[Utama][Sign Guestbook][View Guestbook][Website PBTM]

Kandungan

Anda adalah pengunjung ke

CITRAWARNA 2001

Tahniah kepada PSM atas kejayaan menganjurkan dan menjayakan Pesta Bulan Citrawarna Malaysia. Sesungguhnya, penglibatan bangsa Siam/Thai Malaysia dalam bidang kebudayaan amat disegani oleh kaum lain. Tahniah kepada En. Siri Neng Buah atas penglibatan beliau dan juga sebagai suara latar dalam menjelaskan cerita lagenda.

Kepada team bola sepak dari ban plai ramai dan ban tok set. Tahniah atas semangat juang anda. Belia Siam/ Thai Kedah yakin boleh. Walau bagaimanapun saya agak terkilan kerana perlawanan itu bertukar menjadi perlawanan persababatan. Bukan apa, sebab dengar pada mulanya team Kelantan nak balas dendam atas kekalahan tempoh hari hasil kunjungan di Kedah. Apa boleh buat. Itu kata putus dari penganjur. Saya bagi pihak PBTM memohon maaf berkaitan perlawanan tempoh hari. Saya tahu anda semua dahagakan kemenangan. Kita tunggu masa hadapan pula. Secara jujur, saya tidak tahu bahawa itu adalah untuk perlawanan persahabatan. Tapi tak mengapa. Semua pemain ( kedah dan kelantan ) telah menunjukkan semangat setiakawan dan semangat sukan yang baik.

Akhir kata, sorry pada semua penumpang van yang dipandu oleh saya. Saya rasa ada orang yang masih kutuk saya sampai sekarang. Any way, thanks to dek ban for concern.

Dari Sdr. Nai Biter Siriphant


Tahniah PSM!!!

Saya baru menyaksikan siaran langsung sambutan Citrawarna Malaysia melalui NTV7 pukul 12.30 malam tadi. Antara paparan menarik ialah persembahan tentang kebudayaan masyarakat kita menerusi Lagenda Loy Krathong. Persembahan itu dapat mempromosikan kewujudan masyarakat kita kepada paparan rakyat Malaysia secara umumnya. Syabas juga diucapkan kepada Pengarah Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Pulau Pinang, Encik Siri Neng Buah kerana turut terlibat menyampaikan suara latar tentang penerangan persembahan Citrawarna 2001.

Dari Sdr. Opat Rattanakchot


Congratulation PSM

Satu pengiktirafan harus diberikan kepada PSM yang telah berjaya mempersembahkan tarian kebudayaan LOY KRATHONG dengan begitu Lembut/Anggun/ mencuitkan/menarik hati penonton dan seterusnya mendapat publisiti dari media-media yang rata-rata menyatakan tarian ini di antara yang terbaik dan paling hebat berbanding dengan yang lain; KERATAN AKHBAR; (Persembahan oleh Persatuan Siam Malaysia malam kelmarin adalah antara yang menarik perhatian penonton yang mengikuti siaran langsung menerusi TV1 serta liputan oleh 20 stesen TV dari luar negara).

Tahniah PSM / Tahniah peserta-peserta / Tahniah En Siri Neng Buah yang merupakan tunggak utama Citrawarna 2001 / SEMOGA BANGSA KITA TERUS MAJU DENGAN PUJI-PUJIAN YANG TELAH DIBERIKAN.

Thank you

Dari Sdri Christina Rachorn


Syabas PSM kerana berjaya menyertai Perarakan Citrawarna di KL dengan mempromosi kebudayaan kita,, walaupun diusahakan di saat-saat akhir setelah PESILA menarik diri.

Syabas kepada En. Siri Neng Buah kerana berjaya memujuk Senator kita yang malas bekerja. Tahniah kepada cawangan-cawangan PSM yang ambil bahagian.

Walau bagaimana pun, saya sangat sedih sekali kerana perarakan tersebut telah dicemarkan oleh Dr. Proom. Semasa latihan dia tak pergi, semasa perarakan dia muncul dan ambil bahagian tolak kereta berhias. Setiap peserta di minta menari atau goyang sikit anggota badan. Dr. Proom keras macam kayu,, merosakkan persembahan yang budak-budak berusaha berlatih siang dan malam.

Dalam TV memang tak fokus, saya yang ada di situ nampak jelas. Janganlah cari publisiti hingga ke tahap begitu. Minta maaflah kerana menegur.

Dari Sdr. Pricha


What I do disappointed is about a bit of us that opponent to each other with the meaning of "Siam"and "Thai" why don't you find those means from the right person ? I do not believe that you'll are educated people wanna fight with a small thing which we can find the way out.

Congratulation to who's involve in Citrawarna Malaysia Celebration!! what that I wanna suggest in next Citrawarna Malaysia Celebration is we can try something(s) to show out that what's Malaysian Thai belong which just only discovered in our race (Malaysian Thai) all that all you're the best !!

Congratulation to Thai Kedah Soccer Team in friendly tournament at Wat Uttamaram, Kelantan special thanks to Sdr. Nai Biter, who's the person that take care of soccer players and as a good driver, don't make it fast !!

Sawaddee all

Dari Sdr/Sdri Dekban

Sumber: Ruangan pelawat Laman Web PBTM

on 19-12-02
Di bawah ini adalah pautan laman web yang menarik untuk dikunjungi.

 

 


[Pengenalan][Biodata][Masyarakat][Agama][Kebudayaan][Keratan Akhbar][Artikel][Alamat Wat][Galeri Foto][Buku Pelawat]

Copyright © 2002 manitc6, Hakcipta Terpelihara. Hubungi Webmaster.
Hosted by www.Geocities.ws

1