[Utama][Sign Guestbook][View Guestbook][Website PBTM]

Kandungan

Anda adalah pengunjung ke

PANDANGAN NAI BITER SIRIPHANT

Kepada semua warga Thai/Siam di Malaysia,

Kenapa harus dipersoalkan akan kewujudan PBTM? Saya tidak nampak di mana kelemahannya. Dan saya tidak nampak kenapa kita sebangsa cuma berpecah belah hanya kerana kewujudan PBTM. Harap semua pihak dapat mengadili semua ini dengan bijak. Jangan gunakan emosi atau hasad dengki dalam menilai sesuatu perkara. Harus dilihat dari sudut yang lebih luas. Apakah sebenarnya yang boleh kita buat untuk membantu bangsa kita di Malaysia? Pada saya, dengan penubuhan PBTM ia tidak akan menggugat PSM sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah orang. Saya hairan, adakah hanya kerana penubuhan PBSM maka itu bermakna bangsa Siam/Thai atau lebih spesifik merujuk kepada golongan belia yang cuba memecah monopoli atau cuba mencabar PSM sendiri. Saya rasa adalah amat sedih jika kita membuat keputusan sebegitu. Adakah kita mahu menjadi seperti pemimpin-pemimpin di negara Thai yang kerap gilakan kuasa, suka mencari kelemahan orang lain, suka menjatuhkan orang lain dan sebagainya. Bagi saya, apakah sebenarnya sumbangan mereka kepada masyarakat mereka? 

Berbalik kepada PBTM sendiri yang mana saya dengar banyak pihak yang tidak berpuas hati akan penubuhannya. Harus diingat bahawa kepada bangsa lain seperti Melayu, China dan India mempunyai berpuluh-puluh persatuan belia. Adakah ia menggugat tunjang kepimpinannya? Pada saya, penubuhan PBTM cuba untuk mencuri peluang daripada pihak kerajaan dari segi peruntukan kewangan atau apa-apa sumbangan kepada golongan belia yang mana peruntukan sedemikian tidak diperuntukkan kepada PSM. Kerana syarat dan perlembagaannya. Jadi, dimanakah salahnya penubuhan PBTM? Malah penubuhannya secara tidak langsung akan mampu melatih bakat-bakat kepemimpinan ahli-ahlinya yang mana pemimpin PSM sendiri pada suatu hari nanti sudah pasti perlu berundur bila sudah sampai masanya. Justeru, apakah salah dari segi penubuhannya? Bagi saya, krisis wujud antara PSM dan PBTM hanya kerana berbeza fahaman dan pendapat, itu sahaja. Mungkin, keadaan ini perlu dijernihkan agar kita sebangsa dapat berganding bahu dan tolong menolong di antara satu sama lain. Pada saya PBTM tidak perlu berada di bawah naungan PSM, TETAPI mereka boleh bekerjasama. Persoalannya, sejauh manakah persefahaman di antara mereka mampu dipupuk demi membantu bangsa Siam/Thai kita.

Usah perbesarkan isu penggunaan Siam atau Thai!!!. Pada saya ia umpama nilai 25 sen dengan suku. Pihak yang cuba mempertikaikan dan cuba memperbesarkan maksud Siam dan Thai, pada saya mungkin masih jahil walaupun mengaku berilmu. Atau ilmu yang ada masih perlu diperdalami untuk mengetahui apakah perbezaannya. Perlulah perdebatan dilakukan untuk itu semua ? Tak perlu ! yang penting, apakah Siam atau Thai itu saling membantu satu sama lain. Siapa yang tidak berpuashati dengan pandangan saya, sila hubungi saya. Kita boleh berbincang dengan hujah dan pemikiran yang logik asalkan jangan emosi turut dilibatkan ( h/phone saya 012-4554064 / 012- 4588039 ) Boleh hubungi saya pada bila-bila masa.

