 






|
STORY
Daily
Summaries
April 30,
2002
half
summary....
by fauzi
mungkin awak
tengok dari 4.30-5.00... saya dari 5.00-5.30... macam ni... secara ringkasnya lah yek...
1. barb gi kat tapak pembinaan sambil teringatkan peristiwa hitam tu dulu... tengah2 syok
mengelamun, machado dtg... mungkin pd fikiran machado, barb nak bunuh diri... barb tenang
je.. pas tu dia gi la clinica... nak tahu pasal augusto... rubi hesitated nak bagitau tapi
melihatkan air muka barb yg agak sedih, rubi bagitau gak.... augusto koma... barb pun blah
dgn sedih..
2. margo balik rumah estrada dgn muka tak malu.. dia ingatkan augusto koma, dia blh
'mentadbir' rumah tu... josefina bawak2 las ni�as kuar jln2 sebab margo tak mau mendengar
tangisan diorang.... beba dtg kat hall... gaduh2 ngan margo pasal kekejamannya... dia kata
margo org yg paling kejam yg pernah dia jumpa... puas dah beba halau margo, tapi tau la
kan... margo kan muka tembok dan sinverguenza!! tapi saya respect beba la sebab ayat dia
tu menggugat diri margo... pas tu beba carik sus hermanas utk usir margo dr rumah pusaka
tu... margo sangka dia blh menang... dia telefon peguamnya nak tanya pasal rumah estrada
tu...
3. lisa borak ngan silvia pasal santiago. silvia terkejut bila dia dengar lisa citer yg
santiago punca augusto jatuh... lisa jadi tak tentu arah... pening pasal santiago ngan
augusto... dia kata "santiago dan augusto adalah lelaki paling hebat yg aku
miliki"... lisa tanya kat silvia, kalau silvia berada pd tempatnya, apa yg akan
silvia buat. silvia kata dia akan dengar penjelasan santiago sedalam-dalamnya... lisa
bertambah confused...
4. santiago suruh seorang pegawai penjara telefon novia nya... lisa masa tu tengah borak
ngan silvia pasal augusto didatangi kawan lisa. kawan lisa kata ade org telefon... lisa
jawab... pegawai tu kata, santiago nak jumpa dia tetapi mungkin dia rasa lisa tatau tempat
tu (penjara)... mungkin penjara tu agak terpencil... santiago terfikirkan pasal augusto
dulu... tu je la seingat saya.... ok?
p/s lama dah tak taip summary... rindu arr..
Posted on
Apr 30, 2002, 6:39 PM
sum to
beatriz
by codelopez
santiago kat
penjara minta tolong polis sana suruh call si lisa...so tu polis call lisa yg santiago mau
jumpa dia...masa kat pnjara tu ada orang bagi warning kat santiago yg tempat doirang tu
ada ketua alah biasalah tu...penjara
Anibal pulak gi serang si Alvaro, pas tu baru dia caya cerita bapak dia yg mak dia sama si
alvaro..so anibal bawa mak dia pergi dari rumah si alvaro
yang cerita pasal kakitu sah kaki si barbara sebab dia pergi lagi di tapak pembi.. masa tu
si dougalas sergah dia nasib baik si barbara tak jatuh..pas tu dia pergi hospital tanya
pasal augusto
lisa plak tak tau nak jumpa santiago atau tidak tapi si silvia cakap mesti pigi jumpa
minta explain...tapi lisa cakap tunggu dulu
bab yg paling best ialah masa margarita tau pasal augusto accident pas tu dia balik pi
rumah augusto pas tu dia gaduh sama beba wow..boleh tahan jugalah si beba gaduh sama
margarita tapi seperti biasa memnag si margarita tak mahu kalah..so si beba cakap dia mahu
call kakak2 dia.. tapi si margaritakan ada lawyer ...
so... itu saja
byee
Posted on
Apr 30, 2002, 7:40 PM
anibalernesto...jangan
marah yer...
by yang bukan scarlet ortiz
hi...
tak tahan rasanya gatal tangan ini..utk pastekan u punya summary...so, bende baik macam
ni..tak baik pulak kat forum sebelah sana aje..kasik adil lah yer...
ini dia...summary dari anibalernesto...
DUDUK bersimpuh mengadap peti sakti.....setia menanti kumandangan A Puro
Dolor.....berkayuh basikal Lisa melirik senyum.....maka rakyat jelata pok
amai-amai.....hingga bergegarlah seluruh negeri.....
