[Utama][Sign Guestbook][View Guestbook][Website PBTM]

Kandungan

Anda adalah pengunjung ke

KONGRES BELIA KEBANGSAAN K-EKONOMI

K-Ekonomi adalah gagasan ekonomi berasaskan pengetahuan. K-Ekonomi ini sangat perlu dalam usaha meningkatkan daya tahan dan daya saing ekonomi negara agar tidak dikuasai oleh kuasa-kuasa Barat. Transformasi daripada ekonomi pengeluaran (P-Ekonomi) kepada ekonomi pengetahuan (K-Ekonomi) memerlukan strategik yang berkesan bagi membolehkan pengurusan sumber negara dengan cekap dan bijak, mengukuhkan kekuatan serta mengenal pasti kelemahan.

Pihak Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) telah diberi mandat oleh kerajaan untuk mengemukakan draf pelan induk K-Ekonomi untuk dibentangkan di Parlimen pada tahun 2001. ISIS akan mengadakan beberapa program untuk mendapat pandangan dan buah fikiran daripada semua lapisan masyarakat untuk merangka pelan ini. Program pertamanya ISIS ialah menganjurkan "Kongres Belia Kebangsaan K-Ekonomi" di hotel Summit, Subang Jaya, Selangor pada 17 dan 18 April 2000. Kongres tersebut disertai oleh lebih 300 orang yang mewakili pertubuhan-pertubuhan belia, pergerakan Pemuda dan Wanita parti-parti politik, persatuan-persatuan Mahasiswa dan para pelajar peringkat menengah tinggi.

Persatuan Belia Thai Malaysia (PBTM) telah dijemput oleh ISIS untuk menghantar 4 orang wakil ke kongres tersebut. Inilah kelebihan mempunyai persatuan berdaftar, bukan setakat ini sahaja malah banyak lagi kelebihan. Oleh kerana PBTM kekurangan sumber kewangan maka 2 orang wakil sahaja telah dihantar iaitu saya (Manit Sripradit) dan Sdr. Anand Shotiwoth. Kos pengangkutan telah dibiayai oleh PBTM sementara makanan, minuman dan tempat penginapan disediakan oleh pihak penganjur. Kami bertolak dari Pulau Pinang pada 16 April 2000 jam 12.00 tengah malam dan sampai di Ibu Kota Kuala Lumpur pada jam 4.30 pagi keesokan hari. Kami lepak sekejap di depan Central Market dan di stesen keretapi sebelum kami menaiki komuter ke Subang Jaya. Kami sampai di Hotel Summit lebih kurang jam 7.30 pagi.

Pihak ISIS telah menetapkan masa check-in ke hotel pada jam 12.30 petang kepada semua peserta. Oleh kerana kami datang dari jauh dan dalam keletihan, kami meminta jasa baik pihak hotel untuk membenarkan kami check-in awal. Pihak hotel telah membenarkan kami check-in dan kami terus ke bilik No. 1511. Kami rehat sampai jam 12.30 petang barulah kami turun untuk pendaftaran. Semua peserta diagihkan kepada 12 bengkel/kumpulan, dimana satu bengkel/kumpulan tidak melebihi 30 orang. Setiap bengkel/kumpulan diberi tajuk perbincangan yang berbeza. Antaranya ialah:

  • Peranan Belia Membina Masyarakat Berpengetahuan

  • Kerajaan Dalam K-Ekonomi

  • Pengetahuan Sebagai Kunci kekayaan Sesebuah Negara.

  • Isu-isu Imbangan Sosial Dalam K-Ekonomi.

  • Kedudukan Malaysia Di Dalam Dunia Antarabangsa.

  • Keperluan dan Kemudahan Mendapatkan Informasi.

  • Pembangunan Sumber Manusia Dalam K-Ekonomi.

  • Sektor Swasta Dalam K-Ekonomi.

  • Budaya, Nilai dan Politik Dalam K-Ekonomi

  • Penguasaan Bahasa dan Celik-huruf di Dalam Masyarakat Berpengetahuan.

  • Kepentingan 'Perolehan Pemikiran' dalam K-Ekonomi.

  • Media di Zaman Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT).

Saya telah memilih Bengkel 11 sementara sdr. Anand telah memilih Bengkel 12. Kami diberi masa dua hari untuk memerah otak berbincang mengenai tajuk yang telah diberikan. Setiap bengkel dikawal oleh seorang fasilitator supaya topik perbincangan tidak terkeluar daripada landasan sebenar. Setiap ketua kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan tersebut di akhir sessi sebelum majlis penutup.

Kongres Belia Kebangsaan K-Ekonomi telah selesai pada jam 12.30 tengahari (18 April 2000). Kami pun check-out dari hotel jam 1.30 petang dan menaiki bas di Stesyen Bas Puduraya pada jam 3.45 petang. Kami sampai di Pulau Pinang pada jam 9.30 malam.

Disediakan oleh; Manit Sripradit. 25 April 2000

on 19-12-02
Di bawah ini adalah pautan laman web yang menarik untuk dikunjungi.

 

 


[Pengenalan][Biodata][Masyarakat][Agama][Kebudayaan][Keratan Akhbar][Artikel][Alamat Wat][Galeri Foto][Buku Pelawat]

Copyright © 2002 manitc6, Hakcipta Terpelihara. Hubungi Webmaster.
Hosted by www.Geocities.ws

1