






|
STORY
Daily
Summaries
May
29, 2002
summary
290502
by aurora
sambung
kisah semalam, silvia menyerang apartment santiago. santiago puas cuba
explain kat silvia yang dia terpaksa buat gitu coz margo datang bawa anak
dia and diorg takde tempat tinggal, so takkan dia nak biarkan diorang
merempat tepi jalan. silvia tetap takmo terima alasan santiago and kata
yang dia tak sepatutnya expect lisa kat situ bersama santiago. santiago
terkejut. silvia kata lisa dah 2 malam tak ditemui. silvia blah and
santiago termenung fikirkan kehilangan lisa. then dier capai kunci kereta
pergi umah barbara.
kat umah barbara, santiago kata kat barbara yg lisa hilang, and dia yakin
anibal terlibat. barbara tak tau apa˛, but dia rasa sofia tahu sesuatu
coz semalam sofia ada keluar pi klinik and bila balik dari klinik tu sofia
berada dlm keadaan ketakutan. barb and santiago tak perasan sofia kat
sebalik dinding dengar perbualan diorg dengan muka risau. santiago kata
kat barb yg anibal tak sihat, dia boleh membahayakan sesiapa saja yg dekat
ngan dia. sofia menangis,"tidak.. bukan anakku.. tidak.." barb
dengar tangisan emaknya and pujuk emaknya bagitau apa saja yg dia tahu.
akhirnya sofia cerita yg dia atur pertemuan dgn anibal di klinik, dan
anibal merancang utk menyeberangi sempadan ke luar negara guna kereta.
"aku dapat rasakan itu kali terakhir aku berjumpa dengan anak
lelakiku.. ya.. lisa ada bersamanya.." santiago ucap terima kasih and
terus berkejar nak pi berbincang dgn lawyer dia. barb pujuk emaknya yg tak
berhenti menangis dan mengeluh. sofia kata,"itu yang terbaik bukan?
itu yg terbaik utk anak lelakiku?" barb jawab ya.. memang itu yg
terbaik utk anibal.
silvia pulang ke la casa estrada. dia tengok keliling rumah tu, mengenang
kembali the good times with the family. air mata pun
bergenang,"adakah aku akan dapat semula kestabilan aku?" then
silvia tekad nak pi ambil semua anak˛nya drpd carlos.
kat hospital, delia tgh bagi rawatan kat augusto. mata augusto terbuka
pandang jek kat delia. delia senyum,"aku tahu kau dengar apa aku
katakan. kau sudah membuka mata kau. kau tahu apa maknanya? kau akan pulih!"
suddenly augusto pegang tangan delia, dier cuba nak cakap sesuatu. delia
kata,"apa yang kau cuba cakap? tak apa, kau boleh cuba perlahan-lahan."
augusto tetap pegang tangan delia, suddenly,"papa.." delia
terkejut,"apa kau cakap? augusto? kau mahu aku panggil jacinto?
benarkah augusto?" delia gembira dan terharu and terus pi cari
jacinto. delia bagitau jacinto hajat augusto nak jumpa ayahnya.
silvia pi umah carlos. carlos sedang bermain dgn anak˛. silvia bagitau yg
dia dah dapat umah and dia nak ambil anak˛,"kau boleh bersama mereka
pada waktu siang dan aku akan ambil mereka pada waktu malam. carlos, kita
harus belajar untuk berkongsi mereka." carlos bentak,"berkongsi?
macam sepotong kek? sepotong utk kau dan sepotong utk aku?" silvia
pun geram,"itu yg terbaik! atau kau ada jalan lain??" carlos
jawab takda.. ya itu yg terbaik. carlos suruh makcik tu ambilkan baju
anak˛ dier. makcik tu kata yg dia akan merindui mereka and hulur beg kat
silvia. silvia capai beg, pandang kat carlos, tapi carlos pandang kat
tingkap, tak menoleh. silvia pun pergi.
kat bengkel, pedro panggil frans ke ofis. dia kata frans tak perlu kerja
kat situ lagi. frans terkejut,"kenapa aku dipecat??" pedro
kata,"aku memecat kau kerana hendak menolong kau." frans
heran,"tolong aku?" pedro jawab,"ya, tolong kau mencari
harta karun kau. aku tahu impian kau. kau perlu mencarinya. kau bagitahu
saja aku mana kau nak pergi, aku akan akan sediakan tiket kapal terbang.
aku mahu kau pulang dan bagitahu aku 'pedro, aku dah berjaya! aku dah
jumpa harta karun aku!'" frans happy sangat and berterima kasih kat
pedro. dia janji akan cari harta karun tu sampai dapat.
kat wad, jacinto datang jumpa augusto. "aku tahu aku tak sepatutnya
ada di sini, tapi delia bagitahu aku kau nak bertemu dengan aku."
jacinto nampak bibir augusto gerak˛,"aku minta maaf. jika kau mahu
aku pergi dari sini aku akan pergi. percayalah aku datang ke mari hanya
kerana delia kata kau nak bertemu dengan aku. mungkin delia silap.. aku
akan pergi.." jacinto nak keluar, tiba˛ augusto hulurkan tangannya.