SYAHADAN, bermula dgn adegan di rumah Eloisa, dgn Lisa yg begitu terpengaruh bahawa Sant
telah menolak Aug dari bangunan tinggi...sebenarnya Lisa telah termakan hasutan
Anibal....maka Eloisa cuba meyakinkan Lisa tak mungkin Sant berbuat
demikian....bagaimanapun Lisa tetap mahu memutuskan percintaan dgn Sant, aku tak perlukan
itu utk meneruskan hidupku, katanya .... kemudian terus keluar, diikuti rayuan, Lisa!
Lisa! oleh Eloisa, jangan kau tinggalkan anak aku disaat yg genting ini....di kediaman
Alv, Anibal tumbuk Alv bila dapati emaknya Sofia berada disitu....Alv cuba cegah Sofia
dibawa pergi anaknya, bagaimanapun Sofia akhirnya ikut anaknya keluar.....di penjara, Sant
rayu pd pegawai penjara agar telefon Lisa dimana dia berada.....di rumah, Fran datang bawa
sekuntum bunga ros utk Beb, tapi takde di rumah maka babysitter benarkan Fran menunggunya
di ruang tamu....di kantin hospital, Vic & Beb & Silv dok semeja, Beb beritahu ttg
kecurangan Marg & ngandungkan anak Sant...Vic terkejut, rupanya dia tak tahu kisah
selama nie....di rumah Om, Marg menyalahkan Om bahawa apa yg ditelek selama ini tak jadi
kenyataan, apa yg dirancang Marg semuanya gagal...terutamanya bab Marg akan bertemu lelaki
kaya........Vee Daah!!!
Di rumah Eloisa, ibu & aunty Sant saling mengeluh ttg nasib menimpa Sant....ini semua
salah Marg, kata aunty tu...Eloisa minta maaf pd kakaknya kerana merahsiakan affair
anaknya dgn Marg selama ini, hinggakan perkahwinan terpaksa dibatalkan....di rumah Om,Marg
ceriterkan apa telah berlaku antara dia dgn Aug di rumah emak sedaranya, salahkan Om
kerana telekannya tak jadi kenyataan...Om kata, aku tak suka apa yg berlaku sekarang
ini....di wad ICU, DrC berkata2 dgn Aug, antaranya, kenapa kau bergaduh dgn tunang
Lisa?...di hospital, Lisa mengeluh apa nak aku buat dgn perasaan ini....maka bertemulah
Ruby dgnnya mengapa masygul? keluh Lisa pula, dia telah meruntuhkan kepercayaan aku selama
ini....Ruby pelek, kemudian Lisa memberitahunya bahawa Sant telah 'tolak' Aug dari
bangunan tinggi....di kantin, Silv & Vic suruh Beb balik berehat kerana baru
sembuh....Ruby cuba menyakinkan Lisa bahawa tak mungkin Sant buat begitu memandangkan
maklumat ini datang dari orang tak boleh dipercayai & desak Lisa dapatkan penjelasan
dari Sant sendiri....maka diberitahu Lisa bahawa Sant telah dipenjarakan!.......Vee
Daah!!!
Di bilik hotel, Anibal menangis sambil pujuk emaknya supaya jangan bertemu lagi si botak
itu & menyuruh emaknya tinggal disini sahaja sementara Anib ikhtiarkan sesuatu....Beb
tiba di rumahnya & gembira bertemu Fran...di wad ICU Silv berkata2 dgn Aug yg masih
tak sedarkan diri, sukar nak percaya apa yg dah berlaku, katanya.....Lisa berkata dia
menjaga kita selama ini, maka tibalah giliran kita menjaganya pula....di rumah Om, Marg yg
sedang tidur di sofa terkejut akan jeritan Om yg mendapat berita di akhbar bahawa Sant di
penjara kerana tuduhan membunuh serta Aug berada di hospital....maka berkata Marg,
Augusto??? disambut dgn gema jeng, jeng .... jeng,jeng....di tapak bangunan & di
tingkat dimana Aug terjatuh, Barb dok termenung di tangga sambil flashback bagaimana
Anibal mengetuk Sant hingga terlepas tangan Aug....Barb berkata sendirian, kau
melakukannya!!!....balik semula kekecuhan antara Om & Marg, Om berkata ini semua
angkara Marg & terus telefon hospital....bila dapat tahu bahawa Aug sedang coma, Marg
pun berkata, aku rasa aku tahu apa nak buat & terus mengambil begnya............Vee
Daah!!!
