sgo_lisa_mini.jpg (5999 bytes)

msia_m3h.jpg (14863 bytes)

but_cast.jpg (1986 bytes)

but_crew.jpg (1990 bytes)

but_story.jpg (2057 bytes)

but_audio.jpg (2095 bytes)

but_video.jpg (2055 bytes)

but_photos.jpg (2247 bytes)

but_links.jpg (1933 bytes)

but_guests.jpg (2191 bytes)

STORY

Daily Summaries

February 28, 2002

wa musti tolong punya
by nyonya

Maaf yer sebab nak berdetail summary ni tak berapa pandai but, short-short one can la ho.. I tak tengok the first 20 minutes coz ade kerja sikit tapi here it goes..
1.Agusto pi la clinica nak jumpa Dr Serabut tapi dia tak dak. Tapi Delia ade kat sana, Agusto tanya kat Delia,mana Dr. Contreras...Delia terkedu tak dapat nak jawap sebab dia sendiri tak tahu hubby dia ade kat mana..semalaman tak balik rumah. Bila Agusto keep on pressing bila boleh jumpak Dr, Delia terus sebak dan habaq kat Agus yg dia tak sihat, dia tak bulih nak story lama-lama, dia lari sambil tersedih-sedih, terkebil-kebil si Agus sebab tak faham pasai apa suma orang sedih bila sebut nama Dr Serabut tu. Something fishy is going on...dia ingat.
2.Vincente pi rumah Agusto tapi jumpa Cik Margo. Margo pun habaq yg Dr Serabut ader datang rumah malam tadi . tapi tak tau pasai ape,Yg pasti si Agusnya jadi risau sebab dia tak tidoq sepanjang malam.
3.Beba tak habis lagi bercanda ngan Frans. Dia bangun tidur dan tengok Frans ader arrange surprise for her birthday, nak spend the whole day berdua saje.Beba dah mula show simptom kena virus, asyik letih dan dah tumbuh tahi lalat kat leher. Bila boyfren tanye dia kata maybe overexpose kat matahari kot.Boleh ka dia kata kat Frans yg dia taknak balik esok, nak bersama ngan Frans..budak tak cukup umur ni tak sedar diri betul,takut nanti Frans akan lupakan dia.
4. Delia yg tak habis sedih lagi menangis kat corridor la clinica. Ruby yg kebetulan sedang lalu di situ, pujuk Delia,jangan le nangis. kalau ader masalah rumahtangga kena bawa berbincang..so on and so forth..cewah, bukan main makcik gebu ni. Delia kata depa tak dak masalah tu tapi masalah lain yg orang tak tau punyer.
Mak Santiago pi office Santiago sebab nak jumpa anaknya tapi Santiago tak ade tapi kotak barang-barang Santiago ader, kena pulak orang tua tu kutip bawak balik harta benda anak dia yg dah angau tu. Sebelum berangkat keluar dr opis tu, bertekak pulak ngan si Ernesto yg gila babi tu (tapi i cukup puji cara mak Santiago berbahasa ngan Ernesto, lembut tapi penuh makna)Ernesto kasi warning...aku akan musnahkan hidup anak kau..jagaa... Terkejut beruk orang tua tu dan si Elasa geleng kepala dengar orang tua separa botak tu mengancam mak Santiago.
6.Santiago tak habis habis lagi ngan "di mana kau Lisa"nya..naik muak aku dengar ayat mamat ni. Cari kat opis syarikat penerbangan, tak de yg berregister nama Lisa, pendek kata nama Lisa tak tersenarai dlm list orang yg keluar dr situ. Hari tu Santiago kata sampai bawah batu pun dia akan cari Lisa, awat hari ni tak pi cari bawah batu tu kelentong besar..Tapi dia tetap tak nak give up dan taknak terima hakikat yg Lisa dah tinggalkan dia..Dogil bonar mamat ni..tak dapek den nak menolong ..
7. Peguam botak bagitau Ernesto yg Si cAnibal tak nak balik ke Caracas .Dia ader projek trektor rosak yg dia kena settle. Cayalah...cAnibal ni pun dah kena penyakit angau ngan Lisa. Instead dia suruh si Ramirez yg balik gantikan tempat dia kat opis. Dia ni memang pandai kacau plan bapak dia.Kalau si Ramirez balik bandar, tak mustahil boleh terserempak ngan Santiago kan..Srew up planning betul cAnibal ni.
8. Agusto masih lagi tertanya-tanya gerangan apakah yg sebabkan Dr Serabut tu cari dia. Vincente cuba korek rahsia kot-kot Jacinto dah habaq kat agus tentang rahsianye. Vincente pulak yg kena marah ngan Agus sebab kononya macam senbunyikan sesuatu daripanya. Agus ni nak kena ni.terbalik kot
9. Silvia nyanyikan lagu happy birthday kat beba sorang-sorang kat dapur. Dia kata Beba akan sentiasa jadi adik kesayangan dlm rumah tu walaupun umurnya 90 tahun..Entah2 masa tu semua kakak dan abang Beba dah nyanyuk tak ingat lagi dah Beba tu saiap. Sedang syok berkhayal, terjatu gelad dan tertumpah air, masa dia sibuk nak kemaskan, Carlos rambut kerinting berombak masuk dapur dan tanya,,hang nak pi kerja dah ka.Sylvia kata sat lagi lah lepas kemas kaca-kaca ni. Carlos kata, biaq pilah, nanti aku kemas, karang hang lewat pi kerja. Dengan teragak-agak Sylvia pun pergilah dan nak kasi Goodbye kiss kat Carlos tapi Carlos jual mahal pulak.Amboi baru semalam je hang tak dan dan nak projek ngan bini hang, hari ni jual mahal.Lepas Silvia pi, dia kata..bisness apa nak buat kat Carribean. Orang pi sana untuk bercuti,santai, honeymoon, makan angin atau nak berlaku curang.tak open dan broad minded rupanye Carlos ni BUkan apa tu,,dia jales lah tu..
Cliffhanger..Santiago pi rumah mak dia, mak dia kata, pasai apa Santiago tak cerita yg dia dah berhenti kerja kat opis Solis. Bila tanya, semedang jawap takdak apa-apa.La ni, mak nak habaq, Ernesto suruh sampaikan pesanan yg dia akan musnahkan Santiago . Wait n see..
Before that, Ernesto dah peguam botak tu dah plan dah yg bermula saat itu, Hidup Santiago akan dimusnahkan selama-lamanya. Bagaimana dan bila..waulahualam.
Itulah summary yg dapek den buek. Kalu terkureng tolonglah tambah, Kalau tak best, sorrylah sebab tak biasa buat kerja ni..selalu tumpang baca je.hari ni tertaip pulak..what to do..

