sgo_lisa_mini.jpg (5999 bytes)

msia_m3h.jpg (14863 bytes)

but_cast.jpg (1986 bytes)

but_crew.jpg (1990 bytes)

but_story.jpg (2057 bytes)

but_audio.jpg (2095 bytes)

but_video.jpg (2055 bytes)

but_photos.jpg (2247 bytes)

but_links.jpg (1933 bytes)

but_guests.jpg (2191 bytes)

STORY

Daily Summaries

April 26, 2002

summary...dari forum LUPadora...
by yang bukan scarlet ortiz

SYAHADAN bergemalah irama A Puro Dolor di negeri Indera Kayangan.......adegan suspense Sant masih menarik tangan Aug yg badannya masih tergantung ditepi lantai....Sant masih bertahan.....Anibal & pekerjanya hanya melihat....lalu Anibal cari sebatang kayu & terus ketuk belakang Sant!!!....maka adegan yg tak ingin kita lihat pun berlaku....terlepaslah tangan Aug lalu jatuh!!!...Augusto!!! Augusto!!! pekik Sant...maka terlantarlah Aug di tanah tak sedarkan diri...para pekerja2 meluru dikeliling Aug.....sepasang kaki wanita yg telah menyaksikan kejadian Sant diketuk itu, lalu beredar....Sant turun tangga jerit berkali2, Augusto! Augusto! diikuti Anibal yg menyeringai senyum puas bersama pekerjanya....pada ketika ini DrC dapat telephatic message, tersentak macam ada something wrong sedang berlaku & Delia risau lihat reaksi suaminya....Sant yg sedang menggelabah disisi Aug teriak kat para pekerja2 supaya panggil ambulan lalu Anibal pun tiba....Anibal tuduh Sant menolak Aug, kau pembunuh! katanya,maka pekiklah Sant menafikannya....tibalah pegawai polis...aku nampak dia tolak dari tingkat atas tu, beritahu Anibal pd polis....tah macamana Sant ditahan juga polis walaupun dia menafikan sekeras2nya....lalu Aug diangkat para pekerja ke hospital sebelah tapak tu....sementara itu Beba pun baliklah rumah, mana Aug, apa dah berlaku nie, kenapa korang tak nak beritahu aku? tanya Beba pd kedua2 kakaknya, aku bukan budak kecik lagi tau! lalu Beb telefon Vic...Vic pun terkejut tak tahu apa2 ttg Aug....Vee Daah!!! (bukan Wee Yaah!!! lagi)

Hatta...di mahkamah yg sepatutnya dah mula perbicaraan...peguam Sant serta Alvaro masih menunggu pelanggan2 mereka yg tak hadir....peguam2 diingatkan oleh kerani bahawa tuan hakim sedang murka....maka berpakatlah peguam2 itu nak tangguhkan kes....sebenarnya Alvaro bimbang disingkir Ernesto....sementara di mahligai Sofia ditanya suaminya kau nak kemana tu? ketika isterinya nak keluar ruamah...maka benganglah Sofia asyik dikongkong...aku bosan jadi orang bodoh kau! jawab Sofia...maka bertikam lidahlah mereka...Sofia dicekik, berambus keluarlah kamu dari rumah ini, kata Ern, nah! ini barang2mu, nyah kamu dari sini! bentaknya lagi, pergi! pergi! maka pergilah Sofia....kelihatan kereta polis membawa Sant yg digari tangannya...polis rampas handphone bila Sant nak call peguamnya...call satu kali hanya dibolehkan di balai sahaja....di hospital Aug disorong ke emergency wad....sementara Lisa yg kerisauan teramat sangat di rumahnya mundar-mandir bercakap sendirian, mana Aug nie!...Silvia pun gitu...semua nie salah aku! bebel Lisa, akulah yg menyebabkan semua nih! akulah yg buat Aug merana! sepatutnya aku tinggalkan saja si Santiago supaya abangku tak tahu apa2...sebenarnya Lisa kata begitu kerana terlalu emosional....Beba terdengar! apa dah berlaku nie??? tolong beritahu aku!!! kata Beb pd kakak2nya......Vee Daah!!!!!

