sgo_lisa_mini.jpg (5999 bytes)

msia_m3h.jpg (14863 bytes)

but_cast.jpg (1986 bytes)

but_crew.jpg (1990 bytes)

but_story.jpg (2057 bytes)

but_audio.jpg (2095 bytes)

but_video.jpg (2055 bytes)

but_photos.jpg (2247 bytes)

but_links.jpg (1933 bytes)

but_guests.jpg (2191 bytes)

STORY

Daily Summaries

May 28, 2002

EPISODE 145.......summary........Margarita tumpang apartment Santiago!
by a.e.

HATTA peri mengatakan tatkala Mis Tres Hermanas adalah Tiga Adik Perempuanku....syahadan, bermula episod ini...Lisa yg diculik Anibal berada di sebuah rumah terpencil tak diketahui tempatnya, Lisa berfikir cuba melembutkan hati Anib supaya dapat melepaskan dirinya, cuba ikut keluar dari rumah itu....Anib bertanya, tul ker kau akan ikut aku? Lisa jawab, yelah, tak guna kita buat sesuatu dgn tergesa2, Anib masih ragu2 dgn desakan Lisa, kata Anib, polis sedang buru aku, kau jangan tarik perhatian diorang! kemudian kurung Lisa dlm bilik, katanya, kau pernah cuba larikan diri! dok diam2 disini! Lisa nangis....di rumah'nya', Marg merungut bayi itu tak henti2 melalak, kau dokonglah dia, kata Marg, dah! aku tak mahu tinggal di rumah ini lagi, rupa2nya orang tua tu hidup lagi(Jacinto) pasti aku dihalaunya, tapi Sant masih dlm cengkamanku! Om kata, dah jemu aku beritahu kau, jangan mimpilah! Marg terus berkemas....di hospital, Sil & DrC masih diskusi ttg Lisa, Jac masih beranggapan Lisa ada bersama Sant ketika ini, Silv pula berkata, Lisa tak bodoh, dia sendiri tahu anggapan keluarganya terhadap Sant...Anib kat tepi jalan cari telefon awam, terus call ibunya di rumah, Sof jawap telefon bersahaja, kerana polis berada di rumahnya, kata Anib, ibu! tolong aku, aku mesti lari keluar negara, tolong carikan member yg ada kapalterbang peribadi, aku juga perlukan wang! jawab Sof, aku ikhtiarkan, sebab polis kepung aku, aku mahu temui kau! terima kiss aku, mmmmuarh!!!...Om leter kat Marg, dah bosan aku beritahu kau yg Sant tak akan berdamping dgn kau lagi! tiba2 kedengaran ding-dong! Marg takut buka pintu, mungkin Aug kot? tapi bila dibuka pintu rupa2 Sant datang jengah! tanya Sant, boleh aku masuk? Marg yg tak sangka itu jeling manja.....Vee Daah!!!

Sant masuk ke ruang tamu minta penjelasan Marg yg keluar tergesa2 dgn bayi itu dari hospital, Marg buat muka cemik mengatakan pihak hospital tak melayannya dgn baik, Sant kata, aah!!! jangan merepeklah, tiba2 bunyi ding-dong lagi, rupanya orang nak angkut masuk barang2 keperluan bayi yg dibeli oleh Sant...Lisa menangis sendirian dlm bilik kurungan, oh Tuhan! tolong hantarkan seseorang yg boleh lepaskan aku!...Marg gembira akan hadiah yg tak sangka2 itu, walaubagaimanapun, Marg berkata, kau dah giler ker? aku takkan lama di rumah ini, aku terpaksa keluar, aku tak kepastian, memandangkan orang tua itu hidup lagi! Sant kata, kau susah2 dah halau keluar adik2 Aug, tapi mmg patut pun kau keluar sebab dari mula mmg kau tak berhak! jawab Marg, tolonglah aku! aku sebatang kara! jangan tinggalkan aku sendirian!....Sof sedang telefon seorang kawan di rumahnya, lalu letak telefon bila Barb keluar dari biliknya, Barb tanya emaknya yg kelihatan gelabah, emaknya cuba sembunyikan rancangannya dari Barb, kata Sof, oh, tak ada apa2, aku cuma risaukan anakku yg sekor nie...Marg beritahu Sant bahawa barang2 bayi tak boleh letak di rumah ini, letak jer lah kat apt kau! lalu Sant suruh pekerja batalkan angkut barang ke rumah itu, kemana kau akan pindah? tanya Sant, maka jawab Marg, akan ku beritahu kau nanti, sekarang sila pergi, maka pergilah Sant minta diri.....Vee Daah!!!

