bulan kehibaan 
memerhatikan manusia ketiadaan pegangan; 
ada yang memikir dunia besok hancur 
sekarang lekas-lekas menggali liang kubur 
bercakap dan mengigau dalam gallian dinihari 
menantikan tumbangnya sebuah harga diri.
 
 
Masa Mengingat 
 
masa mengigat yang lalu-lalu 
membikin kita mengulangi 
peristiwa yang sudah beku 
kita menilanya dalam debu. 
melihat masa muka 
sambil mengigat masa silam 
perlahan-lahan ada bayangan 
membimbing dan melapang 
dada seorang insan ini 
yang sudah pun duduk di pinggiran; 
tapi buat kesekian ingatan 
masih berjalan 
hidup ini bukan suatu kesia-siaan.
 
 
Menentukan Nasib 
 
lekas-lekas bertindak 
menentukan nasib 
jika tidak 
anda bakal diseret 
ke lubang parit 
dan meragut--ragut rumput 
dan sampah-sampah 
yang membukit; 
kerana demikian 
telah dinyatakan 
kemalasan itu  
bukan tnda insan 
yang perlu diperhitungkan
 
   
Mengenali Mu, Ya Allah 
 
mengenali-Mu, ya Allah 
rasanya makin merindu 
yakin - itu sudah tidak pernah  
aku tanyakan pada diriku 
kepada kalbuku 
kerana sejak aku tahu 
mengenal kehidupan 
ketika masih belum mengaji 
mukadam dan al-Quran 
aku sudah diberi kenal 
ada bintang  
ada bulan  
ada mtahari 
dan awan 
ada yang menjadikan; 
begitu aku terasa 
tanpa bertanya 
aku ingin makna mendalam 
sudah kuterima kenyataan 
bahawa alam jagat dan 
seuruh makhluk ini 
ada yang menjadikan 
ciptaan-Mu, Tuhan 
Maha Pengasih Maha Penyayang. 
berulang-ulang  
dalam hidupku diberi nafas 
berterusan menghayati nikmat 
makan minum dan tidur berehat 
maka dadaku penuh mengigati 
nama-Mu sentiasa 
di bibirku 
dan degup jantungku 
sentiasa mengigati-Mu 
adalah tandaku 
dalam ikatan-Mu. 
maka apabila aku diberi hayat 
di alam jagat-Mu 
bergerak, berkerja 
mencarimakan dan 
bergaul dengan insan 
insan dan umat-Mu 
menjadi sebutan 
degup hatiku; 
dan apa  
dan bagaimana 
dan di mana 
aku berada  
aku sentiasa dikurniai 
inayah-M, ya Allah 
maka aku sentiasa mengingati-Mu. 
maka dalam bersorak 
bergerak dan berteriak 
untuk apa  
untuk bagaimana 
aku tiba-tiba saja 
seperti digerak 
oleh suatu kuasa 
menyentuh dalam kalbuku: 
maka aku menjadi terkelu 
mati teriak sorakku 
kerana nafasku 
terasa tinggal satu, satu. 
maka tahu aku, ya Allah 
lonjak dan sorak 
gelak dan teriak 
bisa sekali lenyap  
dalam satu helaan hafas: 
ketika dalam kealpaan 
menghayati dalam kefanaan.
 
 
Renungan Malam 
 
i 
malam itut malam yang terpanjang 
malam yang terjauh 
dari suara yang memotong angin, ombak 
memburu kerisauan terus mendesak 
ke lubuk-lubuk hati umat; 
maka berderailah bunyi pekikan 
semacam mahu memberi bantuan 
nafas demi nafas  
dera demi dera 
memenjarakan beribu-ribu helah 
dan rancangan. 
percayalah 
kamu akan menjadi 
umat yang kuat kaki dan 
panjang nafas, 
kau akan tegakmenggergaji 
rantai, belenggu yang terbuat dari kapas. 
kau akan berangkat pagi-pagi 
memikul beban yang telah diwariskan 
mengejar semua kaki-kaki 
yang terdahulu darimu 
yang mara merempuh 
mencabut setiap kata yang terselirat 
ayng memesongkan ke jalan 
sesat dan melarat. 
begini kau mengerti 
bahawa perjalanan panjany 
dan lautan malam 
bukan untuk direnungi 
tapi untuk direnagi; 
bahawa pemagaran yang mengepung 
dan besi bengko yang memasung 
bukan untuk diratapi 
tapi untuk ditembusi. 
 
ii 
sekian demi sekian 
hitungan demi hitungan 
hanyalah analisa yang lenguh 
yang tidak mamapu mengubah 
tapi sekadar untuk ditelaah. 
keterangan demi keterangan 
ulasan demi ulasan 
nasihat demu nasihat 
seruan demi seruan 
bakal tertompok-tompok menjadi keluhan 
kerana dayadan ketrampilan 
otak dan pemikiran 
telah terbuntu dalam kesibukn 
mengisi perut ayng tidak pernah kenyang 
mengisi perabot yang tidak pernah lapang. 
kerana cita dan cipta 
dalam terkubur dalam kelesuan 
maka kita tinggal memilih 
mengisi kantung sendiri, sendiri 
sambil pura-pura merintih 
merindui nasib umat yang tertindih.
 
 
Tahu Di Sini 
 
tahu di sini 
ada besarnya kemajuan 
beroan-rona perubahan 
seperti kilat megilat 
menggelupur menggeliat 
di bawah roda-roda pergerakan 
satu-satu tersiat 
dicabut dari urat-urat dan 
akarnya sekali gus tergugat, 
tahu di mana 
kebudayaan yang lumat 
ketiadaan pegangan dan 
kelemahan umat; 
bukan besarnya kehidupan 
diukur dari kebendaan 
yang melimpah-limpah 
melupakan kemanusiaan
 
   
 
Umur Berterusan 
 
umur berterusan 
bagai daun-daun luruh 
oleh angin kering yang berpuput 
sepanjang penghidupan seorang insan 
maka bertambah hari 
begitu juga daun-daun berjatuhan 
satu-satu 
memestikan 
bakal pohon gondol kesunyian. 
kalau ini peristiwa erlaku 
bukan buatan otak-otak kelabu 
yang berfikir 
hidup bakal terus tegak 
menongkat langit 
tegap berpijak. 
demikian seperti daun yang beredar 
oleh tiupan angin yang terus berepusar 
umur manusia pun pelan-pelan longgar 
seperti pohon yang akhirnya tercabut akar
 
 
Waktu Dipanggil 
 
mengusik hati ni 
boleh mungkinnya beralih 
kehidupan dari dunia beralih 
kehidupan dari dunia sini 
ke dunia lain yang telah tertulis 
 
bagaimana mahu menahu 
masa muka yang bukan miliku 
mementukan entah kapan 
kau berangkat meninggalkan bumi 
alam yang bakal tinggal di rumah 
 
mengigat dan memikir 
otakmu makin fakir 
tak satu pun mungkin mencungkil 
erti dari peralihan yang bakal menampil 
 
begini saja - baik-baik kau di sini 
sementara bernafas bertingkah diri; 
waktu bila kau bakal dipanggil 
nantikan saja dengan rasa diri kerdil.
 
 

Rose's Web Directory 
| Poetry Lane | Music Box | Inner Voices | Personal Corner | Web Links| Guest book | Mail Post

   
Hosted by www.Geocities.ws

1 1