Mengapa dengan tiba-tiba muncul gambar lucah di skrin TV anda?
Teori saya:
(1)
Sesetengah pemain video mempunyai RF output pada channel 3 atau 4. Anda
boleh perhati pada belakang pemain video anda. Biasanya jenama Panasonic
mempunyai RF output seperti ini. Sekiranya siaran TV di tempat anda menggunakan
channel 3, maka RF output video perlu disetkan pada channel 4 agar tidak
berlaku pertindihan signal. Begitu juga sebaliknya.
Okay....katakan siaran RTM1 di
tempat anda menggunakan Ch 4, maka mana-mana penduduk yang mempunyai video
yang mempunyai RF output Ch 3 atau 4 mestilah mensetkan video RF outputnya
pada Ch 3 agar penerimaan siaran TV tidak terganggu (bertindih).
Ch 3 dan Ch 4 tidaklah berapa
jauh sangat bezanya. Cuma 7 MHz sahaja. Sedikit sebanyak mesti ada gangguan
pada penerimaan TV. Oleh itu apabila jiran anda sebelah dinding menonton
video lucah, anda juga dapat menumpang bersama di skrin TV anda hanya apabila
RTM menutup siaran TV1 (sbg contoh). Oleh itu jangan tuduh RTM yang memancarkan
cerita lucah itu. Sedikit sebanyak signal dari video jiran anda itu akan
terpancar melalui antennanya yang berhampiran pula dengan antenna anda.
Kadang-kadang jika anda rajin sedikit melaraskan (tune) TV anda, akan terdapat
juga bayang-bayang dari video game. Walaupun signal dari pemain video atau
video game itu sangat lemah dan berkuasa rendah, namun pada hari-hari yang
tenang dan sejuk, selalunya di sebelah malam, signalnya berupaya muncul
di TV anda kerana ianya adalah gelombang radio yang mampu bergerak selaju
cahaya.
(2) Terdapat satu alat pemancar video yang kecil dalam pasaran. Ianya dipanggil 'video sender' dijual pada harga kurang daripada RM100/-. Biasanya alat ini digunakan semasa majlis ceramah kerana ianya tidak memerlukan wayar untuk disambung pada peti-peti TV di setiap ceruk dewan. RF output biasa disetkan pada Ch 30 hingga 39. Alat ini juga boleh menghantar siaran video kepada TV anda. Jika pemiliknya melaraskan RF outputnya pada Ch 35 atau 37, maka anda akan dapat menonton siaran percuma hanya apabila pemancar TV menutup siarannya. NTV7 menggunakan channel ini di setengah tempat seperti Gunung Jerai (Ch 37), Ulu Kali (Ch 37) dan Menara KL (Ch 35).
Sekiranya anda ada cerita yang menarik,
sila siarkan dalam buku tamu saya. Juga jika ada kesilapan dari istilah
teknikal, saya rela menerima teguran dari anda.
Mengapa gambar di skrin TV berbelang-belang, berombak-ombak ataupun berjalur-jalur dan ada imej lain yang muncul?
Teori saya:
(1) Penggunaan
saluran TV pada Ch 2, 3 dan 4 amat tidak sesuai pada masa ini. Kawasan
Taiping, Baling, Johor Baru, Cameron Highland dan beberapa tempat masih
lagi menggunakan Ch ini. Ch 2 mempunyai frekuensi 48 MHz, Ch3 = 55 MHz
dan Ch 4 = 62 Mhz. Bagi pengguna-pengguna saluran ini, ia adalah amat tidak
selesa kerana ia mudah diganggu oleh cordless phone. Cordless phone (bukan
telefon selular) menggunakan frekuensi 50 MHz. Ch 2 selalu menjadi mangsa
gangguan dari cordless phone ini. Setiap kali orang itu membuat atau menerima
panggilan, maka sekerap itulah TV anda terganggu terutamanya Ch 2. Rasanya
kerajaan patut memansuhkan langsung penggunaan Channel dalam Band ini (
Band I ). Negara-negara luar tidak lagi menggunakan frekuensi ini kerana
antennanya juga amatlah panjang (15 kaki hingga 20 kaki). Bayangkanlah
kalau semua penduduk flat Sri Wangi memasang antenna begini. Buruknya pemandangan
mata....
(2) Sekiranya
gambar di TV anda berjalur-jalur mendatar dan kadang-kadang timbul imej
lain dan bunyinya juga berdengung, ini disebabkan gangguan dari pemancar
lain yang mempunyaui frekuensi yang serupa di tempat anda. Ini disebut
'sandwiched image.
