sgo_lisa_mini.jpg (5999 bytes)

msia_m3h.jpg (14863 bytes)

but_cast.jpg (1986 bytes)

but_crew.jpg (1990 bytes)

but_story.jpg (2057 bytes)

but_audio.jpg (2095 bytes)

but_video.jpg (2055 bytes)

but_photos.jpg (2247 bytes)

but_links.jpg (1933 bytes)

but_guests.jpg (2191 bytes)

STORY

Daily Summaries

May 30, 2002

summary 300502
by aurora

santiago sedang cuba menahan kereta anibal. kereta makin dekat. tiba santiago lari ke tepi dan capai tong dram dan baling ke kereta anibal. anibal hilang kawalan. santiago campak lagi satu tong dram. kereta anibal pun bersimpang siur dan langgar timbunan jerami. anibal keluar kereta dan lari masuk dalam hutan. tentera pun kejar dia. santiago terus dapatkan lisa. diorang berpelukan. lisa menangis,"anibal dah tak siuman.. dia fikir aku benar² mahu mengikut dia.." santiago pujuk lisa,dia kata yg mimpi ngeri dah berakhir. lisa kata dia nak pulang, nak jumpa family dia. santiago bagitau yg kapal terbang sedang menunggu utk bawa diorg pulang. santiago pakaikan lisa jaket dia, dia peluk lisa,"kau kembali ke dalam dakapan aku.. sebelum kita pulang benarkan aku menikmati saat indah ini.."

kat rumah santiago, eloisa datang nak tengok cucu dia. margo marah², suruh eloisa pergi,"dulu kau yang kata bayi ni bukan anak santiago!" eloisa kata sekarang dia tahu yg baby tu mmg anak santiago dan dia nak tengok cucu dia walaupun sekali. at last margo bagi eloisa tengok baby tu. eloisa dukung baby sambil kata dalam hati,"kini aku benar² percaya ini anak kau santiago. bukan sekadar di atas dokumen rasmi, tapi bila aku mendukung dia aku dapat rasakan dia sebahagian daripada kau.."

peguam perez call barbara and bagitau dia dapat maklumat dr polis yg lisa and anibal selamat. anyhow anibal dah terlepas. lisa pula call jacinto dari helikopter and bagitau yg dia ok. vincente and delia bersama jacinto kat lab. diorg semua gembira dapat khabar dari lisa. tgh² bercakap tiba² line putus. tapi diorg ttp happy yg lisa selamat.

kat la casa, carlos datang. carlos ajak silvia berbincang ttg perkahwinan diorg. carlos cadangkan diorg pergi berjumpa kaunselor perkahwinan. silvia berdegil,"apa yang kaunselor perkahwinan tahu? kau percayakan pembakaran setanggi dan muzik boleh menghiburkan diri. aku bukan seperti kau." carlos pujuk juga silvia supaya pergi. akhirnya silvia setuju. carlos balik. silvia terus capai telefon call jacinto.

kat kaunter hospital, ruby dengan lantang bacakan surat daripada pihak pentadbiran kepada semua kakitangan hospital munisipal. "dengan sukacitanya dimaklumkan puan delia de contreras dilantik menjadi pengarah hospital yang baru berkuatkuasa hari ini!" semua staff gembira. delia tersipu-sipu. dia kata dia tak layak pikul tanggungjawab tu. ruby yakinkan delia mmg delia lah org paling layak. delia dapat ucapan tahniah dari pihak pentadbiran and staff hospital. dalam pada tu kat lab jacinto dapat call dari silvia. silvia minta jacinto datang ke la casa. jacinto terkejut,"bila kau mahu aku datang? jika sekarang aku akan pergi sekarang juga." silvia kata sekarang pun boleh. jacinto letak telefon,"dia menelefon aku.. dia suruh aku datang.. ini adalah satu keajaiban.."

lisa sampai ke hospital ditemani santiago. diorang berbual kat taman. santiago bagitau yg jacinto dah dapatkan balik rumah diorang and margo telah serahkan rumah tu tanpa banyak soal. lisa heran,"margarita bersusah payah mendapatkan rumah kami, tentu dia ada helah. di mana agaknya margarita dan bayinya tinggal?" baru santiago nak bagitau, ruby pun datang dengan ceria dan peluk lisa. lisa tanya ruby apa yg menggembirakan ni? ruby bagitau yg delia jadi pengarah hospital. lisa ikut ruby masuk hospital utk jumpa kawan²nya. santiago mengeluh,"aku sepatutnya bagitau lisa mengenai margarita." lisa jumpa ex-head nurse yang kene buang kerja dulu, dia dah dapat jadi head nurse semula. lisa gembira dgn berita tu,"tapi apa akan jadi pada delia nanti?' ruby kata,"itu satu lagi kejutan, puan delia akan jadi pengarah hospital!" lisa gembira and kata dia nak pi cari delia. kat dalam lab, lisa jumpa delia. delia happy sangat tengok lisa selamat. lisa ucap tahniah delia dah bergelar pengarah hospital dan tanya apa perasaan delia. delia kata yang mereka dah gila. lisa jawab bukan mereka yg gila, delia mmg layak utk jawatan tu. delia kata kat lisa,"lepas ni kau akan kembali bekerja dengan ayah kau. dia akan jadi profesor kau. kau akan jadi doktor terbaik di hospital ini." diorg pun berpelukan.