Saya merupakan bekas ahli Ruam Thai yang cukup aktif dalam menganjurkan seminar kepada golongan pelajar. Saya cukup berbangga bila mendapat tahu pihak UUM akan menganjurkan seminar tersebut pada tahun ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan. Semoga usaha murni itu akan berkekalan dan berterusan. Menerusi e-mail daripada webmaster, saya mendapat tahu bahawa ada pihak yang marah apabila mendapat tahu ada di kalangan ahli AJK seminar pada suatu ketika dahulu pernah melakukan beberapa perkara sumbang yang tidak wajar dilakukan oleh seseorang bergelar AJK seminar atau pelajar berstatus mahasiswa. Tetapi hakikatnya memang pernah berlaku. Biarlah perkara yang lepas itu berlalu dan kita jadikan pengajaran dan ambil iktibar daripadanya. Terus terang saya katakan bahawa TIDAK semua AJK penganjuran seminar yang betul-betul komited terhadap tanggungjawab sebagai seorang bergelar AJK apabila menghadiri seminar tersebut. Saya telah pernah menghadiri 6 kali seminar motivasi sejak kali pertama dianjurkan di Wat Teluk Wanjah hinggalah kali ke tujuh di Kelantan dan saya telah masak dengan perangai AJK yang mana yang hendak menyumbang sepenuh idea dan tenaga dan ada AJK yang pergi dan mempunyai niat dan matlamat yang tersendiri. Tepuk dada tanya selera.

Tidak timbul soal marah atau sebagainya jika kita tidak melakukannya. Kenapa harus diungkit hal orang lain yang melakukannya. Yang penting tanya diri sendiri sejauh mana kita melakukannya yang terbaik. Saya tidak pasti jika pihak UUM tidak berminat agar AJK seminar dapat berhimpun lebih awal sehari untuk bersama menghayati dan mendalami maksud, erti dan tujuan kita menganjurkan seminar. Justeru, saya melihat bahawa ada di kalangan AJK seminar yang turut serta, cuma sekadar untuk bersahaja. Saya rasa itu tidak cukup dan kalau boleh orang sebegitu tidak wajar menjadi AJK sama sekali. Salahkah kiranya, hasrat dan cetusan idea Phra Achan Buntham agar para AJK dapat berhimpun lebih awal dan kita bersama mendengar sedikit nasihat dan pedoman daripada beliau. Penting sangatkah jika sesetengah pihak cuba mengatakan bahawa cadangan itu sebenarnya datang dari PBTM. Jika cetusan idea itu datangnya dari PBTM pun, so what? What the problem? Janganlah unsur emosi atau hasad dengki ditimbulkan. Pada saya, yang penting cuba buat penilaian, adakah perkara itu sesuai atau patut dilakukan. Jika rasa tak perlu, maka tak perlulah dilakukan. No problem. Phra Achan cuba nak membantu.

Semoga pendapat ini tidak disalahtafsirkan oleh sesetengah pihak atau sesetengah orang. Siapa yang pernah bersama-sama saya, pasti tahu siapa saya, dan apakah nilai serta prinsip yang saya pegang. Bukan bermegah dengan apa yang ada. Tapi kebijaksanaan kita berfikir, melihat dan menganalisa sesuatu perkara dan situasi itu adalah sesuatu yang amat penting. Itulah yang akan menentukan samada kita bangsa Siam/Thai yang sejati dan murni. Pendapat di atas adalah pendapat peribadi saya, dan tidak ada  kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati. Jika ada sekalipun, ia cuma secara kebetulan.

Daripada, Nai Biter Siriphant, Bekas Ahli Ruam Thai USM yang telah bersara. 20 Disember 2000

on 19-12-02
Di bawah ini adalah pautan laman web yang menarik untuk dikunjungi.

 

 


[Pengenalan][Biodata][Masyarakat][Agama][Kebudayaan][Keratan Akhbar][Artikel][Alamat Wat][Galeri Foto][Buku Pelawat]

Copyright © 2002 manitc6, Hakcipta Terpelihara. Hubungi Webmaster.
Hosted by www.Geocities.ws

1