[Utama][Sign Guestbook][View Guestbook][Website PBTM]

Kandungan

Anda adalah pengunjung ke

BERITA BAIK UNTUK PBTM

Selepas menghadiri Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara di KL pada 6 dan 7 Jun 2001, saya ada berita baik untuk makluman anda semua. Ada 5 perkara baik yang akan saya maklumkan iaitu:

i)  Saya telah mengambil kesempatan di majlis tersebut,, berjumpa dengan Menteri Belia & Sukan, Pegarah-pengarah belia di Kementerian Belia & Sukan (KBS) dan Presiden MBM iaitu Sdr. Saifuddin Abdullah dan memaklumkan kepada mereka bahawa PBTM menghadapi masalah kewangan. Saya telah dimaklumkan bahawa setiap persatuan yang bergabung dengan MBM layak memohon wang bantuan pentadbiran dengan jumlah lebih daripada RM10,000.00 setahun dari KBS. Ini

bermakna kita bolehlah menyewa ruang pejabat untuk PBTM beroperasi atau mohon jasa baik pihak wat membenarkan suatu tempat untuk dijadikan ruang pejabat PBTM. Saya cadangkan Wat Nikhodharam, Alor Setar atau Wat Kg. Titi Akar, Pendang. Peruntukkan ini akan diberi setiap tahun oleh KBS. Kita juga akan mempunyai Setiausaha Kerja yang bergaji untuk menjaga urusan pejabat sepenuh masa. Ini perkembangan yang bagus kepada PBTM.

ii) KBS juga memperuntukkan setiap persatuan dibekalkan seunit komputer. Sesiapa yang mempunyai komputer dan ingin menyumbangkan kepada PBTM adalah dialu-alukan. Sekiranya PBTM mempunyai banyak komputer, kita boleh adakan kelas komputer secara percuma kepada belia kita di pejabat PBTM nanti.

iii) KBS juga memaklumkan,, mereka ada peruntukan untuk projek-projek. PBTM tidak perlu menunggu kelulusan penubuhan cawangan-cawangannya di peringkat negeri untuk mendapatkan peruntukan. Buat masa sekarang, PBTM boleh anjurkan projek di mana-mana saja samada di Kedah atau Kelantan atau ditempat lain di seluruh Malaysia. Sebab PBTM adalah persatuan peringkat kebangsaan, kita minta peruntukan terus daripada KBS. Sesiapa ingin menganjurkan program khas untuk golongan belia Thai/Siam, sila maklum kepada kami. Saya berharap pihak RUAMTHAI juga dapat mengambil peluang ini. Kertas kerja hendaklah dihantar kepada kami seawal-awal 3 bulan sebelum projek yang dirancang diadakan.

iv) Majlis Perundingan Belia Negara (Parlimen Belia) mencadangkan supaya pihak kerajaan melalui Pegawai-pegawai Daerah mengarahkan semua JKKK di seluruh negara menubuhkan persatuan belia di setiap kampung. PBTM akan mengambil kesempatan ini menubuh cawangan-cawangan PBTM di setiap kampung Thai/Siam di seluruh Malaysia.

v) Akhir sekali, saya telah berjumpa dan berkenalan dengan Pengarah Belia & Sukan Pulau Pinang,, beliau mengalu-alukan kunjungan AJK PBTM ke pejabat beliau di KOMTAR untuk bersuaikenal.

Buat masa sekarang PBTM telah berada di tahap yang tinggi di peringkat kebangsaan bagi mewakili masyarakat Thai/Siam di seluruh Malaysia. Pihak pembangkang telah berusaha berkali-kali menghubungi saya di pejabat untuk mengajak menyertai mereka. Mereka hantar surat, fax dan telefon berkali-kali kepada saya. Tapi saya tak layan,, untuk memajukan masyarakat Thai/Siam kita mesti sokong kerajaan bukannya terlibat dengan pembangkang. Pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), ERA consumer Malaysia, FOMCA dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) juga menjemput pemimpin- pemimpin PBTM menyertai mereka.

Ini menunjukkan PBTM telah mendapat perhatian pelbagai pihak sebagai satu pertubuhan mewakili masyarakat Thai/Siam di seluruh Malaysia. Selain daripada UMNO dan Persatuan Siam Malaysia ( PSM), PBTM adalah saluran altenatif bagi masyarakat Thai/Siam di Malaysia. Jangan anggap PBTM adalah persatuan kebudak-budakan. PBTM adalah persatuan yang melibatkan diri dalam politik, sosial dan ekonomi dan bukan hanya dalam bidang keagamaan dan ke sukanan semata-mata yang dianggap oleh sesetengah pihak. Kita berhak bersuara sama seperti persatuan-persatuan lain. MAJULAH BANGSA!!! MAJULAH NEGARA!!! SAWADDEE!!!

Ditulis oleh Setiausaha Agung PBTM

on 19-12-02
Di bawah ini adalah pautan laman web yang menarik untuk dikunjungi.

 

 


[Pengenalan][Biodata][Masyarakat][Agama][Kebudayaan][Keratan Akhbar][Artikel][Alamat Wat][Galeri Foto][Buku Pelawat]

Copyright © 2002 manitc6, Hakcipta Terpelihara. Hubungi Webmaster.
Hosted by www.Geocities.ws

1