Sant dibawa masuk pejabat balai polis...call rumah engage sebab babysitter sedang mencotet, sedangkan tiga beradik tu ada di rumah, maka polis izinkan call sekali lagi, dapat pulak call si peguam tu, maka Sant suruh dia ke balai...di mahkamah datanglah best friend Sant yg pernah jadi bestman Sant, ucapkan hello kpd ibu Sant yg resah anaknya tak nampak batang hidungnya....sementara itu tiga beradik dok semeja di rumah, Lisa ceritakan pd Beb segala2nya A to Z....Beb pun menangis merintih akan nasib abangnya...tibalah adegan yg tak syok kita lihat....Marg keluar lift kat apt Sant...merungut2 ttg baby tu, yg punya bapak yg tak bertanggungjawab katanya...ketuk2 pintu apt Sant punyalah lama...memanglah takde orang...aku mesti tunggu kau sampai balik, fikirnya, kau mesti semuka dgn aku juga! kau tak tahu kau berurusan dgn siapa nie! katanya lagi......Vee Daah!!!

ADAKAH ANDA PERLU KE LUAR BANDAR HARI INI?

Arakian....di balai, polis tak benarkan Sant call hospital tanyakan kabar Aug...kemudian tibalah si peguam tu, Sant ceriterkan segala2nya, aku tak bersalah, aku cakap benar, aku kena frame, mintak tolong bail-kan aku...maka jawablah peguam tu, aku tahulah kau tak bersalah, tapi yg kau pergi ke tapak tu nak buat apa? kat mahkamah dulu kau kata tak pergi, kan dah susah! sekarang kebenaran yg kau ceritakan tu dah tak ada nilai lagi....mintak maaf ye, kau dah tak boleh kena bail lagi, sebab tuduhan kali nie dlm keadaan kau bail yg pertama dulu, sambung peguam lagi, maka ke penjaralah kau nampaknya....sementara di hospital Aug disorong lalu betul2 depan DrC yg kebetulan berbual dgn misi....eh! itu Aug lah, hey nanti dulu! katanya pd yg menolak trolley tu, maka disorong bersama ke ICU...kemudian DrC masuk ofisnya nak call adik2 Aug, mula2 teragak2, kemudian call juga....kau dikehendaki ke hospital, kata DrC pd Lisa.....eh! apasal nih! terkejut Lisa...maka beritahulah DrC, abang kau kemalangan, parah, dalam ICU....Lisa pun terkaku, terkebil2 mata, handset masih di tangannya tapi tak bercakap....sambil digoncang2 badannya oleh Silv & Beb bertanya bertalu2, kenapa hah? kenapa hah?...disertai gema jeng,jeng ... jeng,jeng ... Vee Daah!!!

Di balai Sant diambil gambar, posisi depan, kiri & kanan muka...kemudian Sant dok membebel dgn peguam yg sedang mendengar, sementara menunggu polis utk bawa Sant pergi & tak dibenarkan ikat jamin lagi....di tapak Ramirez diugut oleh Anibal supaya jangan masuk campur urusan dia dgn Sant, kalau tak, tak berbapaklah anak kau, kata Anibal....di hospital Ruby & Delia dapat tahu ttg Aug bila ada utusan DrC panggil Ruby utk bantuan...tibalah adegan yg seronok kita lihat....Marg sedang jenuh menunggu di koridor apt Sant...kemudian menjelmalah ibu & bestfriend Sant keluar dari lift ke koridor...maka bertembunglah mereka...punyalah surprise ibu Sant nampak Marg, hey kau apa buat disini? apa kau nak dari anak aku?...sebab aku nak tebus maruah akulah yg aku nak semuka dgn Sant! kata Marg....maka bertengkarlah kedua wanita itu bila Marg menyakitkan hatinya...ibu Sant pula mengutuk Marg, kau kotor, tak ada harga diri, tak suci, kau jual diri sendiri, ular!!!....lalu beri satu pelempang ke pipi Marg...lebih baik kau nyah dari sini! ibu Sant halau Marg....tapi maklumlah Marg nie The Master Manipulator, tahu macamana nak buat orang dalam keadaan defensive, pun berkata, hey perempuan tua, kau halau aku serupa macam kau halau cucu kau, nah tengok surat paternity nie!....maka menangislah ibu Sant, tak mungkin! Sant tak beritahu pun! kenapa Sant tak beritahu aku??? Marg pun pandang keatas sambil mencebik bibir & buat muka dirk....sahabat Sant pun ajak ibu Sant masuk lif utk balik sementara Marg geleng kepala puas.....Vee Daah!!!

