[Utama][Sign Guestbook][View Guestbook][Website PBTM]

Kandungan

Anda adalah pengunjung ke

ASAL-USUL SEMINAR PELAJAR RUAMTHAI

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana cuba masuk campur!!! hati sebenar bukanlah nak sangat tapi sebagai maklumbalas salah seorang Siam di Malaysia dan bekas ahli RuamThai. Syabas diucapkan kepada RuamThai UUM kerana masih meneruskan tradisi membuat jasa kepada masyarakat Siam...!!! Walau bagaimanapun agak terkejut sedikit dengan apa yang berlaku sekarang. Saya yang juga bekas Ruam Thai UUM ingin menceritakan sedikit sejarah seminar yang dianjurkan hingga sekarang, khasnya bagi mereka yang tak tahu atau buat tak tahu. Seminar yang pertama kali dianjurkan di Wat Nikhodharam (Teluk Wanjah Alor Setar, Kedah), bermula dengan duit saku para AJK sendiri, dan sokongan dari beberapa veteran. Beberapa minggu sebelum seminar diadakan, pihak AJK terpaksa menyewa sebuah kereta dengan duit saku sendiri meminta bantuan dari kampung ke kampung (Wat) di Kedah..... ada yang dapat ada yang tak ... tambahan kena hentam ada juga ... termasuk ... pihak yang tidak sepatutnya bertidak begitu. Akhirnya para AJK dapat mengumpulkan sejumlah duit dan bantuan dari Wat Nikhodaram (Than Lap). Pada seminar tersebut para AJK dan Than Lap serta penasihat (Mr. Kacat, Arwah Majer Yap, Mr. Somphon, Pi Thian) telah memutuskan agar menjemput Than Palad Buntham (sekarang Prakru)

dari Kelantan sebagai penceramah agama. Kehadiran beliau sungguh bermakna kepada Ruam Thai dan masa depan seminar Ruam Thai. Dalam mesyuarat para AJK (UUM) dan beberapa orang AJK jemputan (USM, UKM, UM, UTM) dengan kata sepakat bersetuju agar seminar Ruam Thai dianjurkan setiap tahun .... di sini juga Than Palad Buntham telah memberi sokongan dan sentiasa mengikuti perkembangan seminar Ruam Thai dengan memberi pelbagai bantuan dari segi kewangan mahupun lain-lain bantuan seperti tempat untuk menganjurkan seminar dan makanan.

Oleh itu, sedikit sebanyak cadangan dari beliau, mahupun orang-orang lain cuba terima dengan hati terbuka. Jangan lupa!!!, tanpa sokongan beliau dan orang ramai Seminar Ruam Thai tidak akan sampai ke hari ini, kenanglah jasa baik beliau. Mengikut pengalaman saya bukanlah mudah nak dapat duit dari ketua-ketua sami di wat-wat kita, tapi beliau dan Than Lap (Ketua Bhikkhu Wat Nikhodharam) tidak pernah menolak. Berkenaan dengan cadangan agar para AJK menghadiri seminar sehari pada hari pertama saya rasa tak akan merugikan apa-apa malah memberi manfaat. Apa salahnya, sekiranya cadangan tersebut dari PBTM mahupun dari mana-mana pihak sekalipun? Sebenarnya, adalah baik sekiranya Ruam Thai dan PBTM berkerjasama menganjurkan seminar pada setiap tahun, memandangkan PBTM adalah pertubuhan yang sah dari segi undang-undang dan lebih mudah dalam membuat urusan rasmi serta mungkin boleh memohon bantuan kewangan dari pihak kerajaan. Untuk makluman ahli -ahli Ruam Thai, tindakan menganjur seminar Ruam Thai tanpa kelulusan Naib Canselor Universiti adalah satu kesalahan dan pengalaman menganjur seminar kali pertama oleh UUM, bilik saya pernah diserbu oleh pegawai keselamatan universiti kerana ada pihak tertentu melaporkan kepada pihak UUM. Tapi, nasib baik semua dokumen-dokumen yang berkenaan sempat disembunyikan. Jadi, janganlah salahkan mana pihak dan cubalah berkerjasama demi kemantapan dan kelancaran aktiviti tahunan Ruam Thai.

Akhirnya, saya memohon maaf sekiranya kehadiran saya ini mengganggu mana-mana pihak. Walau bagaimanapun sekiranya mana-mana pihak meragui kesahihan apa yang saya katakan sila hubungi AJK yang terlibat pada seminar kali pertama UUM. Antaranya seperti berikut: 

  • Mr. Samran 04-4850606 (Pengarah Seminar Ruam Thai Pertama)

  • Mr. Eh Khim E Chan 07-7211804

  • Mr. Sayam 018-8454722

  • Ms. Sew Ha (Pengarah Seminar Ruam Thai kali kedua)

  • Mr. Weerak

  • Ms. Majuri

  • Mr. Nai Biter Siriphant

  • Mr. Kacat Din Mee

  • Mr. Somphon

 Sawaddee !!!! Metta

Dari, Sutham Silaphorn 20 Disember 2000

on 19-12-02
Di bawah ini adalah pautan laman web yang menarik untuk dikunjungi.

 

 


[Pengenalan][Biodata][Masyarakat][Agama][Kebudayaan][Keratan Akhbar][Artikel][Alamat Wat][Galeri Foto][Buku Pelawat]

Copyright © 2002 manitc6, Hakcipta Terpelihara. Hubungi Webmaster.
Hosted by www.Geocities.ws

1