Menu Utama
Perkhidmatan dan Ilmu...
Senarai Keluargaku...
Buku Telefon Rakanku...

Segala peniruan adalah dilarang.Hubungi email [email protected]

Menjunjung cita-cita.Melaksana sedaya upaya

 

Dibawah tersenarai tip mengelak kecurian kediaman:-

Kecurian kediaman pasti berlaku sekiranya kita tidak bijak mengatasinya.Pastikan semua pintu berkunci semasa hendak tidur atau keluar.Memasang jeriji digalakkan dan memasang kunci tambahan adalah perlu.Jangan biarkan ruang didalam rumah bergelap sekiranya meninggalkan kediaman.Memasang timer atau selcon sensor jika perlu untuk mengelakkan sedikit pembaziran.Memberitahu jiran tetangga,pengawal pintu atau pihak berkuasa jika terpaksa meninggalkan kediaman beberapa hari.Memberitahu penghantar surat khabar agar tidak menghantar semasa ketiadaan penghuni.Memasang zink atau memaku setiap atap genting jika mampu.Memasang jeriji pada lubang siling.Anda juga disarankan memasang alarm kediaman jika berkemampuan.Jika kurang kemampuan anda boleh memasang kotak alarm kosong sahaja diluar rumah depan dan belakang agar mengelirukan penceroboh.Kos untuk setiap kotak itu amatlah murah berbanding memasang alarm biasa.Ini besar kemungkinan akan mengelirukan pencuri kerana beranggapan kediaman itu mempunyai sistem alarm.Memasang sistem kamera CCTV jika mampu dan jika tidak,disarankan membeli set kamera CCTV yang rosak atau kamera palsu dengan harga murah.Set tersebut dipasang di kediaman anda agar si pencuri akan berasa was-was untuk melakukan jenayah tersebut.Memelihara anjing bagi kaum yang bukan Islam.Selamat mencuba.