Maka tibalah tiga beradik tu di lobby hospital, disambut oleh Delia....lalu Lisa dijemput naik tangga ke wad ICU bersama Delia....Beba ditarik Sil utk menahannya ikut Lisa kerana orang awam tak dibenarkan masuk wad ICU...Beba seolah2 dlm keadaan hysteria....sementara Sant yg diapit dua orang polis mula masuk sangkar penjara, terpaksa ikut prosedur sebagai seorang banduan, kena serahkan dompet,duit dsn, chop jari, buka kasut, salin pakaian penjara, diberi taklimat peraturan penjara, dsn....di rumah Anibal yg sedang relax minum whisky tersenyum puas, akhirnya Sant merengkuk dlm penjara...tapi hampa kerana bapanya dah tak mood nak dengar berita ni & hilang minat akan perbicaraan di mahkamah...kau apa boleh buat? kata Ernesto pd Anibal, tengok siapa yg sebenar2nya berkuasa dari kamu semua, korang tak boleh kalahkan aku...sebenarnya Ernesto dah merapu mabuk dgn dendamnya....di penjara pula, ketika Sant dimasukkan selnya & dirapatkan pintu sangkar, Sant terfikir sendirian, Aku dah kalah!!!....sementara di wad ICU Lisa menangis terisak2 melihat abangnya yg tak sedarkan diri, yg sedang baring diselimut & dipasang alat pernafasan oksigen dgn bunyi mesin denyutan jantung....uhuk,uhuk, meratap Lisa, aku bercakap dgn mu ya abangku....akulah yg bersalah! sementara DrC menahannya dari menyentuh Aug, bawa bertenang! bertenanglah! beberapa kali DrC cuba console Lisa....Lisa yg seakan2 histeria peluk DrC sambil berkata, aku mahu dia dengar cakap aku!....maka meratapilah Lisa lagi pd Aug, akulah yg buat kau hidup merana! maafkan aku! uhuk, uhuk, aku bercakap dgn kau nie! aku bersumpah atas nama ibubapaku aku akan tinggalkan segala2nya demi kau!!!! .....VEE DAAH !!!!!

thanks to anibalernesto!!!!

Posted on Apr 27, 2002, 9:25 PM

 

summary 260402
by aurora

santiago and augusto kat tapak pembinaan. augusto yg hampir jatuh masih berpaut kat lengan santiago. augusto cuba panjat ke atas dgn bantuan santiago. anibal yg dok perhatikan diorg dapat idea.. dia ambik sebatang kayu and pukul kepala santiago! santiago kesakitan and terlepas tangan augusto. jari� augusto sempat berpaut kat lantai konkrit, tapi tak dapat tampung, terlepas and jatuh ke bawah. santiago panik, terus lari turun. pekerja� binaan berkerumun kat augusto, tertanya� apa yg terjadi. then anibal datang,"aku nampak santiago bergaduh dengan lelaki ini, kemudian dia tolak lelaki ini ke bawah!" santiago back up himself,"no! ia satu kemalangan!" tapi si pekerja binaan kroni anibal tu pulak sokong anibal, kata dia pun nampak santiago tolak augusto. santiago cuba pertahankan dirinya. ramirez tiba tapi cuma mampu tengok jek. by that time polis sampai. santiago jerit kat org� kat situ suruh panggil ambulan, hospital kat sebelah jek. anibal pulak kata kalau lelaki ni dihantar kat hospital satu lagi yg jauh sikit, dia akan bear all the costs. santiago kata hantar hospital sebelah jek! paramedik sampai, cek augusto and bgtau yg augusto masih hidup, tapi nadi dia lemah. diorg pun hantar augusto pi hospital. santiago nak ikut, tapi polis tak bagi. santiago marah,"itu abang ipar aku!" polis tu kata,"kau perlu ikut kami ke balai polis beri keterangan!" in the mean time, anibal jumpa ramirez and kata yg santiago bertanggungjawab atas apa yg terjadi, but ramirez kata yg dia tak percaya coz dia kenal siapa santiago sebenarnya.

