Ana Boneka
Bernyawa
24/05/00
Di pentas
dunia
Boneka menari
tarian kehidupan.
Adabnya halus
Sentiasa dipelihara
mengikut adat dan budaya.
Gerak geri
menjadi pemerhatian
Oleh mereka
yang hadir menonton persembahan.
Ana Boneka
Bernyawa,
Punya perasaan
dan keinginan.
Punya akal
fikiran dan pendapatnya sendiri.
Ada ketika
Ana tidak mengerti
Mengapa tariannya
terpaksa ditukar ganti.
Tapi Ana hanya
boneka,
Tingkah laku
ditentukan pemiliknya.
Kerana mereka
sebagai Wali-Wali Keramat
Yang ditanggungjawabkan
untuk mewarisi dirinya.
Walaupun Ana
terpaksa
Meneruskan
persembahkan tarian air mata
Ana Boneka
Bernyawa rela
Demi ingin
menerima kerestuan
Di mata Penciptanya.
Insyallah...
Rose's
Web Directory
| Poetry
Lane | Music
Box | Inner
Voices| Personal
Corner | Web
Links | Guest
book | Mail
Post