santiago pegi umah barbara, bagitau yang lisa selamat tapi anibal berjaya melarikan diri. sofia tak percaya kata santiago,"anak lelaki aku dah mati kan? beritahu aku perkara sebenar! dia dah mati kan? mereka merahsiakannya daripada aku!" santiago kata anibal tak mati, dia selamat cuma dia telah melarikan diri. sofia tetap tak percaya,"dia dah mati.. anak aku dah mati.." barbara tenangkan emaknya. barbara bagi santiago sampul berisi cek hasil jualan saham dia kat solis enterprise. santiago tolak, tapi barbara suruh santiago ambil juga,"kau tak ada pekerjaan sekarang. kau perlu fikirkan anak kau." santiago akhirnya terima dan dia pun pergi.

lisa sorang² kat dalam lab, peluk jaket yg santiago tinggalkan. "hari ni kau tinggalkan jaket kau, mungkin lepas ni kau minta aku bersama dengan kau. santiago.. percintaan kita tidak sesuai untuk dunia ini.." lisa pun capai telefon nak call rumah santiago. sekali suara margarita yang jawab. lisa terdiam. margarita naik angin,"helo? helo? walau siapapun kau santiago tiada di rumah!" margarita hempas telefon,"aku nak semua orang tahu yang aku akan jawab panggilan telefon di rumah ni!" at the other end, air mata lisa bercucuran.

kat la casa, jacinto tiba. dia bagitau silvia yang lisa selamat, and tanya apa tujuan silvia minta dia datang. silvia jemput jacinto duduk. jacinto nampak anak² silvia tapi tak berani sentuh diorg. silvia kata,"tak mengapa, kau boleh sentuh mereka, bermesra dengan mereka, dukung mereka.." jacinto terkejut,"benarkah aku boleh dukung mereka?" silvia kata,"ya, aku bukan seorang yg sempurna. aku telah melakukan kesilapan." jacinto kata kat silvia,"aku juga telah melakukan kesilapan, aku telah meninggalkan anak² aku." sambil dukung alicia, jacinto kata yg dia turut sedih dengan perpisahan silvia. silvia bagitau jacinto yg carlos datang dan ajak dia berjumpa dengan kaunselor perkahwinan dan dia dah bersetuju. jacinto tanya,"bagaimana dengan anak² kau? siapa akan menjaga mereka?" silvia jawab,"itulah tujuannya aku minta kau kemari. aku minta kau tolong jaga mereka." jacinto terharu, dia kata dia sangat gembira jaga anak² silvia dan akan perkenalkan the twins to delia. silvia kata,"ya, mereka juga dapat bersama dengan datuk mereka." jacinto kata pada the twins that they will have good times together, and dia pun pulang.

frans nak berangkat ke la isla de plata. beba dan frans berpelukan. beba menangis dan pegang tangan frans. pintu tertutup, pegangan terlepas, frans pun pergi. beba pulang ke la casa. silvia terkejut tengok beba,"kenapa kau tak pulang ke rumah papa?" beba jawab sekarang ni dia perlu berada di rumah ini. silvia tanya apa yg berlaku. "francisco dah pergi.."

santiago balik rumah, terkejut lagi coz margo ubah susun atur rumah dia. santiago marah sangat. margo kata yang santiago sepatutnya hormat dia sebagai perempuan dan ibu kepada anaknya. santiago jawab,"nanti dulu, setelah apa kau lakukan pada hidup aku kau minta aku menghormati kau??" sedang diorang bertengkar loceng pintu berbunyi. buddy datang hantarkan jaket santiago,"lisa kata kau terlupa jaket kau." dengar je nama lisa margo terus berang,"kau telah bersama lisa sepanjang hari bukan??" santiago kata dia tak perlu nak bagitau margo apa dia buat and warning margo jgn hina lisa depan dia. santiago pun capai kunci kereta. margo marah,"kau nak ke mana?" santiago jawab,"aku nak pergi tempat di mana aku tak perlu layan perangai cemburu kau!" santiago keluar. margo capai mangkuk kaca dan baling ke pintu. suddenly perut dia sakit and margo pun rebah.

lisa kembali ke la casa. silvia dan beba gembira dengan kepulangan lisa. sekarang mereka cuma perlu tunggu augusto sembuh. lisa kata yang penting bagi dia sekarang adalah keluarga dia. silvia kata dia nak tidur coz nak bersiap jumpa kaunselor perkahwinan esok. dia pesan supaya lisa tidur dan jangan terlalu banyak berfikir.

hari berganti hari. margo yang rebah tadi terbaring kat sofa santiago dengan berdarah. santiago bawa margo ke hospital. anaknya dijaga eloisa dan ligia. margo sembuh dan kembali ke rumah santiago. meanwhile, barbara datang melawat augusto kat hospital. augusto makin pulih dah akhirnya boleh berdiri dan melangkah. silvia dan carlos melalui proses kaunseling, buat luahan hati ke hati, dan akhirnya silvia menangis dalam pelukan carlos. kat la isla de plata francisco telefon beba. anibal pula setelah berjaya melarikan diri dia habiskan masa berjudi.

setelah sekian waktu berlalu, the flirtatious nurse kembali bekerja kat hospital. dia bagitau lisa yang dia dan insaf,"tapi tadi aku baru berjumpa dengan doktor baru yang kacak." lisa terkejut,"siapa? serpa?" the nurse jawab tak, namanya omar. nurse tu pergi. lisa senyum,"kau memang tak berubah." lisa kembali buat kerja kat kaunter. tiba² seorang lelaki datang,"maafkan saya, cik.." lisa toleh. lelaki tu terkejut,"lisa??"

~end of thursday's episode. i lupa nama nurse tu apa. sapa ingat tolong bagitau ya!~

Posted on May 31, 2002, 2:54 AM
Hosted by www.Geocities.ws

1