Posted on Feb 28, 2002, 11:16 PM

 

p/s..tambahan
by nyonya

Lisa mula jalankan kerjanya buat penyelidikan kat hutan. Dia pun pi check anak-anak orang asli, kenamyakan mereka ada bintik-bintik kat badan,penuh ngan tahi lalat, mesti dah terancam ngan virus tu lah tu,Tiba-tiba asap berkepul-kepul, ketua orang asli yg selalu muncul depan cAnibal, muncul depan lisa, Dia buat tanda kat dahi Lisa,ada titik pastu ada garis panjang, buruk benor rupa Lisa bila dah bertanda macam tu.Bila dah habis tanda dahi Lisa, sekali lagi asap berkepul-kepul dan dia pun hilang , macam David Copperfield..terer orang asli ni main magic. Bila dia dah pi, Lisa terjerit-jerit panggil Bonifacio, body guard dia dan tanya apa makna tanda kat dahidia, Bonifacio ngan rupa yg gundah gulana habaq yg ketua tu cuba bagi alamat..alamat ape, I dah lupa dah. tapi yg pasti bukan alamat website M3H.
Hilaria yg suka menempek ngan Lisa kat misi tu rebah dan berpeluh-peluh demam. Bila Lisa balik dari hutan sister suruh dia pi tengok apa kena ngan Hilaria, selepas dibelek dan di picit sana picit sini, dia beritahu sister bahawa Hilaria dah tunjukkan gejala-gejala wal kena virus. Anyway, dia kena minta Dr Fonseca confirm dululah.
Okaylah,, maaf kalau ada banyak typing errror maklumlah, this summary is my masterpiece, tentulah ada kekurangan kan I'll try to do better next time..ehh ada next time ker??

