[Utama][Sign Guestbook][View Guestbook][Website PBTM]

Kandungan

Anda adalah pengunjung ke

Amerika di serang dan kaitan pemahaman agama dalam jiwa manusia.

Oleh OPAT RATTANACHOT

            KEJUTAN seluruh dunia. Itulah perasaan yang dialami masyarakat dunia ketika berlakunya serangan pengganas ke atas bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) di New York pada 11 September lalu. Pastinya kita sebelum ini tidak dapat menyangka perkara sekejam begitu akan berlaku.

            Namun, realitinya sekiranya dilihat dari sudut sejarah perkembangan manusia, kekejaman memang berlaku di mana-mana saja. Menurut sejarah,  dianggarkan kira-kira 50 juta orang terbunuh ketika Perang Dunia Ke-2 meletus. Peperangan antara puak Nazi dan Yahudi menyebabkan 5 juta nyawa terkorban, pengeboman Hiroshima (100,000 orang), Perang Vietnam (2.5 juta orang) dan lain-lain lagi peristiwa dashyat.

            Itupun belum dihitung jumlah terdahulunya ketika meletusnya penghapusan kaum di benua Amerika, Asia, Australia. Apa yang pasti, manusia sanggup bunuh membunuh demi merampas kedaulatan dan menjajah sesuatu kawasan.

            Namun kini pendekatan penjajahan secara kekerasan sudah berubah. Penjajahan sekarang wujud dalam bentuk persaingan bebas atau bercorak sejagat (lebih dikenali sebagai globalisasi). Semua perkara di atas sama ada penjajahan secara kekerasan mahupun bebas adalah berpunca daripada nafsu manusia yang tidak terbatas.

            Nafsu dan kuasa sebenarnya tidak akan dapat mewujudkan keamanan di dunia ini.

            Gautama Buddha (Phrak Buddhachao), Yesus (dikenali juga sebagai Nabi Isa) dan Nabi Muhammad tidak pernah mengajar manusia mengamalkan pendekatan nafsu dalam jiwa manusia. Rata-rata ajaran yang disampaikan ketiga-tiga individu teragung itu menuntut penganutnya melawan nafsu dan kuasa. Mereka tidak pernah mengajar tentang penjajahan dan persaingan bebas. Sebaliknya mengajar supaya manusia yang kuat berusaha untuk membantu golongan yang lemah.

            Jika dalam persaingan bebas, golongan tua dan kanak-kanak akan mati sedangkan golongan kaya sekitar 300 orang memiliki kekayaan melebihi penduduk dunia lebih 200 juta orang akan menyebabkan jurang yang amat besar.

            Kewujudan jurang dam ketidaksaksamaan antara manusia adalah perkara yang luar biasa. Secara semulajadinya, alam sekeliling adalah berbentuk yang amat natural. Tetapi atas sebab nafsu menguasai jiwa manusia, ketidakseimbangan alam telah wujud. Manusia telah memusnahkan tumbuhan dan haiwan sehinggakan ada yang pupus dengan begitu pantas. Memusnahkan hutan, tanah, lapisan ozon, pembebasan karbon manoksida sehinggakan dunia menjadi panas adalah amalan biasa kini.

            Perubahan yang ketara alam sekitar juga wujud disebabkan budaya kepenggunaan yang berlebihan. Budaya ini nampaknya sedang mewujudkan ancaman terbesar kepada manusia sendiri malah ianya mungkin memupuskan spesis manusia daripada muka bumi ini.

            Ideologi materialisme (kebendaan) kini telah meresap ke dalam jiwa manusia seluruh pelosok dunia. Ini berikutan wujud kehendak pemimpin kuasa besar yang mahukan masyarakat dunia mengamalkan corak hidup yang sama. Corak hidup yang dimaksudkan ialah budaya barat yang mementingkan kebendaan dan kepenggunaan. Tidak lain tidak bukan, pemimpin kuasa besar yang dimaksudkan ialah Amerika Syarikat yang mahu wujud sebagai pusat pengumpulan kuasa.

            Usaha untuk standardize (menyamaratakan) dunia adalah satu keadaan yang menjerumus kepada bahaya. Ini kerana kesamaan secara global sebenarnya mengubah menjadi lebih buruk dan menghadapi tekanan serius serta risiko kemalangan yang tinggi.

            Apabila Amerika Syarikat yang dikatakan wujud sebagai pusat kuasa di serang maka kesannya juga turut terasa seluruh dunia. Sesudahnya bangunan WTC tumbang menyembah bumi, dari saat itulah keruntuhan ekonomi pula bermula.

