[Utama][Sign Guestbook][View Guestbook][Website PBTM]

Kandungan

Anda adalah pengunjung ke

"THUMBS-UP PBTM"

Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada Persatuan Belia Thai Malaysia (PBTM) yang mewakili belia Siam/Thai seluruh negara di Perhimpunan Belia Negara 2001 di Stadium Perak pada 15-5-2001. Lebih membanggakan lagi apabila papan tanda PBTM tertera di kaca TV, dalam siaran secara langsung di RTM (TV1) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Kepada belia Siam/Thai keseluruhannya bahawa dengan penyertaan PBTM di perhimpunan tersebut, ia adalah satu pengiktirafan yang tidak terhingga kepada masyarakat kita, terutama sekali kaum belia. Dengan pengiktirafan ini, saya berharap agar belia Siam/Thai seluruh Malaysia menyertai dan menjadi ahli PBTM kerana PBTM adalah satu-satunya persatuan belia Siam/Thai yang sah dan juga satu-satunya persatuan yang membawa belia kita ke arah yang membina, andainya kita bekerjasama menyumbang ke arah tersebut.

Walaupun kita mempunyai pendapat yang berbeza tentang sesuatu, tetapi menurut Perdana Menteri kita Dr. Mahathir, kita perlu merapat barisan dalam menentu arah tujuan bangsa kita. Berbahas, berbeza pendapat, berlainan pendirian ini menunjukkan kematangan belia dan bangsa kita seandainya segala kepelbagaian ini digunakan untuk satu tujuan iaitu tujuan membangun bangsa kita ke arah maju dan bersatu.

Saya juga mengucapkan syabas kepada pemimpin-pemimpin PBTM yang tidak pernah kenal penat lelah dalam perjuangan demi meninggikan taraf martabat bangsa dan negara walaupun terpaksa mengharungi berbagai dugaan dan rintangan. Syabas!

"SIAM BOLEH / THAI BOLEH"

Ditulis oleh, En. Boon Som Suwanmanee, PSM cawangan Kuala Lumpur.

on 18-12-02
Di bawah ini adalah pautan laman web yang menarik untuk dikunjungi.

 

 


[Pengenalan][Biodata][Masyarakat][Agama][Kebudayaan][Keratan Akhbar][Artikel][Alamat Wat][Galeri Foto][Buku Pelawat]

Copyright © 2002 manitc6, Hakcipta Terpelihara. Hubungi Webmaster.
Hosted by www.Geocities.ws

1