ADAKAH ANDA PERLU KE LUAR BANDAR HARI INI?
Barb berlegar2 di tingkat tragedy tu sambil memeluk badannya & flashback perbuatan
abangnya memukul Sant & berlinanglah airmatanya....di kantin Lisa mengeluh pd Sil
menyalahkan diri sendiri apa berlaku pd abangnya & beritahu Silv bagaimana Sant
'tolak' Aug apabila sedang bertengkar....Lisa beritahu Sil bahawa Anibal yg cakap, tapi
tak boleh pasti lagi sebab bukan pertama kali dia cakap bohong....Lisa beritahu lagi,
bahawa Sant dipenjarakan.....maka berkata Silv habih kenapa kau tak terima penjelasan
Anibal? kan dia dah cakap?....adegan yg geram kita lihat.....Marg balik ke rumahnya
membawa beg besarnya semasa dia melarikan dirinya....beri perintah pd babysitter bahawa
dia tak mahu dengar bunyi bising anak2 Silv serta rumah mestilah sentiasa kemas....Beb
marah Marg sambil menghalaunya keluar....di tapak, Machado (pekerja Anib) tanya Barb apa
kau buat disini? lalu Barb pun pergi dari situ.........Vee Daah!!!
Beb bertekak dgn Marg, kau kejam, tempat kau sebenarya di jalanan sebab kau perempuan
murahan....Aug terlantar coma angkara kaulah....Eh! eeeh! aku kesini nak tuntut rumah aku
nie....faham tak??? kata Marg, sebenarnya Marg yakin bahawa Aug akan bergelar arwah tak
lama lagi.....sementara Silv masih cuba yakinkan Lisa bahawa terima kenyataan bahawa Sant
yg tolak Aug (tak guna betullah Silvia nie), pergilah kau bertemu dgn Sant dapatkan
penjelasannya!.....bagaimanapun Lisa tension bin bingung mengeluh susah aku nak tengok
dia, benci aku berperasaan serba-salah!!! lalu pergi meninggalkan Silv yg terbeliak
mata.....balik semula Marg bertekak pula dgn Beb, Aug lelaki miskin, selama ini aku rimas
tinggal bersama korang.....hey budak kurang ajar!!! aku nak tuntut hakmilik rumah aku
ini!!!........Vee Daah!!!
Barb ke hospital terus tanyakan Aug kat kaunter....Ruby menyapa Barb kerana rasa macam
pernah nampak, lantas beritahu keadaan Aug sedang tenat....Barb sedih bergenangkan airmata
terus pergi dari situ sambil diekori Ruby, hey nanti dulu! kata Ruby...Silv dapatkan Lisa
& menyakinkannya bahawa Aug akan OK bila dapat call dari pusat tahanan.....Lisa kata
pd pegawai yg bercakap tu, cepatlah beritahu, straight to the point! bila orang itu
bermukadimah, sebenarnya Lisa dah tawar hati kat Sant....maka beritahu pegawai itu, Sant
berpesan supaya datang jengah dia di Pusat Tahanan Timur!....Marg telefon Luque, peguam yg
handle hakmilik rumah, menanyakan maklumat ttg title rumah & buat appt nak jumpa
dia....Silv masih mendesak Lisa supaya cepat jumpa Sant, tapi Lisa kata bukan sekarang,
aku nak berada disisi Aug dulu.....DrC sedang berkata2 pd Aug, anakku, aku berada
disisimu, ko tak sepatutnya menyerah kalah, walaupun kau kata aku pengecut, aku tetap akan
merawatmu hingga sembuh walaupun kau membenci aku!!!.....di padang kawasan larangan
penjara Sant flashback apa yg dikatakan oleh Aug semasa di tapak, kau telah merosakkan
keluarga aku!!!.....tiba2 pegawai datang beritahu Sant bahawa dia telah beritahu Lisa ttg
pesanannya....walaubagaimanapun Sant kecewa Lisa tak beritahu apa2 berita ttg
Aug......Santiago berfikir, apa dah terjadi nih? apa sedang berlaku nih?!!.......VEE
DAAH!!!!
Posted on
May 1, 2002, 12:18 AM |