Mawaddah Homestay

 

   Dibuka pada Januari 2006, beralamat di 1 & 2 Jalan Weng, Kg. Bawah Gunung, 09100 Baling, Kedah. Lokasinya yang terletak 1 km dari Pekan Baling, memberikan kemudahan kepada pengunjung untuk sebarang urusan serta dapat menikmati suasana dan pemandangan yang indah, kerana ianya berhadapan dengan Gunung Baling. Ia mempunyai 6 bilik penginapan, ruang mesyuarat dan tempat untuk urusan majlis perkahwinan.

 

   Mawaddah Homestay juga berdekatan dengan beberapa pusat rekreasi di Baling, seperti Lata Bayu (20 km) dan Pusat Peranginan Air Panas Lenggong (15 km) .Mawaddah, yang membawa maksud kasih sayang, merupakan konsep dalam pengendalian dan setiap urusan.

 

 

“ Kasih Maha Pencipta, kasih sesama insan, kasih pada alam.”

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1