[Utama][Sign Guestbook][View Guestbook][Website PBTM]

Kandungan

Anda adalah pengunjung ke

PENDAPAT ENCIK SIRI NENG BUAH

Apa pun organisasi tentunya mempunyai matlamat atau objektif penubuhannya. Begitu juga Persatuan Belia Thai Malaysia (PBTM), tertera matlamatnya di dalam perlembagaan/undang-undang tubuhnya.

Kefahaman tentang kepentingan atau perlunya kita menyertai persatuan ini akan menyumbang ke arah perkembangan dan pembangunan PBTM secara keseluruhannya. Kepada individu belia, diharap akan tercetusnya semangat persahabatan, kerja berpasukan, rasa tanggungjawab terhadap masyarakat, integrasi antara sesama sendiri bagi mencapai matlamat bersama.

Persatuan belia seharusnya menjadi landasan latihan kepimpinan formal dan non-formal, sumber penjanaan dan pembinaan sahsiah belia, samada di peringkat daerah, negeri mahupun di peringkat kebangsaan. Suara kita boleh didengar, penglibatan kita diakui dan kehadiran kita diiktiraf. Pembinaan kendiri berpanjangan diharap mematangkan belia apabila dewasa dan bersedia mengambil alih kepimpinan organisasi yang lebih luas ruangnya seperti Persatuan Siam Malaysia (PSM).

Maka, rasa metta> dan karuna PSM diharap mampu merangsang pengemblengan tenaga belia ke arah mencapai matlamatnya. Wujudnya PBTM bukan untuk bersaing, tetapi tenaga pelapis yang diperlukan. Kementerian Belia Dan Sukan menyediakan pelbagai ruang dan peluang untuk dimanfaat oleh kaum belia, tentulah didahului dengan syarat dan peraturan. Antaranya harus menjadi ahli pertubuhan belia yang berdaftar.

Telah lama peluang ini dinikmati oleh orang lain. Malanglah bagi kita sekiranya keadaan dibiarkan berterusan. Maka penubuhan PBTM inilah sebagai jawapannya. Oleh demikian kewujudan PBTM sewajarnya mendapat dokongan kita semua. Sathuk.

Sawaddee

En. Siri Neng Buah, Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pulau Pinang merangkap Penasihat PBTM.

on 19-12-02
Di bawah ini adalah pautan laman web yang menarik untuk dikunjungi.

 

 


[Pengenalan][Biodata][Masyarakat][Agama][Kebudayaan][Keratan Akhbar][Artikel][Alamat Wat][Galeri Foto][Buku Pelawat]

Copyright © 2002 manitc6, Hakcipta Terpelihara. Hubungi Webmaster.
Hosted by www.Geocities.ws

1