DrC di pejabatnya bebel kat Delia, aku puas hati sekarang aku jadi Jacinto Estrada pd anak2 ku, aku akan susun semula kehidupan aku, jawab Del pula, kan cukup jika Jaime berada di kertas disisi undang2, tapi Jacinto di hati! tiba2 DrC dapat panggilan dari makmal mengatakan Marg nak jumpanya di rumah, DrC pelek.....Carl tiba di reception pejabat penerbit, tanya kerani nak jumpa boss....Sant di aptnya tandatangan resit setelah selesai barang2 bayi di angkut kedlm aptnya, Sant raba satu mainan terkenangkan anaknya....Carl gembira dapat bertemu penerbit, penerbit ajak Carl bincang pasal kontrak, sebaliknya Carl tak sabar2 nak tandatangan kontrak....Anib di pondok telefon awam lagi, cuba sembunyikan mukanya dari polis2 yg lalu disitu, kemudian call mamanya lagi, Sof beritahu Anib supaya pergi ke klinik kawannya, Sof kata, pastikan kau sampai dulu sebelum aku....di rumah, kedengaran ding-dong, Om buka pintu, rupa2nya DrC jengah sebab Marg panggilnya, DrC dipersilakan masuk oleh Marg, Marg serahkan kunci, DrC pelek! ada apa2 ker nih?!! kata Marg, aku dah bosan dituduh bukan2, aku difahamkan Aug semakin pulih, tiba2 bunyi ding-dong lagi, Om teriak, teksi dah sampai! Marg minta diri dari DrC lalu keluar bersama dgn Om serta bayinya, bila DrC keseorangan dlm rumah itu, dia berkata, ini rumah anak2 kau wahai Angela!....Vee Daah!!!

EDISI SEMASA OLEH ZAINI AHMAD

Roberto didlm lokap polis, menangis memanggil2 ayahnya, ayah! tolong lepaskan aku! ayah tak akan biarkan aku di penjara! maka ayahnya berkata, aku anggap kau satu2nya harta aku! aku mahu kau jadi baik! tapi kini apa dah jadi?!! Rob jawab sambil menangis, aku lemah! aku terpengaruh dgn kawan2! aah! bentak ayahnya, aku tak percayakan kau lagi, lalu pergi, Rob pun menjerit, ayah, ayah, menangisnya hingga tercangkung di pintu lokap itu....DrC sendirian di rumah itu, katanya, tak faham aku mengapa Marg senang2 serah kunci kat aku?!!....di apt Sant, tiba2 kedengaran bunyi ding-dong! bila Sant buka pintu, tercegatlah Marg dgn bayinya di depan Sant!....di klinik Dr Lopez, Sof beri wang kat Anib, Anib ragu2 tanya mamanya, boleh ker percayakan Lopez tu?!! lalu menangislah Sof bila Anib beritahu akan lari keluar negara dgn seorang wanita....Marg sambil dokong bayi buat muka kesian, benarkanlah aku masuk, aku sebenarnya ada sesuatu nak bincang dgn kau! maka Sant persilakannya masuk, Marg gembira lihat barang2 bayi yg penuh dlm apt Sant, maka Sant jadi tak sabar lihat gelagat Marg lalu berkata, oi! cepatlah, kata ada sesuatu nak bincang dgn aku, kemudian kamu beredarlah! apa tunggu lagi?!! Marg mula membebel, aku ingatkan orang tua tu dah mati! rupanya hidup lagi! Sant jeling kat Marg buat muka pelek.....Vee Daah!!!

