Menu Utama
Perkhidmatan dan Ilmu...
Senarai Keluargaku...
Buku Telefon Rakanku...

Segala peniruan adalah dilarang.Hubungi email [email protected]

Menjunjung cita-cita.Melaksana sedaya upaya

 

Dibawah tersenarai beberapa tip atau masalah dihadapi:-

1)Aircon tidak sejuk :-

A)Kekurangan gas akibat bocor

Untuk memastikan kebocoran sebenar,lihat pada cooper pipe yang memasuki compressor samada ia bersalji atau tidak.Jika bersalji maka ia pasti berlaku kebocoran dimana-mana sambungan.

B)Button remote tidak dlm mode 'cool'

Pastikan butang mode cool pada remote dalam keadaan betul

C)Kipas compressor rosak atau perlahan akibat kerosakan kapasitor

Kapasitor 1.5uF berbentuk persegi pada kompressor perlu diganti jika kipas bergerak terlalu perlahan.Jika kipas tidak bergerak tetapi motor compressor berbunyi maka berkemungkinan motor kipas tersebut telah rosak dan perlu diganti

D)Motor compressor berhenti berfungsi akibat panas dan cut off

Jika dilihat kipas kompressor berfungsi tetapi motor kompressor berhenti dan menjadi panas,itu berpunca dari capalary tube tersumbat atau capasitor berbentuk bulat telah rosak dan ini perlu diganti

E)Wayar ke compressor terputus atau rosak

Berkemungkinan wayar digigit tikus atau wayar rosak.Perlu diperiksa dan menggantikannya

F)Cooling coil atau penapis dipenuhi habuk

Sekiranya ini terjadi ia perlu diservis biasa atau chemical servis.Pastikan penapis dicuci setiap bulan mengikut jadual dan cooling coil pada kompressor diservis 6 bulan sekali atau lebih

G)Kipas blower bergerak perlahan

Ini terjadi kemungkinan kipas blower dipenuhi habuk atau kapasitornya telah rosak

2)Aircon tidak berfungsi apabila suis ON :-

A)MCB di DB box untuk aircon turun kebawah

Kemungkinan ia telah rosak atau tidak cukup Amp.Perlu diganti kepada 20A untuk aircon

B)Suis aircon di dinding rosak

Perlu ditukar baru

C)Fius pada plug top terbakar

Jika plug top menggunakan jenis 13A,pastikan fiusnya masih elok dan jika menggunakan plugtop 15A maka kerosakan itu adalah didalam litar blower.

Sekiranya anda ingin menjimatkan eletrik apabila menggunakan aircon,pastikan servis dilakukan mengikut jadual yang betul.Kipas atau cooling coil yang tersumbat atau kotor menyebabkan motor memaksa untuk bergerak dan ini akan menyebabkan ia menggunakan eletrik yang berlebihan.