            Amerika Syarikat yang wujud sebagai pusat kuasa dunia sebenarnya menghadapi tekanan yang amat dashyat di samping risiko yang tinggi. Ini kerana menjadi raja kuasa menjaga dunia bukanlah suatu tugas yang mudah. Malah ianya berupa bebanan yang tinggi dan sememangnya tidak mungkin terjadi.

            Seperti dalam tahun 1948 sejak penubuhan Israel, perbalahan yang dashyat di Asia Barat tidak dapat langsung dikawal oleh Amerika Syarikat. Malah yang lebih memburukkan ialah kebijaksaan sumber manusia, kewangan dan politik kaum Yahudi yang berpaksi di Amerika Syarikat memaksanya akur terhadap perkembangan tersebut.

            Serangan berani mati dengan merampas pesawat United Airlines dan kemudiannya merempuh WTC dan Pentagon merupakan satu karma yang besar dalam konteks agama Buddha. Amerika Syarikat pastinya tidak dapat menanggung malu ke atas peristiwa ini dan bersedia untuk membuat serangan balas terhadap pihak yang didakwa bertanggungjawab.

            Oleh sebab ianya dikatakan pusat kuasa dunia, maka kemarahan yang wujud akibat nafsu telah menguasai tindakan pemimpinnya melakukan pembunuhan dan peperangan. Inilah puncanya wujud akusol (lophak, thosak dan mohak – dalam istilah Buddha).

            Pendekatan serangan balas yang diamalkan Amerika Syarikat itu pastinya tidak akan berlaku sekiranya para pemimpinnya mempunyai jiwa yang penuh metta dan prinsip mahu hidup bersama. Manusia sebenarnya melihat sejarah dari segi revolusi kesedaran dalaman (consciousness revolution) dan juga revolusi jiwa spiritual (spiritual revolution). Ia bukanlah pendekatan teknologi yang menggalakkan peningkatan nafsu. Inilah yang menjadi kunci penting kepada penerusan hidup manusia.

            Manusia seharusnya mempunyai kesedaran dalaman yang sama (the same oneness). Manusia sebenarnya perlulah mengamalkan metta, tolak ansur dan menggalakkan kehidupan bersama. Kumpulan kelompok masing-masing mempunyai kebebasan untuk mengamalkan corak kebudayaan mereka di samping mengekalkan warisannya. Selain itu, amalan hormat-menghormati juga harus dipupuk secara dalaman. Dengan itu ianya akan wujud keadaan seperti mana yang dikatakan Mahatama Ghandi, ‘masyarakat dunia adalah abang adik’.

Buddhadasa Bhikkhu (www.buddhadasa.org) misalnya telah mewasiatkan manusia tiga perkara utama yang harus diamalkan iaitu;
1.  Diminta semua penganut agama masing-masing belajar memahami agama sehingga mendalam
2.  Diminta kerjasama wujud kerjasama antara agama
3. Diminta usaha untuk mengeluarkan manusia daripada belenggu kebendaan.

Kebendaan adalah suatu budaya nafsu yang sedang menguasai dunia. Pemikiran lama bercorak akusol (lophak, thosak dan mohak) kepada pemikiran baru bercorak kusol (alophak, athosak dan amohak) sebenarnya akan membolehkan  perasaan pentingkan diri sendiri terhakis (self transcending). Maka falsafah berikut harus diserapkan dalam jiwa;

Pentingkan diri sendiri adalah pendekatan haiwan
            Penghakisan sifat pentingkan diri adalah pendekatan naluri manusia

            Manusia haruslah juga mengubah unit pengukuran lama daripada mengukur Kadar Pendapatan Per-kapita kepada nilai ukuran baru iaitu metta. Kesedaran baru bercorak metta akan mewujudkan keamanan seluruh dunia. Tidak perlu berperang!!! Seperti kata-kata pengakhir hos rancangan Roda Impian – ‘Itulah yang kita cari’.

Diubahsuai daripada akhbar harian Matichon (Thailand), 20 September 2001.
Opat Rattanachot boleh dihubungi melalui e-mel [email protected] atau [email protected] atau talian telefon 019-5625232.

on 19-12-02
Di bawah ini adalah pautan laman web yang menarik untuk dikunjungi.

 

 


[Pengenalan][Biodata][Masyarakat][Agama][Kebudayaan][Keratan Akhbar][Artikel][Alamat Wat][Galeri Foto][Buku Pelawat]

Copyright © 2002 manitc6, Hakcipta Terpelihara. Hubungi Webmaster.
Hosted by www.Geocities.ws

1