sgo_lisa_mini.jpg (5999 bytes)

msia_m3h.jpg (14863 bytes)

but_cast.jpg (1986 bytes)

but_crew.jpg (1990 bytes)

but_story.jpg (2057 bytes)

but_audio.jpg (2095 bytes)

but_video.jpg (2055 bytes)

but_photos.jpg (2247 bytes)

but_links.jpg (1933 bytes)

but_guests.jpg (2191 bytes)

STORY

Daily Summaries

January 30, 2002

summary 20-1-02(wednesday)
by kamilia

1.sambungan semalam,margo bakar gambar "kahwin" lisa n santiago.dia kata yg mereka tak akan kahwin walaupun dalam gambar.lisa tak akan memiliki apa2 yg menjadi hak dia.margo akan pastikan yg diorang tu takkan berkahwin.

2.santiago pujuk2 lisa supaya bersetuju kahwin esok.santiago suruh lisa jangan dok fikir sangat pasal org lain especially margo.santiago kata "margo tak akan dapat buat apa2 bila kita dah kahwin"lisa kata dia tak boleh kalau tak fikir pasal margo.dia tak boleh nak bersua muka dgn margo dekat ruang tamu,dekat rumah.dia pun tak dapat nak bayangkan mcm mana margo tu boleh curang dgn augusto.then lisa keluar dari kereta.santiago pun ikut sama.lisa cakap dgn santiago."perlukah aku beritahu augusto hal yg sebenar?santiago jawab"kau perlu jauhkan diri dari margarita".satu hari nanti augusto akan dapat tahu cerita sebenarnya."lisa pun kata"kalaulah anak yg margo kandung tu bukan anak augusto,aku akan beritahu dia".santiago berubah air muka.santiago kata jangan fikir pasal tu.diorang balik semula ke kereta.santiago pujuk lagi.dia kata yg lisa akan bahagia tinggal bersama dia.lisa tak akan bersendirian lagi....santiago cakap lagi.."dalam beberapa tahun,kita akan dapat anak,aku akan beritahu anak2 betapa ibu bapa diorang sangat menyintai sehingga terpaksa kahwin lari".lisa senyum...akhirnya lisa setuju nak kahwin,santiago pun senyum lebar.lisa tanya siapa yg akan menghadiri perkahwinan tu nanti.santiago "aku buat secara sederhana saja,tapi kalau kau nak jemput kawan2 kau,kau bolehlah beritahu mereka.lisa cakap"kawan2 aku?"santiago.."si...si..orang yg tak boleh tahu hal ni adalah magarita".

3.dr.jaime mundar mandir kat pejabat pengarah perkhidmatan kesihatan.dia tanya sekretari..lama lagi ke kena tunggu.sekretari tu jawab yg pengarah sibuk,dia nak siapakan ucapan.dr.jaime dah marah2.."aku tak boleh tunggu lama..ini hal yg cukup serius..ini mengenai virus yg berbahaya...bla...bla...bla.sekretari tu masuk lagi pejabat,then dia keluar semula.dia cakap yg pengarah tu tak boleh jumpa dr jaime hari ni.kalau ada hal penting,pergi jumpa pengarah hospital tu sendiri.(dr serpa alias sampah)dr.jaime kata yg dia dah cuba explain pd dr serpa tu...bla...bla...dr.jaime membebel.berserabut kepala akak tengok dia hari ni.he's gone made le...sabar le dr jaime...sekretari tu jawab yg dia tak boleh buat apa2.dr jaime membebel lagi..dia tanya sekretari tu sama ada dia sembahyang ke tidak..sekretari tu angguk.dr jaime kata yg dia patut sembahyang sekarang.