Posted on Feb 28, 2002, 11:31 PM

 

begini ceritanya....
by mr sam

Ia bermula dengan santiago ngan barbara sedang berbual kat restoran..si Barb cakap dia masih lagi cinta kat santiago kerana si Lisa dah tinggalkan dia tapi si santiago tak mahu kerana dia masih cinta kat Lisa dan dia rasa tak payahlah jumpa dia lagi...si Barb pun bengang bila mendengarnya....lepas tu, si mak santiago datang kat pejabat santiago nak melawat anak dia tu tapi si Elsa cakap santiago takde dan beritahu yang santiago dah letak jawatan....mak dia terperanjat dengar cita tu...kemudian masa mak dia nak balik dengan mengangkat barang pejabat si santiago, dia terserempak ngan Ernesto...si Ernesto pun hinalah si santiago tu depan mak dia sampai mak dia sakit hati..kemudian si ernesto cakap kat mak dia suruh beritahu kpd anak dia supaya bersedia kerana ernesto akan musnahkan hidup dia(santiago)...mak dia pun terperanjat mendengarnya dan terus balik...lepas tu si Sylvia pulak tertolak gelas semasa nyanyi lagu birthday si beba dan pecah...si carlos pun masuk kat dapur dan cakap tak payahlah kemas dan dia perli kat sylvia takut si sylvia tu lambat pulak masuk kerja...si sylvia pun rasa benganglah...lepas tu dia macam nak berbaik ngan carlos tapi si carlos macam tak nak cium dia masa si sylvia tu nak keluar kerja...lepas tu dia cakap sorang-sorang yang kat pulau caribbean tu bukan tempat untuk berbincang pasal perniagaan tapi tempat untuk berbulan madulah, bergembiralah dan berlaku curanglah...macam-macam ajelah dia punya fikiran...kemudian si Vicente pulak datang kat rumah augusto dan dia tanya margo ada apa-apa berita tak tapi padahal dia nak tahu ada tak si Jaime datang kat rumah tu...takut si Augusto tu dah tahu pasal jaime tu bapa dia....Margo pun bagitau yg ada orang dtg tapi keluar bila dengar augusto ada kat rumah...si vicente pun rasa risaulah lepas tu....kemudian, si augusto cari Jaime kat makmal dia di hospital tu...masa tu si Delia tengah menangis sebab tak jumpa si Jaime yg dah semalaman tak balik kat rumah...bila augusto masuk aje, si delia pun berhenti menagis ngan tiba-tiba...Augusto tanya pasal Jaime tapi si Delia tu dah tak tahan lagi lalu nangis balik dan cakap yang dia pun tak jumpa si Jaime kerana dah satu hari dia tak balik....dia pun keluar dari makmal tu sambil nangis...si Augusto pun hairanlah tengok si Delia tu dan balik ke pejabat dia.....lepas tu, si vicente pun carilah si augusto kat pejabat...bila jumpa aje, dia pun tanyalah kat augusto ada tak apa-apa berlaku kat rumah...si Augusto pun rasa pelik kenapa si vicente tanya soalan macam tu....bila aug'to tanya kenapa soal macam tu, si vicente kata takde apa-apa...kemudian si aug'to pun bagitau yg jaime ada dtg kat rumah tapi keluar bila dengar augusto keluar dari bilik dia dan dia bagitau yg jaime ada mintak maaf kat sylvia...lepas tu si vicente buatlah muka risau...augusto tanya kenapa muka dia nampak risau tapi vicente kata takde apa-apa...si augusto tak percaya...dia pun cakap dia tahu yg vicente ada merahsiakan sesuatu daripada dia dan cakap lambat laun dia akan tahu jugak kenapa bila dia