Home
Personal Corner
Inner Voices
Poetry Lane
Music Box
Web Links
Sign and View my Guestbook
E-mail Me!
 
 
 
 

 


Suatu Kebangkitan

11/09/00
i)
Terbujurnya sebuah jasad
Terangkatnya wajah ke arah langit-langit
Ada hembusan nafas yang turun naik
Tiada jelas kelihatan
Lemas ditelan kegelapan malam

Terlerainya sebuah minda
Setiap peristiwa bermain di mata
Terpancar jelas di awan langit-langit
Walau berada di kamar sunyi
Yang hanya ditemani nyanyian cengkrik

Pabila termain setiap peristiwa
Kehadiran kumbang menyegat jiwa
Sesekali jatuh titisan air mata
Terasa hangat mengucup sayu
Tetapi hati masih sesejuk salju.

Bercermin di hadapan kenyataan
Bertanyakan salah tingkah laku
Sehingga lafaz janji yang kedengaran
Mereka wujudkan di dalam mimpi
Sebagai hiasan mainan anganan,
Mainan rasa dan perasaan.
Di mana terletaknya keihklasan?

Masih dikota kasih yang murni
Terhindar dari calar
Oleh kekeliruan kata-kata tidak bermada
Sesunggunya...
Utaian kasih berwarna sayang
Simpanan khas teristimewa 
Hanya pada yang dapat menerima
Hanya pada yang dapat melihat jauh di sanubari.
Sebenar-benarnya nilai harga diri
Yang sengaja dilindungi.
Di sebalik nada-nada naluri

ii)
Tanpa dugaan dalam kegelapan
Aku diserga dari jauh.
Terasa wujudnya diri
Seperti buat pertama kali 
Roh menyerap ke tubuh.

Bukan disadar ketika dalam lamunan
Tetapi diserga ketika dalam kenyataan
Oleh ia yang mengetahui
Terus mendampingi
Jasad yang dibuat-buat kaku
Sebenarnya dibuai-buai lagu

Diri yang dibangkitkan
Telah dingertikan
Gurisan dari mainan bayangan
Adalah tapisan yang Dia hadiahkan
Sebagia pelindung diri dalam keadaan.

Terus bersyukur di dalam hati
Dengan izin Yang Maha Esa
Aku serta tangunggan di sisi
Dalam jagaan seorang Insani
Utusan dari Ilahi. 

iii)
Dilempar tepi segala mainan mimpi duniawi
Nyawa yang ada digunakan untuk mengenal dan mencari
Sesuatu yang berada di hadapan mata
Tetapi sembunyi di dalam nyata.

Di samping mencari...
Hidup berusaha menyenagi mereka
Yang masih memerlukan 
Yang masih ada dia di sana 
Yang sentiasa mengharapkan kehadiran...

Berpegang teguh pada keimanan
Sentiasa memelihara kesucian hati.
Keyakinan diri terus membara,
Segala keadaan dan keputusan
Akan dibimbing rapi olehNya

Kedengaran laungan azan subuh
Dari surau yang berhampiran
Kini bangkit pula sebuah jasad
Jasad seorang manusia
Ingin menyediakan diri
Untuk menghadap kepadaNya.

Ketika anggota dibasahi wudhuk
Terpapar jelas suatu kepastian..

Di dalam setiap titisan air mata
Tersembunyi kelemahan jiwa raga
Di dalam setiap guris kesyukuran
Tersimpan kegigihan diri
Kerana disirami Zat Yang Maha Agung dan Maha Suci.



Rose's Web Directory
Home | Poetry Lane | Music Box | Inner Voices| Personal Corner  | Web Links | Guest book | Mail Post
 
Hosted by www.Geocities.ws

1 1