[Utama][Sign Guestbook][View Guestbook][Website PBTM]

Kandungan

Anda adalah pengunjung ke

KEDUDUKAN SENATOR DALAM MASYARAKAT KITA

Siapa yang akan menjadi Senator ke 2 mewakili masyarakat Thai di Parlimen sudah terjawab selepas Puan Siw Chun a/p Eam mengangkat sumpah jawatan Senator pada 29 Ogos 2002 yang lepas.

Syabas dan tahniah, saya ucapkan kepada Y.B. Senator Siw Chun a/p Eam di atas perlantikan tersebut. Sebagai Senator, beliau akan memainkan peranan sebagai pemimpin dan orang perantaraan antara masyarakat kita dengan pihak kerajaan. Tanggungjawab sebagai Senator amatlah berat sekali khususnya tanggungjawab menyatupadukan semula masyarakat kita yang telah pecah belah ekoran daripada perbezaan pendapat.

Oleh itu, kita tidak wajar membebankan Senator kita dengan tugas yang banyak. Kerana lazimnya seorang Senator sudah mempunyai tugas yang banyak. Kita mestilah agihkan tugas yang samarata di kalangan pemimpin-pemimpin kita. Seperti yang kita tahu, kita mempunyai ramai pemimpin yang berkebolehan. Elakkan daripada budaya cantas-mencantas yang boleh memudaratkan lagi keadaan.

Seperti yang kita semua tahu, pemilihan Jawatankuasa Pusat PSM akan dilakukan pada tahun hadapan untuk penggal 2003/2004. Seboleh-bolehnya kita janganlah membebankan Senator dengan jawatan Presiden PSM. Kita pilihlah orang lain memegang jawatan tersebut. Kita jadikan PSM sebagai kumpulan pemikir kepada Senator. Begitu juga dengan PM yang mempunyai kumpulan penasihat bagi membantu beliau mentadbir negara.

Senator haruslah menjadi orang tengah bagi merapatkan kembali jurang di antara Persatuan Siam Malaysia (PSM), Persatuan Pemuda Siam Malaysia (PPSM), Persatuan Wanita Siam Malaysia (PWSM), Persatuan Belia Thai Malaysia (PBTM), Persatuan Thai Buddhist Malaysia (Persatuan Sangha), Persatuan Siam Perlis (PSP), Persatuan Masyarakat Thai Kelantan (PMTK), Yayasan Masyarakat Siam Malaysia (Yayasan), Jawatankuasa-jawatankuasa Wat, JKKK, UMNO, GERAKAN, PPP dan lain-lain NGO/Parti yang mewakili masyarakat Thai di seluruh Malaysia. Wujudkan Majlis Perhubungan Masyarakat Thai Malaysia yang diwakili oleh semua pemimpin pertubuhan yang disebutkan di atas.

Tugas kemasyarakatan adalah tanggungjawab bersama, bukannya dipertanggungjawabkan kepada Senator seorang. Kita hendaklah mengiktiraf beliau sebagai saluran atau orang perantaraan dengan pihak kerajaan. Jadikan NGO-NGO ini sebagai “Think Tank” kepada Senator sebagai pandangan dan keputusan dari masyarakat kita untuk disalurkan kepada pihak kerajaan.

Ini hanyalah cadangan saya sahaja. Terima kasih.

on 19-12-02
Di bawah ini adalah pautan laman web yang menarik untuk dikunjungi.

 

 


[Pengenalan][Biodata][Masyarakat][Agama][Kebudayaan][Keratan Akhbar][Artikel][Alamat Wat][Galeri Foto][Buku Pelawat]

Copyright © 2002 manitc6, Hakcipta Terpelihara. Hubungi Webmaster.
Hosted by www.Geocities.ws

1