Sof menangis merayu kat Anib, kau sepatutnya melarikan diri seorang diri! Anib pujuk mamanya, aku pasti berjaya! Sof jawab, emak tak dapat ikut kau! tapi janganlah bawa wanita itu!lalu Anib ucapkan terima kasih pd mamanya, memeluk cium mamanya, Sof ucapkan, semoga Tuhan merahmatimu! Anib lalu pergi....Marg bila berasa Sant nak dia beredar dari aptnya, Marg mula buat helah, ooh! sakitnya! penat aku berjalan, Sant yg tak makan trick itu berkata, tulah, siapa suruh kau keluar hospital tuh! sebaliknya kau datang kesini! Marg mula buat trick lain, eh! baby nie nak minum susu lah! jom aku buat susu! Sant pun dokong bayi itu pula....DrC temui Silv di hospital, Silv menangis, luka aku terlalu dalam! aku masih tak dapat terima kau ayahku! maka tanya DrC, apa kau cuba beritahu aku? jawab Silv, kau jauhkan dirimu dari Augusto! biar dia sendiri beritahu jika dia terima kau atau tidak! maka jawab DrC, baiklah jika kau fikir ini paling baik, aku tak akan datang lagi kesini! nah! ambil kunci rumahmu! lalu pergi dari situ.....Vee Daah!!!

Marg berkata pd Sant yg bercekak pinggang itu, kalau ye pun kau tak nak tengok muka aku, tolong benarkan aku tidur di sofa ini! Sant jawab, baiklah, tapi utk malam ini sahaja!....Silv di pejabat DrC bertanya pelek, camner DrC dapat kunci rumah dari Marg, maka DrC ceriterkan peristiwa di rumah pertemuannya dgn Marg, kemudian Silv beri peringatan bahawa Marg mesti ada rancangan disebalik itu....Lisa merayu pd Anib di rumah sembunyian itu, kan lebih baik kita berada disini utk beberapa hari lagi? Anib membentak, jangan nak berlengah2 lagi! kau ingat aku bodoh ker?!! Lisa ketakutan lalu berkata, sekiranya kau terpaksa pergi, aku ikut jer, kemudian berkata lagi, aku risau dgn keluarga aku! mereka tak tahu dimana aku! maka jawab Anib, kau boleh telefon semasa dlm perjalanan, dah meh makan! marah Anib kerana Lisa enggan makan....di apt DrC, Silv tunjuk kunci rumah pd Beb, Beb sangat gembira, dapatlah aku tinggal dgn keluarga aku semula! kemudian bertanya, bagaimana Jac dapat kunci dgn begitu mudah? jawab Silv, aku ingin beri peringatan mungkin Marg ada helah! dia boleh halau kita semula!....Anib ikat tangan Lisa dgn tali, Lisa kata, ini tak masuk akal! Anib beri amaran, ikut jer cakap aku! lalu Anib curi cium bibir Lisa, lalu apit Lisa keluar dari rumah itu dgn begnya....Marg berfikir sendirian di apt Sant, aku bawa bayi ini cuma nak perangkap Sant! tiba2 bunyilah ding-dong! pd masa itu Sant sedang mandi di bilik air, Marg dgn berat hatinya buka pintu, terkejutlah Marg! Silv tercegat didepannya! Silv pun terkejut! jeng, jeng .... jeng, jeng! .... Carl di rumah tukang sapu beritahu berita baik ttg dia dah sain kontrak dgn setesen tv, lalu peluknya gembira, serta membebel kat anak2nya, kau akan jadi puteri!.... Silv & Marg mula buka berdebat, tiba2 Sant keluar dari bilik, terkejut lihat Silv, Sant marahkan Marg kenapa buka pintu tanpa izinnya, Marg kata kau dlm bilik air! Silv pula berkata, hah, hah, rahsia kau dah terbongkar! Silv lalu keluar dari apt itu, Sant kejar Silv ke depan pintu lif, Silv berkata, aku berharap Lisa ada bersama kau selama nih! Sant terkejut sambil beritahu Silv, Lisa? dah dua malam dia tak ada bersama aku! Silv lalu masuk lif....Sant berkata sendirian di koridor, ini mesti angkara penjahat tuh! dia mesti telah melarikan kau!!!.........VEE DAAH!!!

Posted on May 28, 2002, 5:36 AM

Hosted by www.Geocities.ws

1