bersemuka ngan Ketua si Lisa tu...si vicente tu pun lagilah nampak risau...Lepas tu si Delia jumpa si Serpa krn nak mintak keluar hospital kajap sbb nak cari Jaime...tapi Serpa tak bagi dan terus marah kat Delia ngan suami dia sebab suami dia bagitau pasal virus tu kat tempat lain sampai dah keluar kat suratkhabar dan semua orang tuduh si Serpa tu sebab tak bertanggungjawab....dia pulak suruh delia bagitau suami dia suruh jumpa serpa hari tu jugak...kalau tak suami dia akan dipecat..lepas tu ditunjuk pulak gambar kubur Jacinto yang dah berselerak...lepas tu si Lisa pulak terjumpa ngan ahli sihir red indian (yg selalu kacau si Anibal tu) semasa dia tengah merawat anak-anak orang red indian...tapi ahli sihir tu tahu yg si Lisa ni org baik....dia pun datanglah kat lisa....dia buat tanda red indian kat dahi si Lisa tu...Lisa tu pun macam kaku aje bila lihat kelakuan ahli sihir tu...bila ahli sihir tu lesap dengan sekelip mata aje...si lisa tu pun menjeritlah...orang suruhan Anibal yg hantar lisa pun nampak apa yg berlaku dan bagitau yg orang tu ialah ahli sihir red indian....Lisa pun terkejut....lepas tu kat hutan tu jugak, siapa ntah nama dia aku pun dah lupa..tapi arkitek jugaklah...dia bagitau Anibal yg ayah dia suruh dia balik ke Caracas tapi si Anibal tak nak...Anibal pulak suruh arkitek tu aje yg balik gantikan dia...arkitek tu kata tak boleh sebab ayah dia suruh dia yg balik...tapi anibal still tak nak pegi...dia suruh jugak si Arkitek tu balik ganti dia sebab arkitek tu pun dah lama tak jumpa ngan keluarga dia....si arkitek tu terdiam pulak aje...Lepas tu, si Hilaria, budak perempuan red indian yg tinggal ngan Lisa tu pulak kena wabak virus tu....bila lisa balik, biarawati bagitau yg hilaria tu sakit...lisa pun pegi check budak tu dan cakap memang dia telah dapat tanda awal penyakit tu...lepas tu si beba pulak bangun tidur, cari si francisco kat pantai...bila dia nampak si francisco tengah berada dalam bot layar, dia pun berbual ngan dia....si francisco ucap selamat hari jadi kat beba....dan berpeluklah mereka dan berbual pasal beba yang kena balik besok....tapi si beba tak nak balik sebab nak bersama ngan bf dia...si francisco pun berada dalam keadaan serba salah jugak masa tu...lepas tu si francisco rasa yg badan si beba tu rasa panas sikit dan si beba tu pun rasa macam lemah aje...tapi beba kata dia takde apa-apa...tapi sebenarnya itulah tanda yg dia jugak nak kena virus tu...sungguh menyedihkan...lepas tu si santiago pulak terima mesej drpd mak dia kat pintu apartment dia suruh dia datang ke rumah mak dia krn ada hal penting yg mak dia nak cakap...dia pun pergi....sementara tu, si ernesto dan alvaro pulak berbual pasal nak buat plan untuk musnahkan hidup si santiago tu...memang jahat betul....Lepas tu si santiago sampailah kat rumah mak dia...mak dia pun bagitau yg dia telah berjumpa ngan si ernesto dan si ernesto suruh cakap kat santiago untuk bersedia krn si ernesto tu nak musnahkan hidup dia... si santiago tu pun terkejut bila mendengarnya....bersambung esok......

Posted on Feb 28, 2002, 11:32 PM

Hosted by www.Geocities.ws

1