dekat court, peguam perez dah risau apsal santiago tak sampai. dia tanya eloisa, eloisa kata,"aku tak tau, bukankah dia sepatutnya datang dengan kau?" perez jawab ya, tapi santiago takda kat rumah bila perez datang jemput dia. galindez pulak risau coz ernesto pun tak datang. javier sampai, greet eloisa and ligia, and apologise coz tak dapat datang semalam coz dia sibuk. pegawai mahkamah tanya perez, anak guam dia mana? perez kata,"dia akan sampai sebentar lagi, jika tidak aku tiada pilihan lain selain menangguhkan perbicaraan." pegawai mahkamah warn perez yg hakim akan marah.

kat hospital, beba got discharged. lisa, silvia and frans jemput dia. beba tanyakan augusto, but lisa and silvia mengelak dr bagitau perkara sebenar. beba dok berpelukan dengan frans, silvia pandang semacam. beba kata,"kau tahukan aku cintakan dia." silvia kata,"cinta kamu berdua boleh dipertikaikan kerana kamu masih muda." frans yakinkan silvia and lisa that he really loves beba. then diorg pi jumpa nurses yg rawat beba to say goodbye. ruby kata,"di belakang tu ada pasangan yang ingin berjumpa dengan kau." beba toleh and nampak jaime dan delia bawa sejambak bunga. beba thanked jaime, and kata kat delia dulu dia tak suka kat delia but now she realises it was a mistake. delia kata,"dulu mmg aku tegas kat kau. jangan lupakan kami, aku harap kau tak sakit lagi tapi datanglah melawat kami di sini." frans kata kat jaime,"terima kasih kerana mempercayai aku."

the tres hermanas arrive at la casa, beba terus jerit nama augusto. dia cari augusto kat bilik. lisa and silvia serba salah,"beba akan tahu juga augusto tiada.." suddenly loceng bunyi, josefina balik dr bawa the twins jalan�. beba happy jumpa anak saudaranya, but still teringat kat augusto. beba pi call handphone augusto, buat no response. "mungkin augusto sibuk dengan kerja" beba pun call pejabat, vincente jawab. vincente turut gembira beba dah balik. beba tanya mana augusto, vincente terkejut,"augusto tak datang ke pejabat pun. dia tiada di rumah?" beba kata takda. after letak phone beba tanya lisa and silvia,"mana augusto? sewaktu aku di hospital dia tak tinggalkan aku walau seminit pun, kini aku dah balik dia tak jemput aku pulang.."

kat rumah ernesto, sofia baru pulang. ernesto bertengkar ngan sofia, and halau sofia dari rumah. sofia jawab,"aku memang nak pergi dari sini! aku rasa terperangkap di sini! aku akan kemas barang� aku dan pergi!" ernesto berang,"aku ambil kau dari seorang pelakon.. asuh kau jadi wanita yang dihormati.. semua barang� kau aku beli dari baju paling murah hingga minyak wangi paling mahal! kau seorang pelacur dalam kostum pelakon!" ernesto campak beg plastik hitam berisi baju� sofia,"nah ambil ni! ini barang� kau! yang lain semuanya aku yang beli!" ernesto pukul sofia, sofia lari ke pintu dan keluar. nury (orang gaji) menyorok di sebalik meja, takut tengok apa yg berlaku.

