Di Dalam
Sebuah Mimpi
20/08/00
Di dalam sebuah
mimpi,
Yang datang
bukan sebagai mainan minda.
Tetapi sebuah
alamat,
Di mana Tuhan
ingin perlihatkan pada diri...
Pernah hijab
menyelubungi ketulusan hati ini
Aku luburkan
di hadapan teman yang ku anggap sejati
Tiada niat
untuk berbangga atau bertakbur
Hanya ingin
diri ini lebih difahami.
Di Dalam sebuah
mimpi,
Dia yang menjadi
sandaran bicara hati
Telah mentafsirkan
semua ini
Hanya luahan
kepalsuan diri
Berbalik pada
realiti,
Tingkah lakunya
berjalan seiring
Dia menjauhkan
diri.
Dengan alasan
yang hanya dia ketahui.
Aku di biar
terkapai sendirian
Cuma ingin
berhenti berkata-kata
Berhenti ingin
menyelaraikan keikhlasan hati
Berhenti ingin
meluruskan tanggapan yang
hanya dia
lebih senang mempercayai.
Biarkan sahaja
dia dengan tanggapannya.
Tiada guna
diperbesarkan perkara
Hanya Tuhan
yang lebih mengenal diri ini
Teman hanya
dapat mentafsiri.
Aku sentiasa
bersyukur kerana dikelilingi
Mereka yang
lebih mempercayai keikhlasan hati budi.
Doa ini,..
Ya Allah,
Yang Maha
Mengasihani,
Ampunilah
dosa diri ini,
Dari apa yang
disegaja dan tidak sengajai
Daripada yang
tidak aku sangkakan, dapat menghina diri.
Rose's
Web Directory
| Poetry
Lane | Music
Box | Inner
Voices| Personal
Corner | Web
Links | Guest
book | Mail
Post