Contohnya: Dalam Utusan Malaysia
Jumaat 15.10.93
Saudara Pengarang,
Saya adalah salah seorang penghuni
di Flat TLDM Lumut. Sudah hampir 13 tahun saya tinggal di sini. Saya ingin
mendapatkan kepastian tentang pancaran TV di kawasan perumahan ini, terutamanya
di Blok 'A'. TV kami di sini kebanyakannya hanya layak dibuat sebagai hiasan
rumah sahaja kerana gambar yang kami terima hanya menyakitkan mata dan
hati untuk ditonton.
Sudahlah begitu, tidak semua rangkaian
dapat kami nikmati, adakalanya kami begitu kecewa kerana rancangan-rancangan
yang kami minati tidak dapat kami tontoni, kerana keadaan gambarnya sungguh
tidak memuasakan ditambah pula oleh gangguan TVRI (TV Republik Indonesia)
yang sering kali menyampuk.
Apakah tidak ada usaha atau kajian
dibuat atau tidak ada jalan lain untuk memperelokkan keadaan? Sampai bilakah
harus kami membetulkan aerial kami untuk mendapatkan gambar yang elok sedangkan
hasilnya tetap tidak memuaskan.
Bilakah agaknya dapat kami nikmati
gambar yang terang dan jelas setelah kami membayar lesen TV setiap tahun?
-TEMAN SETIA RTM, Lumut, Perak.
Mengapa boleh terjadi begini?
Sebenarnya Lumut terletak di tepi laut,
menerima siaran TV1 dari Gunung Keledang (Ipoh) pada saluran 6. TVRI memancar
siarannya dari Medan juga pada saluran 6. Oleh kerana tidak ada halangan
dari belakang (hanya laut yang luas terbentang) maka berlakulah pertindihan
frekuensi. Amat ketara lagi pada waktu petang yang dingin hingga ke malam.
Untuk mengelak daripada berlakunya fenomena ini, antenna anda hendaklah diletak terlindung dari laut dan menghadap ke Ipoh. Belakangnya mungkin dilindungi bangunan atau rumah anda sendiri. Dengan itu signal TVRI tak dapat menembusi batu atau dinding rumah anda.
Ataupun, jika kerajaan ada duit lebih, eloklak tukar pemancar di Gunung Keledang itu kepada Saluran UHF yang ada banyak pilihan. Gunung Keledang menggunakan CH 6 = TV1, CH 9 = TV2 dan CH11 = TV3. TVRI juga ada menggunakan CH11. Satu lagi gangguan nampaknya.
Walaubagaimanapun, penduduk-penduduk Lumut dan kawasan-kawasan yang sewaktunya amat beruntung kerana dapat menonton siaran luar negeri, apatah lagi dengan bahasa yang boleh difahami. Kini Medan, Indonesia memancarkan lima lagi siaran TV swasta iaitu Indosiar (CH 23), TPI (CH 25), ANTEVE (CH 29), RCTI (CH 33) dan SCTV (CH 35). Semua dalam UHF. Anda semua bolehlah menghala antenna UHF anda ke arah Medan. Pasang booster dan wow...siaran luar negeri percuma....!
Rekabentuk antena UHF yang diperlukan ada di sini: antenna UHF 8 elemen dan antenna UHF 16 elemen
Oh ya, fenomena di atas pernah terjadi pada penduduk di utara Malaysia yang menerima siaran dari Gunung Jerai dengan TV1 pada saluran 5 dan TV2 = CH 8. Kontroversial juga kes ini. Asyik-asyik timbul TV Siam saja. Akhirnya RTM dah tukar pemancar TV2 kepada saluran 11. Barulah senyap semua.
Macamanapun penggunaan Band I dan Band III (VHF) dalam siaran TV tidaklah sesuai pada masa ini. Band III iaitu saluran 5 hingga 12 mungkin disimpan untuk siaran Radio Digital pula. Bunyinya kelas, macam CD. Band IV dan Band V (UHF) amat sesuai sekali bagi pemancarn TV kerana ia mempunyai 49 saluran dan antennanya juga kecil. Jimat ruang dan pemandangan tak serabut.
Kita tunggu dan lihat. By the way, bagi
pengguna-pengguna ASTRO, pernahkah anda memusing parabola anda ke kiri
atau kanan? Auuuwww...di atas sana banyak satelit seperti Thaicom, PALAPA
dan macam-macam lagi. Pusing ke kiri atau ke kanan sahaja. Setengah satelit
menghantar signal Ku Band. Anda mungkin dapat menerimanya. Saya sedang
menunggu jawapan anda.