sgo_lisa_mini.jpg (5999 bytes)

msia_m3h.jpg (14863 bytes)

but_cast.jpg (1986 bytes)

but_crew.jpg (1990 bytes)

but_story.jpg (2057 bytes)

but_audio.jpg (2095 bytes)

but_video.jpg (2055 bytes)

but_photos.jpg (2247 bytes)

but_links.jpg (1933 bytes)

but_guests.jpg (2191 bytes)

STORY

Daily Summaries

April 24, 2002

summary 240402
by bapakJaime

Cerita hari ni bermula dengan opening clips- a puro dolor (ni mesti ada punya)

1. Margarita merayu sakan kat makcik dia supaya jangan bukakan pintu abis makcik dia kata,"aku tak peduli hal korang, aku tak nak pintu rumah aku pecah dan aku tak da duit nak beli yang baru". Sebaik saja pintu dibuka, apa lagi, agusto bagai nak tangkap penjenayah terus masuk ke dalam. Margarita dengan mata yang terbeliak besar berpaling ke belakang. Agusto jerit,"pandang aku margarita, jangar kau cuba nak berpaling dari aku". Makcik margarita awal2 dan pergi ke lain kerana takut terlibat. Agusto marah betul kat margarita tapi macam biasa margarita deny semua tu. Dia kata,"maafkan aku agusto, aku betul2 mencintai kau. Tapi Santiago yang telah menggoda aku walaupun dia tau yang aku dah bersuami dan kedudukan aku". Agusto tak puas hati lalu baling kerusi yang dipegang oleh margarita ke lantai. Apa lagi margarita pun cabut ke luar. Kat luar dia orang gaduh macam nak rak sambil ditontoni oleh orang ramai dan margarita masih kata yang Santiago yang membawa masalah kepada keluarga Estrada. Lepas bla…. Bla…. Bla…, agusto pandu trak dia keluar dari perkarangan rumah tu dan margarita terjatuh apabila cuba mengejar agusto (hahahahhahaha)

2. kat mahkamah, anibal disoal jawab oleh peguam Santiago. Peguam Santiago kata yang anibal tu berbohong sebab dia yang sebenarnya cuba untuk menyleweng wang syarikat dengan menambahkan caj pembelian penghawa dingin melalui penyata yang ditandatangani oleh anibal.anibal tak boleh nak kata apa2. Selepas tengok penyata tu, tuan hakim kata perbicaraan disambung esok.

3. Ernesto tanya sama galindez sapa yang akan menang, galindez cakap la sapa lagi kalu bukan dia. Pas tu dia tanya anibal,"mana Barbara? Adakah dia akan memberi keterangan". "mestilah dan keterangannya pasti akan memihak kepada Santiago"jawab anibal.

4. di galeri/rumah Isabel plak, Barbara dan Isabel yang baru pulang gaduh sikit-sikit pasal agusto. Isabel kata kat Barbara,"engkau jangan cuba tikam agusto dari belakang, dia seorang lelaki yang baik. Barbara pulak jawab,"kalau dulu memang aku hidup untuk menghapuskan margarita, tetapi setelah aku berkenalan dengan agusto, hidup aku telah berubah dan sesuatu telah terjadi kepada aku, entahlah……". Isabel dalam nada yang bimbang mengatakan bahawa yang Barbara sudah jatuh hati sama agusto.

5. silvia tanya josefina mana lisa dan agusto pergi, josefina kata dia tak tau sebab dia tak nak ambil tahu hal adik-beradik tu. Lisa pergi ke rumah Santiago and have a chit chat. "aku ingin memiliki kebahagiaan seperti orang lain dengan cinta yang aku miliki" kata lisa dan dijawab agusto,"sekiranya aku mempunyai kuasa untuk mengubah segalanya, pasti aku akan mengubah apa yang terjadi di antara kita."

6. kat rumah silvia dok tunggu lisa and agusto balik and suddenly loceng berbunyi. Tapi yang datang adalah anak pompuan tu (pompuan yang suka kat carlos, tak ingat pulak namanya) datang nak beri coklat kat kembar silvia. Pas tu mak budak tu pulak yang masuk dan cakap kat silvia yang carlos masih suka kat dia,"sekiranya aku mempunyai peluang untuk mendapat balik suami aku, aku tak akan mensia2kannya dan percayalah yang aku dan carlos tak ada apa2". Carlos pulak sedang menghafal skrip dia tapi tak boleh, dia asyik terbayang pergaduhan yang berlaku antara dia dan bos silvia.
7. Makcik margarita kata kat margarita yang dia tu perempuan yang tak bermaruah. Suami dia dah cukup baik dan dia tanya margarita apa lagi yang tak cukup.margarita jawab,"saya dah bosan berkongsi segala2nya dengan adik2 agusto. Maruah seorang wanita terletak pada baju dan perhiasan yang dia pakai". Pas tu margarita beritahu anak siapa yang dia kandung. Agusto yang tengah marah, memandu traknya tak tentu hala lalu accident. Nasib baik pemandu lain yang selamatkan dia dan mujurlah kat situ ada doctor.

8. lisa kata kat Santiago dia rasa ada satu perkara yang tak baik berlaku……..

Closing clips

p/s:dialog tu tak ler sama serupa tepat dengan apa yang dia orang cakapkan, tapi maksudnya sama.

Posted on Apr 24, 2002, 9:42 PM

Hosted by www.Geocities.ws

1