Menu Utama
Perkhidmatan dan Ilmu...
Senarai Keluargaku...
Buku Telefon Rakanku...

Segala peniruan adalah dilarang.Hubungi email [email protected]

Menjunjung cita-cita.Melaksana sedaya upaya

 

Dibawah tersenarai pencuri terhormat:-

Kebiasaannya pencuri terhormat ini adalah dari kalangan rakan baik,saudara mara,jiran dan paling dekat adalah adik beradik.Pencuri ini adakalanya bersikap baik seperti meminjam,membeli,menjual dan sebagainya.Kadangkala sebutirpun syak tiada dalam hati anda terhadap mereka.Jika meminjam kenderaan,mereka akan membuat kunci pendua bagi setiap anak kunci itu.Jika mereka tidak mencurinya pada lain hari,mereka boleh menjual anak kunci tersebut dengan harga yang dirasakan sesuai.Si pembeli anak kunci pendua ini pula akan mencuri kenderaan tersebut setelah ia menjejaki kenderaan itu dimana-mana lokasi.Jika anda membeli tanah atau kenderaan atas nama orang lain seperti rakan atau adik-beradik,maka mereka terpaksa menjadi pencuri terhormat mengambil semula hak itu setelah anda tidak dapat melunaskan bayaran pinjaman tersebut dan mengheret nama mereka ke mahkamah.Jika kediaman diceroboh tanpa ada apa-apa kerosakan dan pecahan pada pintu,maka ia pasti dari kalangan pencuri terhormat.Kunci kediaman yang tercicir akan mengundang malapetaka.Kadangkala jiran yang dicurigai memanjat dan menceroboh melalui atap rumah.Kesalahan yang dilakukan akan dibayar tanpa "Resit" dan ini juga akan menyebabkan mereka melantik diri untuk menjadi pencuri terhormat.Jadi bagaimana kita hendak mengatasi pencuri terhormat ini?Jawapan disini ialah andalah yang menjadikan mereka pencuri terhormat...