Home
Personal Corner
Inner Voices
Poetry Lane
Music Box
Web Links
Sign and View my Guestbook
E-mail Me!
 
 
 
 

 


Sayang Latifah

30/09/00 
Suatu perasaan,
Lahirnya bukan dari pandang pertama 
Hadirnya tanpa di duga 
Mekarnya hanya pabila sanubari dan kalbu 
Bisa berbisik senandung seirama yang merdu. 

Sewaktu yang di kasih mengadu kesakitan, 
Dia turut merasa keperitan. 
Muntiara jernih mula bertitis 
Di biarkan tersembunyi dari pengetahuan 
Hanya diri seorang puitis 
Menyedari kasih yang di rasa nikmat kemurniaan 

Semasa di tinggal sendiri, 
Harapannya di biar jatuh berkecai, berderai 
Walaupun minda tidak memahami,
Hati jauh dari memendam rasa dan benci. 
Membakar diri sekali lagi 
Demi dia yang ingin melihat kejelasan pelangi. 

Perasaan Latifah,
Wanita kota berjiwa desa, 
Tidak pasti terungkap dalam madah, 
Tiada dapat terlerai dalam kata 
Jangan di harap kesetiaanya 
Dapat ditukar ganti dengan harta benda. 

Ia yang berbicara dalam bahasa kasih, 
Dapat dirasa getaran yang menyerapi, 
Hanya pabila empunya hati memahami, 
Erti disebalik..
Keamanan dalam perbalahan, 
Selembar rindu dalam perpisahan,
Kelembutan Latifah berbalut kesucian.
Terserlah ia akhirnya tanpa paksaan.. 
Sedarilah disentuh olehnya suatu kurnia. 


Rose's Web Directory
Home | Poetry Lane | Music Box | Inner Voices| Personal Corner  | Web Links | Guest book | Mail Post

 
Hosted by www.Geocities.ws

1 1