|
Dibawah tersenarai tip mengelak
kecurian dalam masjid:- Kecurian dalam masjid pasti berlaku sekiranya kita tidak bijak mengatasinya.Bagi pihak jawatankuasa masjid boleh mengamalkan tip ini.Setiap kipas dinding perlu di tambahkan skru tambahan yang melekat di dinding supaya merumitkan kerja-kerja menanggalkan kipas tersebut.Sentiasa mengunci pintu masjid dan menyediakan 1 ruang dan sejadah di bahagian luar untuk jemaah lewat.Memasang kamera litar tertutup pada setiap penjuru.Sediakan tabung yang besar sedikit dan berkunci untuk setiap solat jumaat supaya pencuri tidak dapat mengambil peluang mencuri tabung tersebut apabila selesai solat.Jangan gunakan tabung kecil seperti bekas plastik.Setiap peti besi di lekatkan pada dinding supaya susah untuk mengangkatnya.Bendahari perlu mengutip wang tabungan setiap hari.Untuk jemaah solat jumaat selalu kehilangan kasut atau selipar perlu mengamalkan cara ini.Letakkan kasut atau selipar berlainan tempat apabila memasuki ruang solat.Contohnya kasut sebelah kanan letak di tepi tembok dan kasut sebelah kiri pula letaknya di tepi pokok.Jika berkereta,simpan kasut didalam bonet dan berkaki ayam untuk sementara menuju ruang wudhu.Jenayah tidak mengenal tempat,waktu dan keadaan.Selamat mencuba. |
|||||||||
![]() |
||||||||||