Antenna VHF (Very High Frequency) untuk CH 5 - CH 12

Bukan semua TV3 yang dipancarkan menggunakan gelombang UHF (Ultra High Frequency). Ada juga yang dihantar dengan gelombang VHF. Umpamanya kawasan Melaka yang menerima pemancaran dari Gunung Ledang (CH 12), Ipoh dari Bukit Keledang (CH 11) dan KL dari Bukit Besi (CH 12). Oleh itu penggunaan antenna UHF untuk menerima gelombang VHF tidaklah begitu praktikal kerana isyarat yang diterima tidak begitu memuaskan. Kerana lagi tinggi saluran TV itu, lagi kecil antennanya.

Untuk membuat antenna VHF, di bawah ini adalah rekabentuk komersial yang biasa dijual di kedai-kedai. Anda boleh membinanya sendiri daripada antenna yang lama ataupun membeli bahannya dari kedai aluminium.

Antenna VHF (CH5 -CH12) - aerialtv3.gif

Ukurannya (dalam cm)

Panjang elemen A = 60 cm           Jarak AB = 21 cm
Panjang elemen B = 60 cm           Jarak BC = 21 cm
Panjang elemen C = 60 cm           Jarak CD = 16 cm
Panjang elemen D = 75 cm           Jarak DE = 28 cm
Panjang elemen E = 84 cm

 

 

Kabel antenna disambungkan pada titik X dan Y.

SELAMAT MENCUBA....

     <<< Menu Utama

Hosted by www.Geocities.ws

1