|
Dibawah tersenarai tip mengelak
kecurian kenderaan:- Kecurian kenderaan pasti berlaku sekiranya kita tidak bijak mengatasinya.Pencuri akan melakukan jenayah ini dengan membuat sesuatu seperti mengumpil lock pintu,memecahkan cermin,mencuri semasa pemilik memasuki restoren,pam minyak,tandas dan sebagainya.Sesuatu barangan berharga seperti hand phone,komputer riba dan set audio yang canggih perlu dibawa bersama.Apa sahaja beg seperti beg baju yang menarik perhatian pencuri perlu disimpan didalam bonet.Pastikan kenderaan ditambah kunci tambahan dan memasang sistem alarm canggih jika mampu.Pada dalam pintu yang berdekatan lock perlu dipasang sekeping zink untuk mengelakkan pencuri mengumpilnya.Ia boleh dipasang dimana-mana bengkel yang berpengalaman.Semasa berurusan dimana-mana walau sekejap,jangan tinggalkan kenderaan dalam keadaan enjin hidup atau pintu tidak berkunci.Untuk meletak kenderaan digalakkan mencari tempat letak yang berbayar dan elakkan meletak ditempat sunyi yang tiada orang melihatnya seperti di lorong-lorong bangunan.Jika kenderaan diletakkan didalam rumah,pastikan pagar dan kenderaan itu berkunci.Jika mempunyai kenderaan yang berlebihan seperti 2 atau tiga pastikan anda cuba menghimpit antara pintu serapat yang boleh agar menyusahkan si pencuri mengumpil.Pastikan kunci kenderaan disimpan dengan selamat didalam rumah dan bukan diletakkan diruang tamu.Jangan sesekali menyimpan kunci pendua yang dapat dilihat oleh pencuri.Jika berkemampuan,bolehlah dipasang 1 motion sensor atau sensor pergerakan pada ruang meletak kenderaan dirumah.Jika anda masih ragu akan keselamatan kenderaan anda dan tidak mampu utnuk menggunakan sistem GPS pengesan.Anda bolehlah mencari 1 set hand phone murah dan menggunakan rangkaian telekomunikasi yang mempunyai find friend.Hand phone itu perlu di silent dan tanpa vibration.Ia dapat mengesan kedudukan hand phone tersebut selagi ada isyarat rangkaian.Hand phone tersebut perlu disorokkan pada mana-mana ruang kenderaan yang tidak dapat dilihat pencuri.Untuk mengelakkan kehabisan bateri hand phone,disarankan memasang charger yang punca eletriknya disambung dari jam.Selamat mencuba. |
|||||||||
![]() |
||||||||||