jacinto pergi dekat augusto,"kenapa augusto? kau nak aku pegang
tangan kau? adakah itu yg kau mahu?" jacinto pun pegang tangan
augusto, suddenly,"papa.." jacinto terkejut dan
terharu,"anakku! ini merupakan suatu keajaiban!" jacinto peluk
augusto. suddenly silvia masuk. silvia marah˛ bila tengok jacinto tgh
peluk augusto. jacinto terangkan yg dia dtg kerana augusto yg mahu jumpa
dia. jacinto nampak anak˛ silvia,"mereka sungguh comel. waktu aku
nampak mereka dulu mereka masih kecil. tak sangka mereka dah besar
sekarang." silvia heran,"di mana kau nampak anak˛ aku?"
jacinto kata dia nampak the twins dari jauh masa majlis perkahwinan lisa.
silvia pegi kat augusto,"augusto, kau nampak lelaki ni? benarkah kau
mahu jumpa dia?" augusto jawab,"papa.." jacinto
gembira,"kau dengar kan silvia?" silvia still terkejut. augusto
hulurkan tangan, silvia pegang tangan augusto. augusto halakan tangan
silvia pada jacinto. jacinto kata kat silvia,"aku rasa dia mahu aku
pegang tangan kau." jacinto pegang tangan silvia dan augusto.
"papa.."
santiago pi berbincang dgn lawyernya ttg anibal menculik lisa. dia kata
dia nak pi sempadan kejar diorang. perez kata family lisa patut diberitahu
ttg hal tu. santiago pun pegi hospital and jumpa jacinto kat lab utk
bagitau. then santiago balik rumah. margo dah susun barang˛ baby kat umah
santiago and sediakan makanan. santiago marah sangat. "jangan anggap
setelah apa yg kau lakukan aku akan mencintai kau!"
anibal dan lisa kat dalam kereta. diorang berhenti kat petrol station.
anibal nak pi beli makanan. lisa kata dia nak gi toilet. kat dalam toilet
lisa keluarkan lipstick, dia tulis kat cermin yg dia kena culik and minta
tolong. kat luar anibal dah naik angin coz lisa lama sangat. dia rempuh
pintu toilet, mujurlah masa tu lisa dah nak keluar. anibal marah˛ lisa,
lisa yg tgh pegang lipstick terus sapu kat bibir,"biasalah, kau tahu
kan orang perempuan. kalau nampak cermin.." suddenly janitor masuk
and marah anibal coz masuk toilet perempuan. anibal tarik lisa keluar.
janitor tu nampak tulisan kat cermin dan lari keluar. dia nampak kereta
anibal and repot kat polis. polis pun dtg minta butir˛ dari janitor tu.
janitor tu kata dia nampak lisa ngan anibal naik SUV warna kelabu.
balik dari bengkel frans pi umah jacinto nak cari beba. dia suh beba
bersiap malam tu coz nak bawa beba keluar gi dinner. malam tu beba pun
bersiap, and diorg gi keluar makan. delia sempat pesan kat beba jaga diri,
and suh frans jaga beba. kat restoran, frans bagitau beba yg dia nak pi
cari harta dia. beba nangis coz frans akan tinggalkan dia. frans pujuk
dia,"jangan anggap aku meninggalkan kau. anggaplah ini perpisahan
sementara."
kat la casa estrada, montero datang. silvia bagitau montero yg dia dan
anak˛ dia dah kembali ke situ. montero kata dia gembira. dia kata dia
rindu kat suara silvia, and dia terkejut bila silvia call. dia tak call
silvia coz dia taknak mengganggu. silvia bagitau montero yg antara mereka
tak ada apa˛, and dia nak pi cari kerja. montero offer utk bantu, kalau
nak kerja kat syarikat lain pun dia bleh tolong. tapi silvia kata dia nak
lakukannya sendiri. montero akur,"tapi sebelum aku pergi benarkan aku
ucapkan selamat tinggal dengan cara aku." montero kissed silvia and
dia pun pergi.
kat sempadan, kereta anibal hampir sampai. tentera˛ dah bersedia.
santiago pun ada kat situ. dia nak pergi kat palang tapi tentera tu halang
dia and suruh dia tunggu. kereta anibal berhenti utk pemeriksaan. tentera
suruh anibal keluar dari kereta, tapi anibal degil,"kami bukannya
bawa senjata!" tentera tu suruh anibal keluar juga utk pemeriksaan.
anibal pun marah dan capai pistol dan point kat kepala lisa,"buka
palang cepat!" santiago nampak pistol kat kepala lisa, dia pun terus
berlari nak halang kereta tu dari depan. anibal tekan minyak.. santiago
berdiri kat depan kereta.. lisa menjerit suruh anibal berhenti.. anibal
tak peduli,"kita lihat apa teman lelaki kau nak buat!" anibal
terus pecut.. santiago tetap tak berganjak..
~bersambung petang ni!~
Posted on
May 30, 2002, 1:55 PM |