 






|
STORY
Daily
Summaries
April 25,
2002
Summary
250402
by bapakJaime
1. Lisa kata
kat Santiago yang hati dia tak berapa sedap, macam ada perkara buruk yang berlaku, so dia
pun call rumah Estrada. Mula-mula josefina yang angkat tapi lepas tu silvia yang bercakap
dengan lisa. Silvia kat lisa yang dia risau sebab lisa dan agusto tak call-call dia. Lisa
pulak kata yang dia sedang berada kat rumah Santiago dan dia akan belik dengan segera.
Barbara kata kat Isabel yang dia tak berniat untuk jatuh hati kat agusto dan dia kata yang
dia patut keluar dari rumah tu secepat mungkin tapi Isabel tak benarkan sebab mereka
berdua dah lama jadi kawan and then Isabel leaved. Kat hospital doctor Jaime kata yang
beba dah boleh balik. Tapi dia hairan kenapa agusto tak datang jenguk dia seperti selalu.
2. Santiago hantar lisa balik ke rumah dan sebaik sahaja silvia nampak Santiago kat rumah
dia orang dia naik angin lalu kata Santiago tak sepatutnya men'jenguk' ke rumah Estrada.
Santiago tak der choice lain than to leave tapi dia pesan kat lisa just call him if the
need any help. "tak baik kau buat macam tu kat Santiago, bukan dia yang bersalah
dalam hal ni" kata lisa. "fikiran aku tengah bercelaru sekarang ni, setiap kali
aku teringatkan agusto, pasti aku akan teringatkan margarita dan santiago".
3. Margarita dan makcik dia having a chit chat. Makcik dia suruh margarita keluar as soon
as possible tapi margarita kata dia tak boleh keluar sekarang and after
bla
bla
blaaaa.. margarita buat phone call kat Santiago. Baru jer Santiago masuk
rumah tepon pun bunyi. Macam biasalah dia orang gaduh-gaduh. "aku tak berminat nak
berbual dengan kau sekiranya ia bukan mengenai hal bayi tersebut"kata Santiago.
"engkau tidak boleh ketepikan aku begitu saja Santiago, agusto dalam perjalanan untuk
menemui kau dan awaslah!" kata margarita plak.
4. Kat la casa solis, Ernesto balik ke rumah sambil ditemani anibal dan anibal kata dia
tak sabar2 nak tengok Santiago masuk penjara. Pembantu rumah solis meng'interrupt'
perbualan mereka dan Ernesto tanya mana sofea?. Pembantu tu jawab yang dia tak tahu mana
perginya sofea. After a while, datang pulak sorang lelaki iaitu penyiasat persendirian
Ernesto. Tapi Ernesto tak benarkan anibal dengar apa yang dia orang cakap so dia suruh
anibal pergi dari situ."sudah dapat maklumat yang aku kehendaki tu?"tanya
Ernesto."sudah dan awak pasti akan terkejut dengan maklumat yang saya dapat berkenaan
dengan isteri awak". Apa lagi mata Ernesto terbeliak besarlah.
5. "aku dapat jangkakan apa yang lelaki tu cakapkan dan aku mahu kau pergi dari sini
sekarang juga margarita"kata makcik margarita."tapi kemana saya hendak pergi
tengah malam-malam buta ni? Tolonglah lakukannya untuk anak ini"balas margarita.
"baiklah. Tapi ingat, aku lakukan ini bukan sahaja untuk anak kau tetapi aku tak nak
disamakan seperti kau yang sudah hilang akal"kata makcik margarita. Kat hospital beba
dijemput oleh Francisco, lisa y silvia. Tapi lisa y silvia tak kasi tau lagi apa yang
berlaku dan sebelum beba meninggalkan hospital tersebut, mereka sempat bercakap dengan
Jaime Contreras yang membawa sejambak bunga. Silvia perasan sesuatu tentang Jaime tapi tak
berapa pasti.
6. Ernesto solis suruh cleaner hotel bukakan pintu bilik dan selepas tu dia sendiri yang
terajang pintu bilik hotel tu dan alangkah terkejutnya dia apb. Dia tengok sofea di dalam
pelukan galindez. Ernesto terus keluarkan pistol dari dalam poket dia tapi galindez lebih
cekap dengan merempas pistol tersebut. Mereka gaduh-gaduh dan akhirnya Ernesto yang
mengalah sebab dia ada perbicaraan yang lebih penting. Ernesto kasi warning sama dia punya
bini dan peguam. Kat la casa solis pulak, foreman yang jadi saksi perbicaraan hari tu
telefon dan inform kat anibal yang Ramirez berada kat tapak pembinaan tersebut. Anibal
beritahu dia supaya intip Ramirez dan dia akan datang pada pagi esok.
7. agusto balik ke caracas dengan ditemani oleh polis. Tapi dia tak balik ke rumah,
sebaliknya menuju ke apartment Santiago. Santiago tinggalkan mesej kat depan pintu rumah
dia supaya peguam dia tahu bahawa dia pergi berjumpa dengan Ramirez kat tapak pembinaan.
Agusto yang tengah 'hilang akal' menuju terus kat tapak pembinaan.
8. agusto marah bagai nak gila kat Santiago yang tengah dok cari Ramirez. Anibal dan
foreman jahat tu bersembunyi tengok mereka tengah bergaduh dan anibal perasan yang agusto
adalah lelaku yang bergaduh dengan dia di galleria Isabel. Agusto tumbuk Santiago dan
Santiago tak melawan sebaliknya memberi penjelasan tentang apa yang terjadi. Suddenly ada
seorang wanita yang datang ke tapak pembinaan tersebut tapi hanya nampak bahagian kaki
jer. Dia sembunyi bila dengar pergaduhan di antara Santiago dan agusto.
Cliffhanger: tengah Santiago dan agusto dok kecoh bergaduh, agusto try to punch Santiago
dan sempat dielak oleh Santiago tapi agusto hampir-hampir terjatuh daripada bangunan yang
sedang di bina itu sambil dipegang oleh Santiago
sorrylah sebab tak dapat tulis summary dengan detail sebab dialog dia orang tuh banyak
yang saya lupa.....
Posted on
Apr 25, 2002, 9:43 PM |