4.beba pergi office tempat dia kerja.dia nak cari boss dia tapi boss dia tak ada.org lain yg jaga kat situ.org tu tanya kenapa tak datang kerja.beba cakap yg dia nak berhenti kerja.cakap kat boss selamat tinggal.beba pun keluar dari situ.dekat luar kedai,beba terserempak dgn mimi.actually mimi tunggu beba kat situ.mimi cakap yg dia dok tunggu beba datang sekolah hantar borang lawatan tu.mimi beritahu beba yg ada org lelaki suka kat dia.org tu dah lama perhatikan dia,baru sekarang nak cakap dgn dia.beba senyum je..beba kata kat mimi yg dia tak nak pergi lawatan tu,dia nak pergi jumpa francisco.dia nak tunjukkan pd francisco yg dia adalah wanita yg matang.mimi terkejutla..."bila kau nak pergi?" beba:"aku akan pergi esok,hari yg sama kau pergi lawatan". mimi:"bila pulak kau nak balik?". beba"aku akan balik pd hari yg sama kau balik jugaklah."mimi:"kau pasti akan jumpa francisco ke?" beba:"aku yakin aku akan jumpa dia" mimi:"tak bahaya ke kau pergi sana" beba:"tidak..."then beba nak pergi hospital.mimi tanya "kau nak ambil pil pencegah hamil ke?" beba"taklah!!!" mimi:"yelah...dah kau kata kau nak buktikan pd francisco yg kau adalah wanita matang..kau nak melakukannya ke?" beba:"ha'ah ye..aku tak fikir pulak pasal tu,apa yg aku perlu buat?" mimi:"kau nak melakukannya ke?" beba"aku tak tahu".lepas tu diorang pun berpelukan sambil mengucapkan selamat tinggal.beba cakap yg dia nak tengok lelaki yg nak berkenalan dgn mimi tu.

5.beba sampai hospital.dia cari lisa kat makmal tapi lisa tak ada.beba pergi dekat dgn meja.dekat situ ada sampel darah yg mengandungi virus tu.beba meletakkan beg dia sebelah sampel tu...dia keluarkan tiket bas...lepas tu dia simpan balik.masa dia nak tarik beg dia tu,dia terlanggar sampel darah tu.jatuuuhhhh...danpecah berdarah..beba cepat2 ambil kain dan lap.masa nak lap tu,tangan dia terkena kaca.dia pergi hisap pulak jari dia....orang lain kali jangan hisap...minum terus darah tu...hehehe.beba ambil sampel darah dan botol dia sekali masuk dalam beg.dia takut nanti majikan lisa akan marah lisa.lepas tu lisa pun masuk...."apa yg kau buat kat sini?"lisa tanya..beba:"aku nak jumpa kau"..lisa:"tak boleh ke kita jumpa kat rumah"...beba"kau tahu kan kita jarang bercakap dekat rumah".lisa pun ajak beba pergi cafe.diorang berbual2..beba tanya "kau dah berbaik dgn2 santiago ye?"...lisa :"ya"..diorang cakap2 lagi.lisa tanya bila beba nak pergi lawatan sekolah tu"...beba"esok"...lisa"mm...malang sekali"diorang cakap2 lagi.lepas tu keluar dr cafe,lisa tanya beba pasal fran,beba jawab yg fran dah pergi.lisa tanya umur fran berapa.beba tanya balik"penting sangat ke?"lisa kata dia saja nak tahu.beba kata umur fran 20 tahun,tak adalah tua sangat.lisa jawab bergantung jugak pd lelaki yg umur 20 tahun ni,apa kehendak dia.masa diorang cakap2 tu,dr jaime balik.beba tegur.."uncle ingat saya lagi?saya beatriz.terima kasih kerana menolong saya dan kawan saya hari tu"beba pun nak blah.dia cium pipi lisa,then dia cium pipi dr.jaime.dr jaime tegak macam tiang..tak cakap apa2..

6.fran teringat2 date pertama dia dgn beba..lepas tu dia cakap sorang2 yg malang sekali beba tu masih muda...yelah....dia serba salah jugak nak bercintan cintun dgn budak hingusan ni...hehehe..

7.isabel ucapkan terima kasih pd augusto kerana menyelamatkan dia.augusto cakap yg dia menyesal tumbuk anibal.a'uto tanya "itu teman lelaki kau ke?" isabel"ya..dia pernah jadi teman lelaki aku"..a'uto"aku minta maaf,tak sepatutnya aku campur tangan dalam hal korang berdua"..isabel"kenapa pulak?"..a'uto"dia kan teman lelaki kau"..isabel"habis dia boleh buat sesuka hati dia ke?"..aku impikan sorang lelaki yg baik tapi apa yg aku dapat bertentangan sekali dgn apa yg aku nak.kau faham tak"isabel tanya lah sama ada a'to pernah tak alami macam tu.a'to kata tak pernah.isabel cakap yg auto sungguh bertuah...a'uto diam je..lepas tu dia tanya isabel sama ada nak temankan dia ke tidak.isabel"tak apalah,kau baliklah..."