santiago dalam black maria dgn tangan bergari, guna handphone call perez. "helo, perez! aku tak dapat datang.." suddenly polis rampas handphone santiago,"kau tak boleh guna telefon sekarang. kau akan dibenarkan buat panggilan kat balai nanti."

after dapat call mengejut dr santiago, perez jumpa galindez,"seperti yg kau lihat, anak guam aku tak datang, begitu juga anak guam kau. aku cadangkan kita tangguhkan perbicaraan." galindez setuju and diorang pi jumpa hakim utk bagitau and apologise for it.

santiago sampai kat balai. dia call lisa but the line was busy. then dia call perez, cerita apa yg berlaku. perez suruh santiago tunggu sampai dia dtg. then perez kemas� bergegas nak pi balai polis. eloisa tanya apa yg jadi, tapi perez tak explain. kat balai polis, santiago kata yg dia takmo cakap apa� till lawyer dia sampai, tapi polis tu kata ini bukan keterangan rasmi, ia cuma untuk rekod. perez sampai, dia salahkan santiago atas tindakannya "kau tak sepatutnya pergi ke tapak pembinaan tu! dalam keadaan sekarang ia tempat paling teruk dalam dunia!" perez kata kata kat santiago, santiago actually boleh diikat jamin, tapi sekarang dia dah hilang keistimewaan tu.. this is big trouble.. dua org dah mati.. santiago terkejut,"augusto dah mati??" perez jawab apa bezanya mati atau separuh mati. santiago kata yang dia tak bersalah. perez kata,"sekarang terdapat dua kebenaran, kebenaran yang kau ada dan kebenaran yang mereka ada. tapi buat masa ini kebenaran yang kau ada tidak memberi apa� makna.." polis datang nak bawa santiago pergi. perez janji kat santiago,"aku takkan biarkan kau keseorangan." polis bawa santiago pi ambil gambar sebagai pesalah bernombor. then dia dibawa ke pintu lokap. santiago disuruh keluarkan semua barang dari poketnya and tanggalkan tali kasut "kau diminta mematuhi undang� di sini. warden akan bagitau kau undang�nya." santiago dibawa masuk lokap yang gelap, bising dan menakutkan. dia kata dalam hati,"semuanya telah berakhir.."

kat rumah santiago, margarita dok depan pintu "aku takkan pergi selagi kau tak pulang! kau perlu bertanggungjawab atas bayi ini!" suddenly lif terbuka, eloisa and javier sampai. eloisa terkejut,"apa kau buat kat sini?" margarita senyum sinis,"kita berjumpa lagi eloisa." eloisa maki hamun margarita,"perempuan murahan! sanggup jual maruah untuk dapat kemewahan! kau ganggu hidup anak aku! pergi dari sini!" javier pujuk eloisa, tak guna bercakap dengan perempuan macam ni. eloisa kata,"no! kalau takda siapa ajar dia biar aku yang ajar dia! lebih baik kau pergi sebelum aku lupa yang kau hamil!" margarita keluarkan sekeping surat,"kalau kau halau aku, bermakna kau halau cucu kau! lihat ni, anak ini anak santiago!" eloisa terkejut, dia ambil result paternal test tu,"kenapa santiago tak bagitau aku?" javier kata mungkin santiago taknak eloisa risau. eloisa kata,"dia ada bagitau tentang ujian paternal.. keputusannya selepas dua minggu.. oh, telah banyak perkara yang berlaku.. beatriz sakit.. perbicaraan.. aku terlupa bertanya pada dia tentang ujian paternal ni.." margarita senyum sinis,"kau lihat ini, sampel dari bayi aku, sama dengan sampel santiago. lihat gambarajah ni, separuh sama dengan aku, separuh sama dengan santiago. dengan kata lain, separuh milik margarita, separuh milik santiago! nak aku terangkan lagi?" eloisa berang,"aku boleh lihat sendiri, tak perlu kau terangkan!" dia renyuk paternal test report tu, dan blah ngan javier masuk lif.