8.a'uto balik rumah.dia panggil margo tapi tak jawab...au'to dok kat kerusi.dia teringat2 kata2 isabel"aku inginkan lelaki yag baik tapi apa yg aku dapat adalah bertentangan sekali".lepas tu margo pun datang.margo tanya"awal kau balik hari ni?" a'uto"kau tak suka ke?" margo"tak lah"...a'to pun masuk bilik.a'uto nak bukak baju nak mandi.margo dgn hipokritnya...cakap"biar aku bukak baju kau...seorang isteri yg baik mestilah buat suaminya dalam keadaan selesa..bla..bla..menyampah pulak aku...margo nak kiss a'uto tapo a'uto tolak.dia kata nak mandi..beberapa kali margo cuba nak "ayat" a'uti tapi a'uto tak de mood.lepas tu margo marah la..."kau tak pedulikan aku,tak cintakan aku la..apala..."..a'uto pujuk2 margo.dia kata margo kandung anak dia,takkanlah dia tak peduli..dia cinta margo...bla..bla..lepas tu terus mandi.margo pun buat le muka boring dia tu...

9.beba main2 dengan beethoven..a'usto datang...dia tanya beba bila masa pulak bela kucing niu.sepatutnya beba kena beritahu dia kalau nak bela kucing.a'uto tanya beba sapa nama kucing tu.beba"beethoven"...a'uto.."sejak bila kau minat musik klasikal?" beba"aku tak suka...kucing ni hadiah dr kawan aku,dia dah beri nama"....a'uto"apa perasaan kau sekarang?kau masih bersedih dgn apa yg kau baca dekat pejabat aku?"..beba:"tidak..cuma aku nak tahu cerita sebenar ttg ayah yg kaki botol."a'uto pun cerita lah pasal bapak dia tu.tapi dia tak ceruta banyak sebab dia pun tak tahu apa cerita yg sebenar2nya...dia pun cuma baca dan terima apa yg ditulis dalam paper tu je le...

10.dr.jaime..masuk makmal.lisa tanya dr.jaime sama ada dia dah jumpa pengarah tu ke belum...dr.jaime kata belum lagi..dr jaime membebel kenapalah diorang ni tak beri perhatian serius pd masalah ni.lepas tu lisa cakap yg pihak atlanta telefon,dr.fonseca yg kat hutan tu pun telefon..lepas tu dr.jaime tanya lisa pasal sampel darah yg ditinggalkan kat atas meja..dia tengok kat meja tu tapi tak ada.dr.jaime dah gelabah.dia tanya lisa sama ada lisa ada ambil atau tidak.lisa kata dia tak sentuh apa2 pun.dr.jaime semakin panik dan semakin kronik.dia cari2 kat tempat lain,tapi tak ada.."siapa pulak yg ambil ni"...dr.jaime ingat yg si serpa alias sampah tu yg ambil.dia nak pergi jumpa serpa tu kejap.lisa pun diam je laa....

11.dr jaime pi pejabat serpa alias sampah..dia tanya nurse,dr serpa ada tak..nurse tu jawab yg serpa tu tak ada...dah balik dan tak akan semula..dr.jaime marah2...dia kata ada sesuatu yg penting nak cakap dgn [email protected] tu pun telefon handset dr serpa...dia cakap pasal virus tu.dr.jaime ambil tekefon tu dan tanya dr. serpa@sampah sama ada dia ada ambil tak virus tu.dr serpa jawab..jangan risau pasal virus tu..buat sampel lain...dr.jaime dah pening kepala campur nak gila memikirkan jawapan serpa tu...dia membebel2 lagi la....akak dengar pun penat..

12.lisa keluar makmal...terserempak dgn ruby.lisa beritahu ruby ttg kehilangan sampel tu..ruby kata "apa nak heran sangat...perkara biasa...tapi kau jangan beritahu carmen pulak..nanti dia ingat pontianak pulak yg ambil darah tu".lisa kata jangan nak berguraulah..ruby tanya psal hubungan lisa n santiago."betul ke kau dah berbaik dgn santiago?"..lisa :"bukan setakat baik je...meh aku nak cakap sikit dgn kau".lisa tarik ruby masuk dlm bilik nurse.dekat dalam ada carmen n siapa lagi sorang.lisa buat pengumuman yg dia nak kahwin esok.kawan lisa suka tapi ruby geleng kepala.dia macam tak percaya yg lisa nak kahwin esok..apasal terburu2 sangat..lisa kata yg dia n santiago dah setuju macam tu.lepas tu lisa minta kawan2 dia rahsiakan perkahwinan ni.masa lisa dok cakap tu,delia bukak pintu n terdengar le...lepas tu delia masuk dan kata "aku dengar kau nak kahwin..tahniah dan aku harap kau akan bahagia.."delia senyum..lisa pun tengok je....habiiiisss.....

Posted on Jan 30, 2002, 6:37 PM

Hosted by www.Geocities.ws

1