kat la casa, lisa and silvia berbincang,"bagaimana nak bagitau beba keadaan sebenarnya.." suddenly beba muncul,"que pasa? apa yang terjadi?" silvia kata kat lisa,"beba dah dewasa, dia berhak tahu semuanya.." diorang pun cerita kat beba apa sebenarnya yang berlaku. beba nangis,"aku tahu yang margarita tak sesuai untuk augusto, tapi aku tak sangka dia begitu kejam!" silvia kata tak guna diorg bercakap pasal margo, yg penting sekarang augusto perlukan diorg. lisa cuba buat beba faham yg santiago tak bersalah. beba kata,"kau patut dengar apa augusto kata pada aku.. dia mahu rumah ini bersepah dengan permainan kanak�.. dia mahu ramai anak.." silvia and lisa pun nangis. silvia kata kat beba,"mulai hari ni kau bukan lagi anak kecil dalam rumah ni, dan kita akan jadi lebih rapat." beba kata dia tak boleh terima apa yg berlaku and terus nangis dan lari masuk bilik.

kat hospital, paramedik yg bawa augusto sampai. jaime nampak augusto kene tolak atas trolley,"augusto??" jaime terus ikut pi ICU. after bagi rawatan kat augusto, jaime berbincang ngan another doctor, doktor tu suh bagitau family lisa apa yg berlaku. jaime kata dia akan call lisa. jaime masuk lab. "aku perlu bagitau lisa tentang augusto.." dengan tangan menggigil jaime dial the phone,"lisa?" lisa terkejut,"dr contreras? que pasa?" jaime kata,"lisa, augusto ada di hospital.." lisa terus nangis,"augusto?? mengapa??" silvia and beba pun terkejut dengan reaction lisa,"lisa, adakah kau sedang bercakap tentang augusto? apa yg berlaku? bagitau kami! por favor!" dr contreras kata yg augusto terlibat dalam kemalangan. lisa nangis and tanya keadaan augusto. dr contreras jawab,"dia kritikal, dia berada di ICU.." lisa masih menangis after she ended the call. dia bagitau silvia and beba pasal augusto. silvia kata,"sekarang augusto amat memerlukan kita!" diorang bergegas ke hospital.

anibal kat rumah sambil minum� "aku tak sangka rupa�nya lelaki yang aku jumpa di galeri isabel adalah abang lisa, suami margarita!" anibal dok cakap dan gelak sorang�. suddenly ernesto datang dlm keadaan mabuk,"kau ke yang menjerit� tadi?" anibal tanya ernesto bagaimana perbicaraan hari ni, suddenly ernesto marah. anibal tanya,"ayah minum?" ernesto jawab,"ini rumah aku, aku boleh buat apa aku suka! kamu semua pengkhianat!"

kat hospital, silvia, lisa and beba sampai. lisa tanya delia mana augusto. delia kata augusto dekat ICU, jaime pun ada sana. lisa bergegas naik. beba nak ikut tapi silvia halang,"kau tahu kan kau tak boleh ikut lisa." lisa sampai kat ICU. dia meraung tengok keadaan augusto "ini semua salah aku.. maafkan aku augusto! semuanya salah aku!" jaime cuba tenangkan lisa,"tidak, ia bukan salah kau.." lisa tetap menangis,"tidak! kau tak faham! aku yang buat dia menderita! aku tak sepatutnya bagitau dia! maafkan aku augusto! maafkan aku!" lisa meraung dan nak peluk augusto tapi jaime cepat� tahan dia, kata yang lisa tak boleh buat begitu. lisa terus nangis,"augusto.. maafkan aku.. aku sanggup lupakan semuanya.. aku akan lupakan santiago.. aku berjanji dengan nama mak dan ayah..aku akan tinggalkan semuanya untuk kau... maafkan aku..."

Posted on Apr 28, 2002, 12:45 AM

Hosted by www.Geocities.ws

1